. Baju-baju aku bukannya banyak pun, cuma kurang sepuluh helai yang aku ulang-ulang pakai sudah berbulan-bulan.
Kain batik, aku cuma bawa dua helai.
Aku pilih yang elok-elok saja untuk di bawa ke mari, tapi dua-dua kain batik itu sudah pun pudar sebab di pusing dalam mesin pembasuh setiap hari.
Ada baju tergantung berbalut plastik di dalam almari.
Baju nikah aku, hadiah Ghafar kata Mama.
Selepas aku kahwin, aku sedar, itu tak mungkin.
Besar kemungkinan Mama yang belikan untuk aku.
Aku suka baju tu, lace bunga-bunga timbul berwarna krim.
Tak putus-putus tetamu memuji aku di hari pernikahan.
Siap dengan tudung sedondon yang mirip veil panjang bila sudah di pakai.
Aku biarkan bergantung di situ, aku langsung tak usik.
Aku akui, kadang-kadang bila aku bosan ketakutan di dalam bilik ketika suamiku melayan nafsunya dengan orang lain di luar, aku teringin untuk membuang baju itu ke luar tingkap.
Sebagai satu protes.
Tapi aku tahankan sebab aku memang sayangkan baju itu, ia baju paling cantik yang aku pernah miliki sepanjang hidup aku.
Mama berdehem.
Aku abaikan.
Dia duduk di hujung katil sambil membelek beg pakaian yang aku terlentangkan di tengah tilam.
Dari awal tadi dia ikut aku ke dalam bilik, sementara Papa pula terus membebel-bebel dengan suara yang garang sambil memaksa Ghafar mengemas bajunya di dalam bilik yang lagi satu.
Mak mertua aku berdehem lagi, lebih kuat kali ini.
Aku pandang Mama, terus dia angkat punggung dan duduk dekat dengan aku.
Aku teruskan sibuk mengeluarkan baju dari penyangkutnya.
Lipat secara simple dan letak dalam beg pakaian dengan sopan.
Sopan sebab walaupun aku tak suka dengan anaknya, Mama masih tetap mak mertua aku.
"Indah marah Mama?" Aku kalih mataku darinya, meneruskan kerjaku.
"Memang patut sangat Indah marah.
" Sambungnya lagi perlahan.
"Tapi Ghafar tu bukannya jahat.
Dulu dia tak macam ni.
Dia tak pandai pilih kawan ..." Mungkin ibu-ibu kepada semua manusia jahat dalam dunia ini beri alasan yang serupa bila terpaksa pertahankan perbuatan anak mereka.
"Duduk balik dengan Mama nanti, dia mesti berubah.
Mama jamin.
Indah cantik, tak mungkin dia tak nampak ..." Aku tak menjawab.
Sebab aku tak ada apa yang nak di katakan yang boleh senangkan hati dia.
Mama bangun dan mengambil keluar dari almari baju nikah aku.
"Baju ni takkan nak tinggal.
Bawak, jangan tinggal.
" Dia keluarkannya dari balutan plastik.
Aku cuba untuk tidak melihat.
"Cantik betul menantu Mama pakai baju ni.
Semua orang tanya-tanya, kat mana Boy carik bini cantik macam ni.
" Mama gelak tiba-tiba.
"Mama cakap Mama yang jumpa.
Jumpa menantu secantik bidadari.
" Aku tahu, dia nak gembirakan hati aku.
Dan dia rasa bersalah melihat botol plastik besar di atas meja sipi yang aku guna sebagai bekal air minumanku bila aku terkurung di dalam bilik.
Juga barisan tin-tin biskut aku yang sekarang semuanya sudah kosong.
Dia puji aku berlebihan untuk hilangkan rasa bersalah yang dia rasa.
Tapi aku masih bengang.
Aku boleh terima jika dia tak tahu tentang kerosakan Ghafar, tapi dia tahu.
Tak patut dia sorokkan perkara sepenting itu dari aku.
"Indah marah Mama ya? Mama betul-betul mintak maaf, Mama ingat Boy dah tak macam tu lagi lepas kahwin.
Mama tunggu Indah nak sebut pasal tu ..." Hmm, tiba-tiba aku juga yang salah.
"... Tapi Indah tak cakap apa-apa, Mama ingat dah okay.
" "Indah ingat Mama tak tau.
Indah tak sampai hati nak cakap.
Lagipun dia dah bagi amaran jangan mengadu dengan Mama.
" "Sudah, jangan risau.
Lepas ni semuanya akan okay.
Indah jangan cakap dengan nenek Indah ya, kita selesaikan masalah ni senyap-senyap ..."
Sumber:Internet