. Haiqal memakir keretanya disebelah kereta mamanya.
Tidak nampak pula kelibat mamanya dari tadi.
Selalunya waktu-waktu begini mamanya akan berada di taman untuk memberi makan ikan-ikannya di kolam.
Matanya melilau ke sekitar rumah banglo itu.
Disinilah tempat dia membesar.
Dia memandang ke arah pokok besar di tepi rumahnya.
Banyak masanya dihabiskan disitu pada zaman kanak-kanaknya.
Dia masih ingat dimarahi oleh mamanya kerana membasuh basikal di kolam kesayangan mamanya, sampai dikurung di bilik bibiknya seharian.
Dia tergelak apabila teringatkan zaman kanak-kanaknya dahulu.
Banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui dengan mamanya walaupun dia adalah anak tiri kepada wanita tua itu.
Haiqal masih di dalam kereta, mencari kekuatan untuk berhadapan dengan mamanya.
Dia menarik nafas panjang dan membuka pintu kereta.
Tangannya lincah mengambil bungkusan yang dibelinya di tepi jalan tadi.
Pisang goreng kegemaran mamanya dan beberapa kuih-muih menjadi pilihannya untuk santapan petang itu.
Haiqal mula melangkah kaki masuk ke dalam rumah.
Dari kejauhan Datin Aina sudah nampak anak terunanya mendekati pintu rumahnya.
Dia sudah berpesan kepada bibiknya untuk tidak membuka pintu.
Masih terasa dengan sikap anaknya.
Sangat terkilan dengan segala perilaku kejam Haiqal.
Namun dari kejauhan dia melihat Haiqal mengeluarkan segugus kunci dari seluarnya.
Datin Aina menepuk dahinya.
'Ini tak lain tak bukan, abang lah ni bagi kunci kat budak bertuah ni' Datin Aina mengeluh pendek.
************************************ "Haiqal nak apa datang rumah mama ni?" Belum sempat Haiqal memberi salam, dia disergah oleh mamanya.
Haiqal mengurut dada tanda terkejut dengan sergahan mamanya itu.
Sedikit tersentak dengan pertanyaan mamanya itu.
Namun dia mengawal riak wajahnya.
"Mama apa khabar?" Haiqal menyalami mamanya.
Namun disambut dingin oleh ibunya.
Hanya anggukan yang di balas oleh mamanya.
"Haiqal ada belikan mama pisang goreng dekat tepi jalan yang mama suka tu.
Jom kita makan sama-sama" Haiqal bersungguh-sungguh mengajak Datin Aina untuk menyertainya.
Datin Aina masih mendiamkan diri, tidak langsung memandang anaknya.
Dia tdak mahu lagi mengalirkan air matanya.
Sungguh, dia sangat terkilan dengan apa yang terjadi.
Haqial nampak serba salah.
Rindu bukan kepalang kepada wanita tua didepannya, namun melihat sikap dingin mamanya, Haiqal mematikan niat untuk menyium pipi tua itu.
"Haiqal suruh bibik buat air sekejap ye mama" Sambung Haiqal lagi setelah lama mamanya berdiam diri.
Kekok dengan keadaan sebegitu.
Datin Aina berlalu ke taman.
Diambil botol makanan ikan dan di tabur ke dalam kolam.
Haiqal melihat mamanya sudah berlalu ke taman.
Haiqal hanya menghela nafas panjang.
Sampai bila dia harus bermasam muka dengan mamanya.
Dia berlalu ke dapur dan memberi bungkusan itu kepada bibiknya untuk dihidangkan ke depan.
"Mama...." Haiqal memanggil mamanya perlahan.
Datin Aina masih membatukan dirinya.
Haiqal memanggil mamanya dengan nada yang lebih kuat namun tetap sama.
Mamanya tetap tidak menghiraukannya.
Haiqal mula mendekati mamanya dan memeluk Datin Aina dari belakang.
Terasa ada esakan kecil di belakang Datin Aina.
Hatinya tersentuh.
"Apa Haiqal dah buat? Mari cerita kat mama sayang" Lembut suara Datin Aina memujuk sambil memalingkan mukanya menghadap Haiqal.
Anaknya menangis teresak-esak.
Di bawa anaknya kedalam pelukan, menenangkan anaknya.
Ibu mana yang sanggup melihat anaknya bersedih sedemikian rupa.
Tidak pernah lagi dia melihat Haiqal menangis teresak-esak sampai begitu sekali sepanjang dia menjaga Haiqal.
'Ya Allah, apa yang telah berlaku?' "Mama tak tuduh Haiqal buat benda bukan-bukan sayang.
Mama tahu anak mama baik orangnya" Datin Aina menenangkan Haiqal.
Di usap lembut kepala anaknya.
Dia meraih tangan Haiqal dan memimpinnya untuk duduk di atas kerusi.
Lama Haiqal menangis.
Datin Aina memandang anak tirinya itu lama.
Kasih sayangnya tak pernah berkurang apatah lagi untuk membenci anaknya itu walaupun Haiqal bukanlah darah dagingnya.
"Haiqal anak mama.
Mama percayakan Haiqal.
Mari sini cerita dekat mama.
" Datin Aina memujuk lagi setelah Haiqal reda dari tangisannya.
"Mama.." Haiqal menarik nafas panjang.
Dia serba salah untuk bercerita kepada wanita tua itu.
Telan mati anak, luah mati bapak.
Sengsara sungguh yang dirasakan kini.
"I don't even know how to start this story.
I have done terrible mistakes!" Haiqal memulakan bicaranya setelah sekian lama mendiamkan diri.
Tangisannya menjadi-jadi sampai ada esakan panjang dibelakang suaranya.
"She came into my room.
Dia cakap dia tak kenal siapa yang hantar dia ke bilik Haiqal.
Haiqal hilang control mama.
Haiqal pukul dia ma" Suara Haiqal sedikit kecewa.
Datin Aina terkejut namun masih mendiamkan diri.
Kusyuk mendengar luahan anaknya.
"Mama, to be honest, I totally loose control of myself ma.
I don't know why that mistakes happened!" Haiqal menarik nafas dan memejam matanya.
"I swear to god, kalau masa ni boleh putar semula, I will not touch that girl ma! It just a mistakes" Kesekian kalinya air matanya tumpah.
Tangan mamanya dipegang erat.
Datin Aina terkedu dengan pengakuan anaknya.
Hatinya beristigfar.
Air matanya tumpah.
Tidak percaya dengan apa yang di dengari dari mulut anaknya.
Anak yang di jaga dan di didik selama ini dengan agama yang secukupnya sanggup menconteng arang ke mukanya.
Datin Aina merasakan kepalanya berdenyut.
Malu dengan perlakuan anak lelakinya itu.
Tiba-tiba dia teringatkan wanita muda itu.
Kaki dan muka bengkak wanita muda itu memenuhi ruang kepalanya.
'Allahuakbar, sengsaranya hidup kau,nak' Datin Aina menarik nafas.
"Ma, I am a coward man" Datin Aina masih terdiam dengan air matanya yang deras, tidak ada sepatah pun suara keluar dari mulutnya.
Hatinya hiba, sedih bercampul gaul dengan kecewa yang teramat sangat.
"Mama maafkan Haiqal.
Haiqal janji akan buat apa saja untuk fix this problem.
" Haiqal meraung apabila tangannya disentap dan dia melihat mamanya berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan ditaman itu ditemani air mata yang deras jatuh membasahi pipi.
Sumber:Internet