. Aini memasuki bilik sahabatnya.
Terlihat tubuh kecil sedang terbaring di atas katil.
Matanya tertutup rapat.
Mukanya bengkak namun tampak begitu pulus.
Tangannya penuh dengan wayar bersirat.
Kakinya di balut rapi dan di ikat di atas satu besi.
Nampak sangat menyiksakan.
Tubuh Aini lemah melihat keadaan sahabatnya.
'Banyaknya dugaan yang kau kena hadap Mia, sabarlah sayang' Aini berjalan ke arah Mia.
Wajah Mia dicium kasih.
Setitik demi setitik air mata jatuh dipipi.
Dia mengesat kasar.
Takut sahabatnya terjaga dan melihat dirinya yang lemah.
Tangan Mia dicapai.
"Mia ni aku Aini.
Maafkan aku Mia.
Disebabkan aku, kau terpaksa lalui semua ni.
Tidurlah secukupnya Mia" Aini menahan rasa.
Takut air matanya tumpah lagi.
"Aku sentiasa ada kat sebelah kau.
Aku janji aku akan jaga kau lepas ni.
Kau cakap kau nak jalan-jalan dalam KL kan? Aku boleh bawa kau pusing satu KL tapi kau kena janji dengan aku, kau kena kuat semangat.
Sembuhlah secepat mungkin.
Aku sentiasa ada untuk kau.
" Air matanya makin bercucuran.
Ditahan namun tetap keluar.
Sebak.
Sedih yang teramat sangat.
Tangan Mia diraih.
Menyalurkan sedikit kekuatan kepada sahabatnya itu.
Dari kejauhan ada sepasang mata sedang memerhati.
Azman sedikit sebanyak kagum dengan wanita yang berada di depan matanya.
Begitu bersungguh Aini menyalahkan dirinya walhal itu bukanlah salah dirinya.
Begitu bermakna sahabatnya itu dalam dirinya sehinggakan teresak-esak menangis seperti anak kecil kerana sangat takut kehilangan sahabatnya.
Sadis sungguh perlakuan Haiqal kepada Mia.
Haiqal sememangnya lelaki jijik yang sememangnya tidak layak langsung boleh dimaafkan, walau akhir nafas sekalipun.
Lelaki sombong seperti itu layaknya berada di dalam penjara, menghabiskan sisa-sisa hidupnya disana.
Marah sungguh dia dengan sikap tidak bertanggungjawab Haiqal itu.
'Kenapa aku tak terdetik mahu menolong wanita tu.
Kenapa aku terlampau ikutkan kata hati sampai orang tak bersalah menjadi mangsa Haiqal.
Allahuakbar' Azman bermonolog sendiri.
Mukanya diraup.
Jauh dari sudut hatinya, perasaan bersalah semakin menggunung.
Matanya tertacap ke arah Mia.
Azman melangkah masuk kedalam.
Bertapak di sebelah Aini.
Aini memandang Azman kosong.
Tiada senyuman atau kata-kata yang terluah.
Wajah kawannya menjadi fokusnya kini.
Dibelek wajah kawannya.
Penuh dengan kesan luka.
Tiba-tiba seorang doktor wanita masuk ke dalam bilik mereka.
"Hi.
Saya Doktor Kamilia, yang merawat kawan awak tadi.
Can we talk sekejap? Come follow me" Doktor Kamilia melemparkan senyuman manis, sekadar untuk menghilangkan debar di dada si pewaris.
Aini dan Azman mengekori wanita muda didepan mereka.
"May I know whose I speaking with?" "Aini" Jawab Aini sepatah dan dia melemparkan senyuman sayu.
"Okay Aini, macam ni.
Saya dah checkup kawan awak tadi.
Berdasarkan pemeriksaan saya, kawan awak ni mengalami trauma.
Sedikit sebanyak menjadikan dia hilang semangat.
Dia juga kekurangan banyak tenaga.
Saya telah berikan dia ubat penenang dan sekarang bagi dia berehat.
Kawan awak mungkin dah lebih 12 jam menahan kesakitan dikakinya.
Pemerhatian saya, bengkak yang terdapat dikaki kawan awak tu dah dikira sangat bahaya.
Tapi alhamdulillah, you sending here cepat.
Tapi jangan risau, kami dah suntik antibiotik dekat kaki kawan awak.
InshaAllah, dalam masa terdekat kakinya akan kembali sembuh.
But it may take some time to cover up jadi macam dulu" Doktor Kamilia menarik nafas panjang.
"Berat saya katakan, sebenarnya kawan awak ni telah diperkosa.
Daripada pemerikasaan saya, saya dapati lebihan titisan mani dalam kemaluan kawan awak.
" Aini mengalirkan air matanya.
"Kesan kesan lebam dibahagian leher, menunjukkan pemangsa telah mencekik kawan awak ni.
Dalam tekaknya juga mengalami luka kecil kerana terlampau banyak menjerit.
Saya klasifikasikan kawan awak ni memang sudah diperkosa berturut-turut" Doktor Kamilia memegang bahu Aini.
Menyalurkan sedikit kekuatan.
"Saya bersimpati dengan keadaannya.
Banyakkan bersabar.
Saya nak awak berikan dia semangat.
Banyakkan bercerita pasal hal-hal positif.
Kembalikan semangatnya.
Trauma dia tu kalau tak dirawat berkemungkinan akan menyebabkan kemurungan.
Jadi saya sarankan, banyakkan berdoa kepada Allah.
Banyakkan memberi kata-kata nasihat dan kata-kata semangat.
" Melihat tiada respon daripada Aini, Doktor Kamilia meminta diri.
Aini hanya menganggguk dan mengucapkan terima kasih.
Aini memandang Mia lama.
Seolah-olah menyalahkan dirinya lagi.
Aini tersentak dengan deringan telefonnya.
Dia beristigfar panjang.
Sejak tadi dia suka mengelamun.
Dia mencari telefonnya dalam beg tangannya dan berlalu pergi menjawab panggilan tersebut.
Azman hanya memandang kosong dengan pemergian wanita tersebut.
Dia tahu Aini kuat orangnya.
Azman masih tertanya-tanya siapakah Mia sebetulnya dalam hidup Haiqal.
Mengapa dia berada di dalam bilik Haiqal? Dia sangat kenal Haiqal.
Tidak mungkin semudah itu Haiqal kalah dengan hawa nafsunya sendiri.
Dia juga pasti, Haiqal tidak sewenang-wenangnya untuk memusnahkan hidup wanita sesuka hati.
Tidak mungkin ! Sejak pada itu, dia berjanji pada dirinya untuk menyelidik apa sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka berdua.
Tidak mungkin secepat itu Haiqal mengubah prinsip hidupnya yang dijaga rapi selama ini.
Sumber:Internet