Gelap

Mia Qalisha 15

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 15

. Haiqal berjalan lemah menuju ke bilik pejabatnya.
Masih tidak dapat terima hakikat bahawa dia telah mengecewakan wanita yang paling di sayanginya.
Semalam sudah beratus kali dia menelefon mamanya, namun semuanya masuk ke peti simpanan suara.
Sudah acap kali juga dia ke rumah mamanya, namun di tolak mentah oleh Datin Aina untuk berjumpa dengannya.
Dia tahu dia telah menghancurkan hati mamanya.
Hatinya sakit melihat keadaan mamanya begitu.
  Tidak sampai lagi di biliknya, Dato' Sharif memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik bapanya.
Dia hanya menurut.
Melangkah longlai dengan muka masam mencuka.
Tiada senyuman diberikan kepada bapanya.
Fikirannya bercelaru.
Malas untuk menjejakkan kaki ke pejabatnya hari ini, namun dipaksa oleh bapanya kerana ada sesuatu hal yang ingin di bincangkan oleh bapanya.
  "Tell me what is going on? Your mama upset dari semalam tu.
Dia balik dari tempat kamu semalam terus jadi macam tu.
What is wrong Haiqal?" Haiqal mengeluh.
Sememangnya mamanya sangat penyabar orangnya.
Rahsia besar begini juga disimpan rapi seorang dengan selamat tanpa memberitahu atau bercerita kepada papanya.
  "I don't know how to start pa, but can I just meet her?"  Dato' Sharif mengangkat bahunya, tanda tidak tahu kerana sudah acap kali isterinya memberitahunya bahawa dia tidak mahu berjumpa dengan Haiqal untuk sementara waktu.
  "Semalam, ibu bapa Uqasha datang.
Pulangkan cincin.
Kenapa Haiqal?" Haiqal meraup mukanya.
Mukanya kelihatan sangat tertekan.
Ada dengusan diakhir nafasnya.
Dia memejamkan matanya.
Kepalanya disandarkan kebelakang.
Dato' Sharif mendiamkan diri.
Malas untuk berkata banyak.
  "What was happened got a reason son, chin up cause we are human.
Believe there is rainbow after rain"  Dato' Sharif tahu apa yang di rasakan anak terunanya.
Malas untuk berbicara panjang Dato' Sharif meminta Haiqal untuk balik ke rumahnya.
Dia sempat membaling kunci rumahnya kepada anaknya.
 Dia sempat berpesan untuk anaknya supaya membelikan pisang goreng dan kuih-muih kegemaran mamanya.
Mungkin untuk memujuk kembali hati wanita tua itu.
Haiqal tersenyum hambar kepada papanya sebelum berlalu pergi.
*********************************** Haiqal menuju kearah biliknya.
Baju kotnya ditanggal.
Dilemparkan di atas meja kopi.
Dia duduk atas kerusinya pejabatnya sambil mengamati permandangan di luar cermin.
Cantik, namun tidak dapat menghiburkan hatinya yang gundah.
Tali lehernya dilonggarkan.
Bagaimana dia mahu tunjukkan mukanya kepada mamanya? Malu sungguh dengan peristiwa semalam.
  Semalam sesudah Mia dibawa pergi, dia berteleku berseorangan di dalam bilik.
Bagaikan tersedar dari mimpi panjang.
Mukanya diraup.
    'Apa aku dah buat?'  Haiqal masih mencari dirinya sejak semalam di dalam bilik itu.
Bau busuk arak memenuhi setiap ruang.
Kenapa dia terlalu mengikut nafsu serakahnya? Mengapa dia tidak memikirkan setiap kemungkinan yang bakal berlaku.
Jarang sekali dia membuat keputusan mengikut perasaan.
Sangat jarang, namun malam itu menjadikan dia seolah-olah dirasuk.
Dia memarahi dirinya sendiri.
   Peristiwa malam semalam terlayar dikotak mindanya.
Tidak dinafikan, Mia Qalisha sangat cantik, kulit yang putih gebu dan rambutnya yang hitam panjang boleh menggetarkan nafsu lelakinya.
Haiqal tertanya-tanya mengapa dia boleh tewas dengan wanita kampung seperti wanita tersebut sekaligus menjadikan Mia mangsa pemuas nafsunya bukan sekali namun berkali-kali.
Jauh dalam sudut hatinya, dia masih tidak berpuas hati selagi dalang di sebalik rancangan ini yang masih bebas terbang di luar setelah menghancurkan maruahnya.
Haiqal berjanji untuk membongkari segala rahsia yang dipegang kemas oleh wanita itu.
  Persoalannya sekarang siapakah yang menghantarkan wanita itu ke biliknya? Siapakah onar disebalik semua rancangan ini? Dia teringatkan tunangnya.
Kini hanya tinggal kenangan.
Dia meraup rambutnya ke atas.
Uqasha sudah memutuskan tali pertunangannya.
Pedih hatinya.
Bagaimanakah dia ingin memperoleh kembali kekasih hatinya itu? Sedikit sebanyak, dia akui bayangan Mia Qalisha dapat mengaburi bayangan tunangnya, namun dia menepis kuat.
Tak mungkin! Haiqal mengeluarkan dompet merah dari beg kerjanya.
Dikeluarkan isi perut dompet itu satu persatu.
Kad pengenalan dipegang.
Mia Qalisha Binti Abu Samad.
Diperhatikan satu persatu gambar yang berada di dalam dompet tersebut.
Gambar seorang wanita tua dan seorang lelaki tua berdiri sambil berpelukan bahu.
Mungkin ibubapa wanita tersebut.
Tetapi siapa lelaki muda ini? 'Mungkin adiknya' Getus hatinya.
Dia berpaling ke poket besar dompet tersebut.
Wang berjumlah RM50 terselit dua keping.
Haiqal memandang pelik.
Rasanya dia menabur hampir seribu ke arah wanita itu malam semalam.
Mengapa hanya ada dua keping sahaja? Kemana lagi duitnya.
  Sebelum ke pejabat, Haiqal sempat berpesan kepada pekerja hotelnya untuk mengemaskan biliknya dan dia melarang keras untuk mengambil apa-apa yang berada di bilik tersebut.
  Haiqal menyimpan semula semua isi dompet tersebut ke tempat asal dan mula melangkah meninggalkan pejabatnya.
Dalam hatinya berharap mamanya dapat dipujuk dan dapat memaafkannya.
Haiqal menarik nafas panjang.
 
Sumber:Internet