. Haiqal terpaksa mengikut rakan kongsinya ke kafe.
Kebetulan, perutnya memang minta di isi.
Dia dipaksa papanya untuk ke Syarikat Media kerana papanya tidak dapat turut serta kerana ada hal lain yang perlu diuruskan.
Papanya adalah salah seorang pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut, jadi dia sepatutnya menghadiri perbentangan penting itu.
Tapi disaat akhir papanya menghantarnya untuk menjadi wakil bagi papanya.
Jam 0830 pagi, dia akan memulakan perbentangannya.
Jadi mahu tidak mahu, dia harus menyiapkan diri untuk perbentangan tersebut.
Dia sudah tahu selok belok perbentangan memandangkan dia sudah banyak menghadiri kursus seperti itu.
Papanya juga sudah acap kali menerangkan tentang projek tersebut kepadanya.
Sedang dia asyik melayan perasaan, dari kejauhan ada sesuatu yang menarik minatnya.
Dia terpandangkan dua orang wanita bertudung sedang ketawa.
Dia terus memerhati keakraban persahabatan itu.
Ya! Dia sangat rindukan Azman.
Sudah tiga bulan dia tidak bertegur sapa dengan sahabatnya itu.
Dia tetap dengan egonya dan Azman juga begitu.
Masing-masing mendabik ego tanpa berpaling lagi.
Bagi Haiqal itu bukan salahnya.
Seharusnya Azman yang perlu meminta maaf kepadanya kerana berkasar dengannya sedangkan dia hanya meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya.
Namun tiada sedikit pun ura-ura bahawa Azman akan datang kepadanya untuk meminta maaf.
Lama dia memerhatikan dua wanita tersebut sampailah bahunya ditepuk oleh salah seorang pekerjanya.
Dia tersedar dari lamunannya.
Dia tersenyum, namun pandangannya beralih kembali kepada dua wanita itu.
Dia mengerah otaknya berfikir.
Siapakah gerangan wanita itu? Dia pasti, dia pernah berjumpa dengan mereka.
Letih dengan persoalan yang tidak berjawapan, Haiqal membiarkan.
Dia kembali berborak kosong sekadar mengambil hati.
Sesekali dia mengerling ke arah wanita tersebut.
Masih memikirkan jawapan kepada persoalannya.
Hingar hingar di kafe tersebut tidak sedikit pun mengganggu konsentrasinya.
Tepat jam 0825 pagi, Haiqal diajak untuk naik ke pejabat.
Dia hanya akur.
Kepalanya ligat mencari jawapan namun persoalan yang berada di minda dibiarkan.
Sedari dari tadi, Haiqal tidak senang duduk.
************************************ "Doakan aku" Mia memandang tepat ke dalam mata Aini.
"Banyak dah aku menyusahkan kau.
Kalau boleh aku nak dapatkan juga kerja ni.
InshaAllah, Allah mudahkan jalan aku nak balas semua jasa-jasa kau" Mia menarik nafas panjang.
Bajunya dibetulkan.
Dia mengambil cermin dan memerhati dirinya dalam cermin.
Dioles sedikit gincu merah kebibirnya dan akhirnya dia tersenyum.
Puas dengan penampilannya.
"Haah kan best juga kalau kau dapat kerja, boleh belikan aku rumah kan?" Mia membulatkan mata dan mencubit sahabatnya itu.
Aini mengaduh dan mereka ketawa.
Aini tahu Mia gemuruh dengan temuduganya itu.
Mia meninggalkan Aini dan masuk ke dalam ruang menunggu yang sudah disediakan.
Ruang itu dipenuhi orang.
Mungkin sedang menunggu untuk ditemuduga sepertinya juga.
Dia makin tidak keruan.
Dia memandang ke luar, mencari kelibat Aini.
Namun hampa, kelibat Aini sudah tidak kelihatan lagi.
Mungkin sudah beredar ke dalam kereta, menunggunya di situ.
Mia mengatur langkah apabila namanya dipanggil.
Dia menghembus nafas panjang.
Dalam hatinya berdoa panjang supaya dimudahkan urusannya.
Perasaannya bercampur aduk.
Gelabah berjalan sampaikan tidak nampak manusia di depannya sedang melintas.
"Auch! Are you blind? Hello!! use your eyes lahh.
Tak nampak orang dekat depan ke.
Sesuka hati you nak langgar orangkan?" Mia mengaduh.
Dia terkejut dengan herdikan perempuan tersebut.
"Maafkan saya cik.
Saya tak sengaja.
" Mia mengambil failnya yang terjatuh.
Mukanya berubah tanda malu diperlakukan begitu.
Bunyi sombong dan angkuh sekali.
Namun Mia hanya menundukkan mukanya.
Tidak sedikitpun memandang wanita garang didepannya.
"Lain kali jangan serabut sangat hidup tu.
Pakai mata tu.
You tak nampak ke manusia ramai kat sini?" Mia hanya mengangguk faham sambil mulutnya tak lepas dengan perkataan maaf.
"Dah tepi!" Mia memberi ruang untuk perempuan tersebut berjalan.
'Belum apa apa dah kena marah' Mia mengeluh.
Dia kembali menyambung langkahnya dan meneruskan sesi temuduganya.
Dia akhirnya diterima bekerja di syarikat tersebut dengan bantuan seorang hamba Allah yang baik hati, salah seorang bos di syarikat tersebut namun tidak pula didedahkan identitinya.
Mia berjanji dengan dirinya untuk tidak menyusahkan Aini lagi.
Dia tersenyum gembira.
Hatinya memanjat kesyukuran yang tak terhingga.
Mungkin tidak percaya dia akan memulakan kerjayanya di sebuah syarikat gah seperti syarikat yang sekarang.
Hatinya makin berbunga dan bersungguh-sungguh untuk memulakan tugas di situ.
Sepanjang perjalanan balik, Mia tersenyum puas dengan hasil usahanya selama ini.
'Semoga ada sinar untuk aku selepas ni' detik hatinya.
Sumber:Internet