Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 3

. BismillahirahmanirrahimHai embun mustika embunEmbun bernama JalalullahAku memakai mustika embunAku anak Aminullah ...Perlahan-lahan aku buka mataku.
Tapi suara itu tetap juga terngiang-ngiang di dalam telinga, mensyairkan perkataan-perkataan yang sudah pun aku hafal dari aku remaja lagi.
Ungkapan syair itu ... ataupun mungkin ianya gurindam, atau sajak, aku pun tak tahu apa bezanya ... ianya akan berulang-ulang hinggalah aku benar-benar sudah terjaga.
My personal mantra, sort of.
Aku hafal kerana ianya sudah bermain di dalam mimpiku sudah bertahun-tahun lamanya.
Comforting words that does not make any sense.
Dan kerap di ucapkan perlahan dalam suara seorang perempuan, lembut dan bernada merdu.
 Dan setiap kali, ianya berlagu ketika aku sedang mamai di antara tidur dan bangun, tak kiralah siang ataupun malam.
Walaupun aku bangun terhoyong-hayang di tengah malam sekalipun untuk ke bilik air, suara-suara itu lah yang akan menemani aku.
Tidak pernah tidak.
Aku di perkenalkan kepadanya di hari aku akhil baligh; umur aku tigabelas tahun masa itu, sejak itu lah aku mula mendengar bait-bait gurindam itu di dalam kepalaku.
Aku mengingati hari itu sebagai satu hari yang sangat-sangat stress,  kerana hari itu perut aku memulas sejak dari pagi.
Luar biasa sakitnya, aku merengkok seharian di atas katil memegang perutku yang seperti ingin terburai.
Dan mematikan selera makanku dari awal pagi lagi.
Dan tengahari itu, menangis aku bila melihat darah menitik memerahkan pehaku bila aku di bilik air.
Aku tahu pasal darah haid, aku susah pelajari mengenainya di sekolah.
Aku tahu adanya darah itu bukan bererti aku luka atau aku sedang sakit dan akan mati.
Cumanya melihat darah yang pekat merah begitu, aku menjadi sangat ketakutan seolah ianya petanda buruk kepada aku.
Aku bergegas keluar dari bilik air, dan dalam esak tangis aku beritahu masalah aku kepada Nenda.
Nenda senyum, dia hilang sebentar ke dalam bilik Ucu dan kembalinya membawakan aku dua, tiga keping tuala wanita.
Dia ajar aku cara menggunakannya, sambil nasihatkan aku tentang menjaga kebersihan diri.
Semuanya di lakukan semasa dia sedang duduk di atas katil kami.
Sekejap saja Nenda selesaikan masalah aku, aku sudah tenang dan tidak ketakutan lagi.
Aku terus baring di sebelahnya.
"Indah sakit perut ya?"Aku angguk.
Masih sangat tak selesa terpaksa memakai tuala wanita di situ.
"Nak makan ubat?" Soalnya lagi.
Di tariknya kepala aku ke atas ribanya.
Aku geleng kepala.
"Dah besar cucu Nenda.
" Di usap-usap wajahku dengan telapak tangannya.
Di hurai-hurai rambutku.
Sesekali di picit-picit kepalaku.
Nenda ketika itu mungkin dalam lingkungan pertengahan enam puluhan, kejadian itu sudah berlaku lebih tigabelas tahun dahulu.
Tapi aku masih ingat butir-butir perbualan kami itu hingga kini.
"Indah tinggal dengan Nenda, dengan Ucu sampai bila-bila ya? Jangan tinggalkan Nenda.
Indah penyambung kasih Nenda dengan ayah Indah.
Indah nyawa Nenda.
Nanti Nenda dah tua, dah sakit, Indah jaga Nenda ya ..."Aku lihat airmatanya turun berderai, dan aku terus menjadi hairan.
Apa signifikasinya airmata Nenda dengan darah yang mengalir jatuh dari perut aku ini?"Kenapa Nenda nangis?""Nenda gembira ..." Jawabnya sambil tergesa-gesa menyapu airmata.
Dia tipu, aku tahu.
Aku memang masih budak lagi, tapi aku sudah tahu bezakan antara airmata duka dan airmata gembira.
"Gembira sebab apa?"Aku dongak memandangnya, kepalaku masih berbantalkan pangkuannya.
"Sebab Indah dah besar, dah anak dara.
"
Sumber:Internet