Gelap

Mia Qalisha 2

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 2

. "Please sayang.
I'll do everything for you, for us.
Please don't leave me.
I promise we can be like before.
Why you banyak berubah lately? What should I do to get my sayang back?" Syafiq Haiqal merayu sambil memegang tangan tunangnya, Uqasha.
Dia kecewa dengan Uqasha kerana terlalu mempercayai buah mulut orang.
Dia dituduh curang dan paling merobek hatinya, dia dituduh meniduri perempuan lain dibelakang tunangnya.
Memang sebelum ini dia tergolong dalam kategori lelaki buaya darat kerana sering kali bertukar-tukar pasangan, adakala bersama model dan ada kalanya bersama artis ternama yang kebanyakkannya hanya memandang hartanya.
Bukan kebanyakkan, kesemuanya.
Lelaki kaya ada rupa pulak tu, sapa tak nak kan.
Dia hanya ingin bersuka ria dengan gadis-gadis tersebut, tidak sampai dek akal mahu membawa sampai ke bilik tidur apatah lagi membuat hubungan terlarang dengan mereka semua.
Haiqal sanggup berhabis duit untuk gadis-gadis tersebut asalkan hidupnya penuh dengan kegembiraan dan keseronokan.
Haiqal cukup kenal dengan setiap perangai gadis-gadis tersebut.
Ramai yang menggodanya dan menawarnya untuk memberi layanan terbaik kepadanya, namun ditolak dengan cara yang baik.
Mereka malahan berbangga kerana sudah kehilangan mahkota mereka.
Bagi mereka itu adalah perkara biasa dan modern.
Tidak ada apa yang nak dimalukan dengan semua itu.
Malahan banyak yang bercerita bangga, bahawa ada sesetengah yang telah menggugurkan kandungan mereka.
Oleh sebab itulah, dia tidak mahu mengambil risiko besar.
Namun, sejak berkenalan dengan Uqasha di satu majlis makan malam, Haiqal banyak berubah.
Dia tinggalkan dunia hiburan semata-mata mahu bersama gadis kesayangannya.
Perasaan tenang apabila bersama Uqasha sampaikan tidak berfikir panjang dan mengambil keputusan untuk menikahi Uqasha dengan secepat yang mungkin.
Dia sudah berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya bersama wanita kesayangannya itu.
Ya!"Just go to my house, jumpa parents I, I nak you putuskan pertunangan kita.
I tak nak berkhawin dengan lelaki tak bertanggungjawab macam you.
" Uqasha berlalu.
Haiqal terpana dengan permintaan Uqasha.
Mahu dikejar gadis kesayangannya itu, namun dia hanya memandang kosong dengan pemergian Uqasha.
Dia menarik nafas panjang.
Sedikit sentap dengan permintaan tunangnya, namun dia abaikan perasaan itu.
Dia pasti tunangnya itu akan kembali kepadanya.
Hanya perlu bagi sedikit masa dan ruang untuk tunangnya berfikir.
Dia mengalah untuk memujuk Uqasha.
Jika itu memang takdir jodoh mereka terhenti sampai di situ, dia hanya mampu menurut dengan rela hati.
Haiqal menangis dalam hati.
Tapi jauh dalam sudut hatinya, Haiqal berjanji akan memujuk tunangnya.
************************************"Who are you?" Haiqal menempik.
Terganggu dengan kehadiran gadis di depannya.
Kepalanya berasa serabut, semakin lama semakin berat.
Dia memegang kepalanya dan menghembus nafas kuat, tanda marah.
"What are you doing in my room?" Syafiq Haiqal menyoal bengis gadis di depannya kuat.
Pantang baginya apabila ada manusia mencerobohi privacynya.
Dipandang tajam muka gadis tersebut seolah-olah mahu melepaskan api kemarahan.
Keadaan masih diam.
Wanita di depannya masih dengan muka terkejut.
Mia Qalish terjerit kecil.
Mengurut dadanya kerana terkejut dengan sergahan lelaki tersebut.
Dia terkejut dan pelik dengan kehadiran lelaki tersebut.
'Siapa pulak ni?' "Eh sorry encik.
Ini bilik saya.
Manager saya suruh saya duduk dalam bilik ni sebelum dapat bilik lain" Mia Qalisha membalas sedikit gugup, kalut dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba.
Melihat lelaki itu tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, mukanya tiba-tiba panas menahan malu.
Mia masih berdiri tegak dihadapan lelaki tersebut tanpa berganjak.
Terasa lemah kakinya mahu bergerak.
Mia hanya mengenakan baju pijamas satin menampakkan lekuk-lekuk badannya.
Lilitan tuala di atas kepalanya menampakkan lehernya yang jinjang dan putih.
Dia tersedar bahawa dia tidak bertudung.
Dengan sepantas kilat dia memasuki semula ruang tandas dan menjadikan tuala sebagai tudung instantnya.
Apabila satu kaki mencecah ke dalam bilik itu semula, lelaki itu menyambung percakapannya.
"This is my room.
I register here a couple days ago lagi.
What is wrong with you girl? Get out now!" Api kemarahannya sudah sampai kemuncaknya.
Jarinya menunjuk ke arah pintu.
Mia terpana ditengking lelaki tersebut.
Masih bingung.
Sepanjang 23 tahun dia hidup, itulah kali pertama dia di tengking.
Haiqal meramas rambutnya.
Pening.
Serabut.
Semuanya bergabung menjadi satu perasaan.
Mia masih terpana dengan tengkingan tersebut.
Dia terkelu untuk berbicara, otaknya kosong.
Apa yang harus dilakukannya? Dia bertanya sendiri.
Dia masih teragak-agak.
Haiqal bagaikan dirasuk kerana melihat Mia masih tercegat dalam biliknya.
Marah dengan wanita di depannya, marah lagi dengan servis bilik di hotel mewah yang di berikan.
Haiqal mula menyinga.
Dia menarik lengan gadis di depannya untuk keluar dari biliknya.
Dalam kekalutan berjalan, Mia tidak perasan dengan kerusi rendah meja solek yang berada di tepi almari.
Dia terlanggar lalu tersembam ke bawah.
Tuala di kepalanya tercampak ke depan dan rambut panjang yang disanggul rapi terburai.
Panjang.
Mia mengaduh.
Dilihat ibu kakinya berdarah.
Dia menggagahkan kakinya untuk bangun.
Namun gagal kerana berasa perit.
Mungkin terseliuh.
Dia memandang lelaki di depannya.
Meminta simpati.
Haiqal hanya memandang kosong gadis tersebut.
Dalam kepalanya hanya memikirkan satu perkara, mengeluarkan gadis tersebut dari ruang biliknya.
Tanpa berpikir panjang, dia mengangkat gadis tersebut.
Mia terjerit kecil, mukanya merah menahan malu.
Namun digagahkan juga kerana tidak mahu memanjangkan keadaan genting di bilik tersebut.
Hasratnya apabila keluar dari bilik itu, dia ingin bertanya lebih kepada pengurusnya, kemungkinan tersilap info atau dia yang tersilap masuk bilik.
Mia hanya menghela nafas panjang, memarahi diri sendiri kerana terlampau teruja sampai memakan dirinya sendiri.
Tiba tiba ketukan di pintu membuatkan mereka saling memandang sesama sendiri.

Sumber:Internet