. Kereta Dato' Shariff memasuki parkir rumahnya.
Jam menunjukkan 430 petang.
Dia berteleku lama dalam keretanya.
Penat dan lelah di lepaskan dalam kereta sebelum dia masuk ke rumah.
Tidak mahu bawa masalah di pejabat ke rumah.
Dia kesiankan isterinya.
"Awal balik bang" Datin Aina menegurnya dari belakang apabila Dato Shariff sudah melangkah masuk ke rumah.
Dato' Shariff menghulurkan beg kerjanya kepada Datin Aina.
Mereka berbalas pelukan mesra.
Dato' Shariff tersenyum melihat isterinya.
Tenang melihat wajah cantik di depannya.
Dia teramat syukur dengan harta paling bernilai yang berada di depan matanya kini.
"Abang nak makan? Aina ada masak udang sambal petai untuk abang.
" Datin Aina menghulurkan jus oren yang di bancuhnya tadi kepada suaminya, tidak pernah gagal untuk menghidangkan air apabila suaminya pulang dari kerja.
Dato' Shariff menarik isterinya untuk duduk disebelahnya.
"Sayang ada sorok apa-apa ke dari abang?" Dato' Shariff bertanya lembut.
"Dua tiga harini abang tengok Aina banyak menyendiri.
Bila solat pun lama abang tengok Aina menangis atas sejadah tu.
Aina nak share apa-apa dengan abang ke?" Dato' Shariff masih dalam nada yang sama.
Datin Aina memandang ke lantai.
Matanya berkaca sebelum dia menarik nafas panjang.
"Kita makan dulu ye bang.
Saya pergi siapkan makanan abang sekejap ye.
" Datin Aina sudah bangun untuk melepaskan diri dari disoal banyak oleh suaminya namun tangannya ditarik kembali untuk duduk semula.
Datin Aina mengeluh.
Namun jauh dari sudut hatinya, berat untuk dia menanggung bebanan ini semua berseorangan.
Dato' Shariff memandang tepat ke wajah isterinya, lalu dia memeluk tubuh isterinya itu kejap.
"Don't hide anything from me my love.
I know you very well sayang.
Please I'm begging, tell me everything.
Kita dah janjikan sayang, akan bersama walau apapun yang jadi " Dato' Shariff terdengar esakan panjang isterinya.
Dia mengemaskan pelukannya.
Mungkin banyak perkara yang telah dirahsiakan isterinya, terlampau beban dengan semua masalah yang lama disimpan sendiri.
Lama Datin Aina berada di pelukan si suami.
Tenang.
Dia mengangkat kepalanya.
"Bang.." Datin Aina meraih tangan suaminya dan mencium lama.
"First thing first, saya nak minta maaf sebab berahsia dengan abang" Datin Aina menarik nafas sebelum wajahnya diangkat kembali.
"I do this because of our son.
I love him but in the same time I don't want to hurt you bang.
Saya tersepit antara dua orang yang saya sayang" Datin Aina memeluk Dato' Shariff dan kembali bersemuka dengan suaminya.
"Haiqal bang..." Ringkas tapi mendebarkan hati Dato' Shariff.
"Haiqal.." Datin Aina menangis hiba.
Tidak dapat menyambung percakapannya akibat terlampau sedih dengan semua yang terjadi.
"Kenapa sayang? Apa Haiqal dah buat?" Dato' Shariff menenangkan isterinya.
Dagu isterinya dipegang.
Mata mereka bertaut.
"Haiqal raped someone!" Datin Aina menghembuskan tangisannya di dada suaminya.
Kenyataan pahit yang terpaksa juga dia luahkan.
Terkilan namun sedikit sebanyak membuatkannya lega dengan pengakuan itu.
"Astagfirullah" Mengucap panjang Dato' Shariff.
Dia memejam matanya.
Badannya tiba-tiba longlai.
Dunianya berputar.
Sakit dan marah.
Itulah yang dirasakan kini dalam hatinya.
"It was 3 months ago, forgive me for hiding this for so long time, but I don't know how to tell you" Datin Aina masih memegang tangan suaminya.
Suaminya membalas, dan memeluk kejap isterinya.
Menyalurkan sedikit kekuatan walaupun dirinya sendiri tidak kuat untuk menghadapi semua ni.
