Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 8

. "Indah ..." Aku dengar Mama sebut namaku perlahan, dan kemudian ... "Indah!!!!!" Dia menjerit, dan aku rasa puas mendengar dia menjerit, kerana aku anggap jeritannya mewakili segala rasa benci, takut, sakit dan marah yang aku sedang rasakan.
Dan yang tak boleh aku suarakan.
Kalau aku sendiri yang menjerit mungkin gemanya akan tenggelamkan seluruh dunia.
Seseorang menarik perlahan selotep yang menutup mulutku, rasa pedih bila kulit bibir tertarik bersama.
Ikatan tanganku juga di buka, dan terus tapak tanganku terasa sakit seolah di cucuk pin-pin kecil.
"Papa, macam mana ni?" Mama bersimpuh atas katil memegang tanganku.
"Indah, bukak mata, bukak mata.
" Aku tak ada hati untuk menurut arahan Mama.
Binatang yang hancurkan hidup aku datang dari dalam perutnya.
Aku ingin terus pejamkan mata dan cari tenang dalam kegelapan.
Sekurang-kurangnya gelap itu lebih selesa dari warna dunia yang aku terpaksa hadapi ketika itu.
"Sapa buat ni.
Ya Allah, banyaknya darah.
" Kelam kabut bunyi suara Mama.
"Pa, kau pergi mana? Indah berdarah.
Ya Allah, teruknya kau kena ainiaya.
Macam mana aku nak bagi tau nenek dia ..." Dia tarik kain rabak aku yang sudah terselak hingga ke pinggang.
Kurang sikit pedihnya di situ bila sudah tertutup.
Tapi cuma sedikit, leganya sangat sementara.
"Boy tak ada dlm bilik.
" Ada cemas yang banyak dalam suara Papa.
"Barang-barang dia pun dia angkut.
Anak kurang ajar.
" "Indah, Indah ..." Pipiku di tepuk perlahan.
"Papa, dia pengsan.
Mama takut dia mati depan kita, banyak darah ni.
" "Aku call ambulan ..." Jantungku kembali berdebar.
"Jangan ... Jangan, kita angkat dia hantar klinik ..." Bantah Mama.
"Mati dalam kereta nanti?" Kedua-duanya membisu seketika.
Aku hanya dengar bunyi nafas yang kebimbangan.
"Ya lah, betul cakap kau, Papa.
Kalau mati budak ni, masalah besar.
Kita call ambulan cepat.
" Spontan, aku membuka mata.
"Jangan, jangan ... Indah malu ... Indah malu ..." Lemah suara yang aku paksakan keluar dari kerongkong.
Sungguh, aku benci diri aku sendiri sebab aku rasa malu.
Aku tahu bukan salah aku, aku tahu aku mangsa.
Aku di khianati, di rogol, di malukan tanpa rasa ikhsan oleh lelaki-lelaki yang celaka, dan ianya langsung tak berpunca dari salah aku langsung.
Tapi tetap dada aku sarat dengan rasa malu.
Aku malu di ketahui orang yang aku sudah menjadi sampah.
Aku sudah di pegang, di pijak dan setiap inci tubuh aku rasa berselimut dengan kekotoran ... Aku tak mahu hal-hal sebegitu peribadi di ketahui orang lain.
Aku malu.
"Indah berdarah banyak, kita ke hospital lah ya?" Mama memujuk.
Airmata aku mengalir.
Habislah semuanya akan di ketahui orang.
Aku akan di jadikan bahan cemuhan, dan satu dunia akan tahu rendahnya nilai aku sebagai seorang isteri.
Terlalu rendah hingga perawanku langsung tak bererti untuknya.
"Tolonglah, Indah malu.
" Terus tanganku di pegang erat.
"Ya lah, ya lah, Mama ikut cakap Indah.
Papa keluar dulu lah.
Carik besen ke, mangkuk ke.
Letak air suam.
Aku nak bersihkan badan dia.
" Tergesa-gesa Papa meninggalkan bilik.
Hampir meluru keluar.
Mungkin dia pun tak selesa mengadap aku yang berbau hanyir darah dan hampir bertelanjang.
Mama pula membuka zip beg aku, dia keluarkan baju dan skirt aku.
Dia letak keduanya di tepi katil kemudian dia memangku kepala aku beralaskan ribanya.

Sumber:Internet