Gelap

Mia Qalisha 23

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 23

. Haiqal termenung jauh di dalam bilik bacaannya.
Peristiwa di pejabatnya bermain di fikirannya, membuatkan dia menggenggam tangannya tanda teramat geram dengan apa yang telah terjadi.
Kemudian kepalanya dipegang, mungkin pening dengan peringatan papanya kelmarin.
'Bodoh punya perempuan.
Kau tak akan terlepas dari gengaman aku' detik hati kecilnya.
Sesekali dia menghirup air ditangan.
  Haiqal membuka laci di tepinya.
Mencapai  dompet berwarna merah.
Dia tersenyum sinis.
Dia mengambil kad pengenalan empunya dompet.
Di pandang lama nama yang tertera di kad tersebut.
Mia Qalisha.
Gambar perempuan itu terpampang memakai tudung berwarna hitam.
Dia mengeluh panjang.
Fikirannya serabut dengan masalah yang di hadapinya.
  'Macam mana aku nak buat dia ikut pergi rumah papa' Otaknya ligat memikir bermacam cara untuk membawa wanita tersebut berjumpa papanya seperti yang di minta papanya.
Kejadian yang memalukan di pejabatnya menjengah kembali di ingatannya.
Dia tewas dengan seorang wanita bernama Mia Qalisha.
Wanita yang sangat misteri.
Dua hari juga dia mengambil cuti kerana penangan wanita tersebut.
Dalam hatinya membara.
Dia sengaja menyuruh kawannya, Hazril untuk mengambil Mia berkerja dengan syarikat kawannya itu supaya dia dapat menambahkan lagi sengsara hidup wanita itu.
Erti kata lain dia mahu melunaskan dendam dalam hatinya.
Masih terngiang-ngiang kata-kata papanya.
Dia hilang semua tempat dia mengadu.
Sikap mamanya yang sudah semakin dingin dengannya membuatkan dia yakin untuk memusnahkan hidup wanita itu.
Azman juga sudah tidak mahu bercakap dengannya walaupun sudah acap kali dia menelefon sahabatnya itu untuk memohon maaf.
Papanya apatah lagi, langsung tidak mahu melihat mukanya lagi.
  'Semua sebab kau Mia Qalisha, semua sebab kau' hatinya menjerit geram.
Gelas ditangannya dicampak, habis berderai dilantai.
Haiqal tidak memperdulikannya.
Haiqal mendail nombor seseorang.
Lama deringan di corong telefonnya tapi tidak diangkat.
Dia mencuba sekali lagi.
Hanya kedengaran peti suara yang meminta dia untuk meninggalkan pesan.
Dia menutup panggilan tersebut dan memandang lama skrin telefonnya.
"Sha, I miss you sayang.
It's been a while I tak jumpa you.
What are you doing sayang? Why don't you pick up my calls" Dia bermonolog berseorangan sambil jarinya menguis skrin telefonnya.
Dia melihat jam yang tertera di skrin telefonnya.
1100 malam.
'Mungkin dah tidur' Haiqal mengukir sedikit senyuman.
Banyak kenangan manis yang bermain di fikirannya.
Dia merindukan saat bersama wanita itu.
Walaupun tunangnya agak boros dalam beberlanja tetapi dia rindukan kemanjaan wanita itu.
Rasa bencinya semakin membara kepada Mia Qalisha.
Dia mengetap giginya apabila mengenangkan wanita tersebut.
************************************ Dentuman musik yang kuat membuatkan Uqasha khayal dengan dunianya sendiri.
Dia menghirup air yang berada di tangannya sambil badannya menari mengikut rentak musik tersebut.
Kepalanya di lentokkan di dada lelaki yang tidak dikenali yang berada di hadapannya.
Lelaki itu hanya membiarkan.
Uqasha makin menggila apabila lelaki tersebut melekapkan badannya ke badan Uqasha.
Uqasha membiarkan perbuatan lelaki tersebut.
Melayan setiap sentuhan yang diberikan oleh lelaki itu.
Sudah lama dia tidak dapat sentuhan hangat sebegitu.
Seingatnya mungkin sebulan yang lepas bersama kawannya, Alif.
"I'm Harith.
And you?"  Lelaki itu mengenalkan dirinya.
Mulutnya betul-betul di cuping telinga Uqasha.
Uqasha ketawa kegelian, namun hanya melirik manja ke arah lelaki itu.
  "Call me Sha" Uqasha membalas dengan cara yang sama.
Mereka berbalas senyuman.
Musik sudah ditukar dengan alunan musik romantik.
Mereka menari mendekat sambil berbual kosong.
Banyak topik yang menjadi perbualan mereka.
Sesekali mereka ketawa manja.
Semakin lama semakin membelai jiwa.
Akhirnya mereka berkucupan lama.
Semakin lama semakin mengganas.
Mereka meninggalkan kelab malam tersebut setelah menghabiskan suku air yang berbaki.
Dari kejauhan, ada sepasang mata yang sedang memerhati dan mengambil gambar mereka semasa mereka sedang bercumbuan mesra.
 .
Sumber:Internet