Lama mereka mendiamkan diri.
"Where is the girl right now?" Dato' Shariff menyoal ringkas.
Suaranya perlahan, terselit sedikit nada kecewa.
'Allahuakbar, Haiqal kenapa kau buat semua ni?' Dato' Shariff menutup matanya.
Adakah ini semua ujian baginya? Mengapa seberat ini ujiannya sebagai bapa? Adakah dia boleh menghadap semua ujian yang Allah berikan ini dengan tenang? Datin Aina bangun dan menuju ke arah bilik bacaannya.
Diambil sampul surat coklat di celah-celah buku bacaannya dan kembali menuju kearah Dato' Shariff.
Dilihat suaminya memegang kepala.
Datin Aina menjadi serba salah kerana memberitahu suaminya perihal itu.
Dia mengangkat muka Dato' Shariff memandangnya.
Sedikit air mata sudah menitis ditubir suaminya.
Tahulah dia bahawa suaminya itu menangis.
"Abang, ini semua salah saya bang.
Saya tak jalankan tanggungjawab saya sebagai ibu dengan baik" Datin Aina sudah tersedu sedan di depan suaminya.
Dato' Shariff terkejut dengan tangisan isterinya itu.
Hatinya di hiris pilu.
Dibawa isterinya kepelukannya.
"Shhh, Aina tak salah sayang.
Aina ibu yang baik.
Aina dah cukup bagi ilmu agama kat dia.
Haiqal memang tak pernah sedar dengan dosa-dosa dia.
Allahuakbar, sayang jangan menangis lagi sayang" Dato' Shariff mencium dahi isterinya.
Datin Aina masih mengalirkan air matanya, namun dia menyeka air matanya sambil menghulurkan perlahan sampul yang berada di tangannya.
"Selama ni saya cari budak perempuan tu tanpa pengetahuan abang, maafkan saya bang" Dato' Shariff membuka sampul itu perlahan.
"Maafkan saya kerana membelakangkan abang dalam hal ni.
Saya upah anak Abang Akob untuk siasat budak perempuan ni" Datin Aina melihat suaminya sedang memegang beberapa kertas di tangannya.
"Dia anak yatim piatu.
Mia dah suffer banyak bulan dah abang.
Dia perempuan yang baik.
Bukan jenis perempuan yang diceritakan oleh Haiqal.
Dia kawan kepada PA saya, Aini.
Allahuakbar bang.
Nasib baik dia tak failkan kes ni sebagai kes rogol.
Saya malu nak jumpa dia, apatah lagi nak berborak dengan dia" Datin Aina menyambung informasinya dengan nada tersekat-sekat.
Perit sungguh dengan dosa yang telah dilakukan oleh anaknya itu.
Dato' Shariff membelek satu persatu gambar yang berada di dalam sampul surat tersebut.
Dia masih mencari sisa-sisa kekuatan yang dia ada.
Remuk hati tuanya melihat gambar wanita itu.
Muka dan kakinya bengkak.
Penuh bersirat dengan segala macam wayar disebabkan darah dagingnya sendiri.
Dia menyelak helaian terakhir, dan apa yang dilihatnya sangat meruntum jiwa tuanya.
"Ya Allah Samad" Dato' Shariff terkejut apabila terpandangkan gambar passport yang terdapat di helaian tersebut.
Dia menguak rambutnya kebelakang.
Matanya mengeluarkan manik manik jernih.
Semakin lama semakin laju.
Segala kepenatan dirinya dilupakan.
Gambar di depannya itu menggetarkan jiwa tuanya.
'Allahuakbar' "Awak kata tadi ibu bapa budak ni dah meninggal?" Soal Dato' Shariff dengan suara perlahan.
Datin Aina mengangguk dan itu membuatkan Dato' Shariff teresak-esak di depan isterinya.
Datin Aina memeluk badan suaminya.
Inilah kali pertama dia melihat suaminya itu menagis seteruk itu.
Siapa lelaki dalam gambar tersebut? 'Ya Allah Samad.
Lama sungguh aku cari kau!' Dato' Shariff memeluk gambar yang berada di tangannya itu.
Kenangan masa silam terlayar difikirannya.
Makin lama makin kuat dan semakin mencekam jiwanya.
Sumber:Internet