Gelap

Mia Qalisha 1

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 1

. "Sha, mak nak pergi ke laut dah ni.
Jaga rumah elok elok tau.
Kejap lagi kalau ada kawan abah datang cari, cakap mak dengan abah balik lewat sikit.
Jaga diri elok elok.
Jangan tengok drama je lebih.
Kemas rumah sekali" Mak Senah memeluk kejap anaknya.
Lama.
Sebelum memandang lama anaknya.
Lalu dicium lama pipi anaknya.
Mia Qalisha hanya membiarkan perbuatan emaknya itu walaupun berasa pelik sebelum membalas pelukan emaknya.
Seterusnya melakukan perbuatan yang sama terhadap Pak Akob.
Sememangnya Mia adalah anak manja Mak Senah dan Pak Akob.
Mungkin kerana dia adalah anak tunggal dalam keluarga tersebut.
Rutin harian sebagai seorang nelayan akan turun kelaut pada awal pagi dan pulang pada lewat petang.
Mia berasa berat hati untuk melepaskan emak dan ayahnya untuk bekerja.
Mahu sahaja dia berlama dalam pelukan emakknya itu.
Umurnya yang telah mencecah angka 17 membuatkannya sibuk dengan peperiksaan besar yang bakal dihadapi.
Seperti biasa, Sabtu adalah hari bebas untuk pelajar sepertinya.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada hari cuti memulakan tugasan hariannya dengan mengemas rumah disebelah pagi dan seterusnya mengulangkaji pelajarannya disebelah tengahari apabila selesai menunaikan solat zohor.
Juadah makan tengahari juga disediakan seringkas mungkin, tidak mahu membazir.
Rumah kampung yang terletak betul-betul di tepi sawah padi itu tampak cantik dengan halaman rumah yang dijaga rapi oleh si pemilik.
Sedap mata memandang dengan tanaman bunga orkid yang tersusun rapi.
Tanaman sayur-sayur dan pokok-pokok herba juga tidak ketinggalan dijadikan penghias ruang rumah usang tersebut.
 Mia bersiap-siap untuk ke rumah sahabatnya, Aini.
Dia sudah berjanji dengan sahabatnya itu untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama.
Malam kelmarin Mia sudah meminta keizinan emak dan ayahnya untuk ke sana.
 Basikal dikayuh menuju ke rumah Aini.
Sepanjang perjalanannya perasaan gelisah menyelubungi hatinya.
Semakin lama semakin kuat.
Namun ditepis segala prasangka buruk yang bermain dalam mindanya.
Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya kuat.
Angin sepoi bahasa menampar manja mukanya.
Sejuk, walaupun jam pada masa itu menunjukkan angka tiga petang.
Mia meneruskan perjalanan dengan menghayati pemandangan indah kampungnya.
Banyak sungguh perubahan di kampungnya itu tetapi tidak sedikitpun menjejaskan pemandangan indah yang terdambar di depan mata.
Jauh dalam sudut hatinya, dia memanjatkan kesyukuran dengan semua kurniaan yang dilimpahkan kepadanya.
Dibesarkan oleh kedua orang tua yang sangat menyayanginya.
Diberikan segala kemudahan dan keselesaan yang lengkap.
Nikmat apa lagi yang mahu dia dustakan.
Dia memerhati setiap sudut sawah padi tersebut.
'Cantik' detik hatinya dengan senyuman dibibir.
Banyak kenangan indah dan pahit disawah padi itu.
Banyak yang membuatnya membuka mata tentang pengorbanan seorang ibu dan ayah untuk menyara kehidupan seharian.
Di situlah dia belajar erti kepayahan untuk mencari duit.
Oleh sebab itulah, dia sudah berjanji pada dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menolong ibu bapanya.
Dari kejauhan, Mia melihat Aini sudah tercegat di depan pintu rumahnya dengan senyuman sungul.
Wajahnya muram dan sedih.
"Assalamualaikum" Mia dengan suara halusnya memberi salam.
Aini berlari keluar rumah dan terus memeluk Mia erat.
Cukup erat.
 'Rumah satu kampung pun nak drama minah ni.
Aku ketuk kepala dia ni nanti' Mia bermonolog dalam hati "Kau kenapa muka sedih sangat ni? Siap peluk-peluk aku lagi.
Dah kenapa pula?" Mia membalas pelukan sahabatnya juga walaupun tidak selesa berkeadaan bergitu, sekadar menjaga hati tuan rumah.
Soalan Mia dibiar sepi.
Esakan panjang kedengaran.
Mungkin sahabatnya tengah bersedih.
Dibiarkan Aini menangis dalam pelukannya.
