. Mia memberi salam kepada sahabatnya apabila sampai di depan lobi syarikat yang bakal dia bekerja.
Hari ini adalah hari pertamanya bekerja disitu.
Dengan penuh bersemangat dia melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat tersebut.
Pagi itu, dia hanya mengenakan baju kurung berwarna putih dan berbunga hitam.
Tudung satin berwarna coklat menambahkan seri wajahnya.
Kasutnya yang berwarna hitam yang dipinjam daripada sahabatnya memandangkan dia tidak ada lagi kasut untuk dipakai ke tempat kerja.
Sesampainya di dalam, dia disambut baik oleh pengurusnya, Encik Hazril.
Encik Hazril menunjukkan tempat kerjanya.
Kemas dan tidak terusik barang di atas meja tersebut.
Selepas di beri beberapa taklimat kepadanya, Mia hanya mengangguk dan tersenyum menandakan dia faham dengan taklimat yang disampaikan.
Encik Hazril meminta diri untuk menyambung pekerjaannya.
"Mia masuk ke bilik saya sekejap" Tidak sampai beberapa minit dia duduk di bangkunya, Encik Hazril memanggilnya masuk ke bilik pejabatnya.
Mia mengatur langkah ke dalam bilik tersebut.
Dia mengetuk dan mendengar arahan Encik Hazril menyuruhnya masuk.
Dia membuka pintu dan mengatur langkah dengan berhati-hati.
Terdapat seorang lelaki yang membelakanginya.
Mia tidak pula berminat untuk ambil tahu.
"Assalamualaikum Encik Hazril.
Ada apa saya boleh bantu?" "Ohh ya.
Saya nak kenalkan awak dengan seseorang.
You should thanked to him.
Ni bos kita, Encik Syafiq Haiqal.
Encik Haiqal lah yang mengarahkan saya untuk mengambil awak bekerja di sini.
" Lelaki itu masih membelakanginya.
Dia berasa tidak sedap hati.
Namun dia menutup perasaan itu dengan senyuman lebar.
"Thank you Encik Haiqal sebab beri saya satu peluang pekerjaan di sini.
Saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh" lelaki itu masih tidak berkutik.
Hanya ketawa kecil kedengaran dalam bilik tersebut.
"Can you leave me with this girl privately? I have something to discuss with her.
By the way Mr Hazril, have you give her the all the documents that she have to sign?" Encik Hazril mengangguk.
Selepas meminta diri, dia keluar dari bilik pejabat tersebut.
"Well done Mia.
And welcome to this company" Haiqal berpaling memandang Mia.
Mia terasa bagaikan guruh berdentum dihatinya.
Segala peristiwa yang berlaku malam itu bagaikan terjadi semalam, terlayar satu demi satu.
Badannya menggeletar.
Kakinya tidak dapat menampung berat badannya dan terjelepok jatuh ke lantai.
Sebak.
Trauma yang dihadapinya datang menjengah kembali.
Air matanya mula berjuraian.
Dia mencari secebis kekuatan untuk bangun dan keluar dari bilik itu, namun lelaki itu lebih pantas darinya.
Haiqal mengunci pintu bilik tersebut.
"You know what, what a small world right?" Haiqal merapatkan bibirnya ke telinga wanita tersebut.
"Kau tak akan boleh lari dari aku Mia Qalisha, tak akan pernah boleh jauh dari aku" Suaranya berbisik dan ketawanya berderai.
Pang! Haiqal terpana dengan perbuatan wanita tersebut namun dia tetap meneruskan gelaknya.
"Wow, I am very impress.
Makin berani!Don't you miss me? Masih cantik macam dulu tapi sayang, tak ada maruah diri" Matanya tertutup menunjukkan dia sedang mengimbas kembali perbuatannya tiga bulan yang lepas.
Persis seperti seorang perogol.
Mia mula mengatur langkah.
Takut berlama dalam bilik tersebut bersama lelaki itu.
Air matanya masih lagi laju mengalir.
Jujur dia katakan, traumanya masih belum sembuh sepenuhnya.
Belum sempat dia mencapai tombol pintu, Haiqal sudah berada dibelakangnya.
Mia terperangkap apabila Haiqal mengepungnya dengan kedua belah tangannya.
Mata Haiqal galak menjamah muka Mia.
Mia tewas dengan pandangan lelaki itu.
Takut peristiwa berulang kembali.
Dia menjatuhkan pandangan ke lantai.
Namun giginya mengetap geram.
"Kau nak jerit? Silakan.
Kalau kau tak malu, silakan jerit.
Orang kat sini semua tahu kau budak baru.
Orang akan cakap kau goda aku.
Kau nak orang fikir macam tu? " Haiqal memegang dagu Mia supaya memandang tepat anak matanya.
"Tapi aku pelik, sejak bila kau ni nak cari rezeki halal ni? Kau dah puas jual tubuh ke?" Haiqal menghadiahkan senyuman sinis kepada wanita didepannya.
Dengan keberanian yang masih bersisa dalam diri, Mia meludah muka lelaki di hadapannya dan menendang sekuat mungkin kemaluan lelaki tersebut.
Dia tidak tahu datang dari mana kekuatan itu.
Namun dia merasakan, lelaki di depannya itu sangat melampaui batas kesabarannya.
Muka Haiqal berubah merah.
Haiqal berundur kebelakang menahan kesakitan.
Dia menjerit kuat melihat Mia sudah mula meninggal ruang bilik tersebut.
"Kau tunggu je Mia.
Satu hari nanti, kau akan menyesal dengan perbuatan kau ni" Haiqal mengerang kesakitan.
Air mata Mia masih sama seperti tadi.
Tidak ada tanda tanda untuk berhenti.
Kalaulah dia tahu syarikat ini kepunyaan lelaki durjana itu, pasti tidak sesekali dia menjejakkan kaki ke sini.
Tidak akan dan tidak mungkin! Salahnya juga kerana tidak mendapatkan informasi tentang syarikat tersebut lebih terperinci.
Mia tidak menghiraukan panggilan pengurusnya.
Mata-mata yang mencuri pandang ke arahnya juga tidak diambil pusing.
Mia mengambil begnya dan berlalu pergi dari situ.
Hatinya tidak kuat untuk meneruskan pekerjaannya lagi.
Hiba !.
Sumber:Internet