"Kau ni kenapa Aini? Cuba cerita dekat aku?" Mia masih sabar bertanya.
Dia memang cukup kenal dengan Aini.
Sudah hampir sebelas tahun mereka bersahabat.
Mereka seperti seperti saudara kembar, seperti belangkas.
Dimana ada Mia, disitulah juga ada kelibat Aini.
Mia menarik Aini untuk duduk di bangku yang tersedia dia halaman rumah.
Melihat Aini yang sudah melepaskan air matanya, membuatkan Mia menjadi seba salah.
Semakin lama semakin kuat tangisannya.
Mia menggeleng, menyuruh Aini untuk berhenti menangis.
"Alahai kau ni.
Buruknya muka tu!" Esakan Aini makin deras kedengaran dengan gurauan Mia, seperti tidak senang dengan gurauan itu.
Mia tersenyum lalu menarik sahabtanya itu kedalam pelukan.
Tidak senang hatinya melihat Aini begitu.
Dari kejauhan Mia melihat Mak Ani, emak kepada Aini.
Matanya juga merah.
Ada sisa-sisa air mata ditubir mata tuanya.
Sepertinya baru lepas menangis.
Dia berjalan kearah Mia.
Mia bingkas bangun, meleraikan pelukan sahabatnya dan bersalam dengan Mak Ani.
Tanpa sepatah perkataan, Mak Ani membawa Mia kedalam pelukannya.
Pelik dengan perlakuan kedua beranak itu.
'Menangis macam ada orang mati je dua beranak ni' Mia berkata dalam hati sambil tersenyum lucu.
Lucu dengan kerenah dua orang di depannya.
Menggelabah Mia apabila mendengar esakan kuat Mak Ani, seperti  tidak mahu berhenti.
Tangisan dan esakan Aini dan Mak Ani bersambung-sambung.
Semakin pelik dengan perangai dua beranak tersebut.
Terbit sedikit rasa berdebar dalam hatinya.
"Mak Ani kenapa ni?" Mia mengajukan persoalan yang sama.
Tidak berpuas hati dengan drama di depan matanya.
Mak Ani membawa Mia duduk di atas bangku berhadapan dengan Aini, memegang tangan Mia erat dan memandang tepat dalam anak mata Mia.
Seperti mencari kekuatan yang banyak sebelum memulakan percakapan.
"Mia.... " suara serak Mak Ani kedengaran.
Namun terhenti kerana air matanya masih jatuh deras.
Aini duduk di tepi emaknya.
Menepuk bahu emaknya seperti memujuk.
Mak Ani menarik nafas panjang dan menghembuskannya sebelum menyambung kembali percakapannya.
"Mia.
Makcik nak Mia sabar.
Mia anggap benda yang jadi ni semua ada hikmahnya.
Makcik tau Mia kuat budaknya.
" Pemulaan ayat Mak Ani membawa debaran yang kencang dalam dadanya.
Masih menunggu dengan sabar ayat seterusnya yang akan disambung oleh Mak Ani.
"Mak dan ayah Mia tak ada atas bot mereka nak.
Jalil jumpa bot mereka dekat tengah laut.
Tak ada orang dalam bot tu sayang.
Orang kampung ramai-ramai tengah cari mereka berdua.
Berdoalah sayang semoga Allah selamatkan mereka.
" Mak Ani berkata dengan juraian air mata.
Suaranya tersekat-sekat menandakan kesedihan yang tak dapat dibendung.
Badan Mia menggeletar mendengar khabar yang disampaikan Mak Ani.
Hatinya seperti dipanah petir.
Dunianya gelap, tidak percaya dengan pengkhabaran itu.
Dia menggeleng.
Lama dia termenung dan akhirnya air mata yang dibendung jatuh membasahi pipi.
Esakan kuat kedengaran.
"Tak Mak Ani! Pagi tadi Mia baru je peluk mak... abah" Mia berkata kuat.
"Mak Ani tipu kan! Mia tak sangka Mak Ani boleh buat cerita macam ni!" Mia menjerit dengan air mata yang masih tidak segan silu keluar dari matanya.
Dadanya dipegang kerana terlampau sakit untuk  kenyataan ini diterima.
Mak Ani menggeleng dan membawa Mia kedalam pelukan.
Lama mereka berkeadaan begitu.
Muka Mia pucat seperti tidak berdarah.
"Mia, jom kita ke tepi laut ya.
Kita sama-sama tunggu berita mak abah Mia" Mia mengangguk lemah.
Jauh dalam hatinya berdoa agar ibu bapanya di bawah jagaan Allah.
Hatinya bercampur aduk.
Fikirannya melayang jauh.
Tubuhnya lemah longlai.
Tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya.
Mak Ani memeluk erat menyalurkan kekuatan kepada anak kawannya itu.
'Semoga engkau tabah sayang'Terima apa yang sudah terjadi, ikhlaskan apa yang tidak boleh diubah, betulkan apa yang perlu dibaiki.
Sesungguhnya, perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan.

Sumber:Internet