Gelap

Mia Qalisha 24

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 24

. Deringan telefon mengganggu tidur Haiqal.
Haiqal menyumpah dalam hatinya.
Pantang sungguh dengan orang yang menganggu tidurnya.
Di biarkan telefonnya mati sendiri.
Namun tidak lama kemudian, telefonnya berdering kembali.
Dia mendengus kasar.
Dengan perasaan marah dan matanya masih tertutup, dia mengangkat panggilan tersebut.
Sempat dia mengerling ke arah jam dinding, 330pagi.
"Nak apa pagi-pagi ni?" Dia menengking kepada si pemanggil.
Dia mendiamkan diri mendengar pencerahan di pihak pemanggil.
Matanya terbeliak apabila mendapat berita yang tidak disangka itu.
Hatinya remuk.
Berdarah.
Dia terpana.
Telefon di tangannya terlepas.
Dia merasakan air matanya mengalir.
Dia merasakan dunianya gelap.
Tangannya menggigil.
Selama ini, hampir setiap hari selama tiga bulan dia tidak jemu menghantar mesej, membuat panggilan kepada sang kekasih.
Tidak pernah terlepas untuk meminta maaf.
Namun pengakhirannya mengapa begini? Nafasnya sesak dengan pengkhabaran itu.
Uqasha, perempuan yang selama ini diagungkan baru sahaja ditangkap berkhalwat bersama seorang lelaki di hotel murah? Haiqal menggeleng kepalanya.
Tidak percaya dengan pengkhabaran yang didengarinya.
'Tidak mungkin Uqasha boleh sesuka hati menyerahkan dirinya kepada lelaki lain.
Aku sendiri pun tak pernah menyentuh dia' Haiqal menggelengkan kepalanya.
Dia kenal sungguh baik buruk Uqasha.
Tidak mungkin.
Tanpa berfikir panjang, dia menyarung seluar panjang hitam dipadankan dengan baju t-shirt putih, disarung pula dengan sweater kelabu.
Dia mengenakan kasut sukannya berjenama Nike.
Dia membawa keretanya menuju ke tempat yang diberitahu oleh si pemanggil.
Hatinya memberontak inginkan kepastian.
Sepanjang perjalanan otaknya ligat dengan semua pengkhabaran yang baru di dengarinya.
'Tidak mungkin!' Haiqal meraup mukanya tanda gelisah dengan segala yang terjadi.
************************************ Mia masih mengurungkan dirinya dalam biliknya.
Makanan dan minuman yang di hantar oleh Aini juga tidak diusik.
Hanya air mineral menjadi pelapis perutnya kini.
Perutnya tidak terasa mahu menjamah makanan.
Pernah sekali Aini menyuapnya bubur McD kesukaannya.
Namun dimuntahkan kembali.
Banyak sungguh dia terhutang budi dengan sahabatnya itu.
Dia di beri surat amaran kerja pertamanya kerana sudah seminggu tidak hadir ke pejabat.
Dia tahu syarat-syarat yang akan dikenakan jika dia berhenti kerja secara mendadak.
Sepatutnya dia haruslah memberikan surat perletakan jawatan dua bulan sebelum dia berhenti kerja.
Jika tidak melakukan sedemikian, dia akan bertanggungjawab membayar dua kali gajinya kepada syarikatnya.
Dia buntu.
Jika dia pergi ke pejabat, pasti ada lelaki itu.
Menambahkan derita dihatinya.
Tiga bulan dia mengambil masa untuk menyembuhkan diri sendiri.
Lari jauh daripada dikejar lelaki durjana itu.
Sahabatnya yang di sisi tidak pernah gagal untuk memujuknya supaya terus bertahan.
Namun kedatangan lelaki itu semula dalam hidupnya membuka luka lama.
Perit dan kembali berdarah.
'Mengapa munculnya lelaki binatang itu? Mengapa perlunya aku bertemu dengannya kembali? Mengapa harus aku terima semua ini ya Allah? Kuatkan semangat aku ya Allah.
Tunjukilah jalan kepada hambaMu ini' Air matanya jatuh kesekian kalinya.
Traumanya menjengah kembali.
Aini yang berada di luar biliknya risau dengan keadaan sahabatnya.
Bila ditanya, Mia hanya menggeleng.
Dia tahu, Mia pasti terfikir dia menyusahkannya.
Sudah acap kali dia memeluk Mia memberi kata semangat seperti dia lakukan dahulu, namun keadaannya masih sama.
Mia masih menyendiri dan tidak menjamah sedikit pun makanan yang di bawanya.
Dia risaukan kesihatan sahabatnya itu.
Aini berkira-kira untuk menelefon Doktor Azman kerana dia risaukan kesihatan Mia.
Selama tiga bulan, Doktor Azmanlah yang banyak membantunya, memberikan nasihat kepadanya apabila dia hampir putus asa untuk menyembuhkan Mia.
Di samping memberi nasihat, dia juga seringkali membekalkan ubat kepada Mia.
Sekarang Mia sudah berhenti mengambil ubat tersebut kerana Doktor Azman sendiri yang mengesyorkan untuk tidak mengambil ubat itu lagi.
Aini tidak berfikir panjang terus mendail nombor Doktor Azman.
Tidak sampai satu deringan, suara garau lelaki sudah memberi salam di corong telefon itu.
Aini tersenyum.
Banyak yang harus diadukan kepada doktor tersebut.
************************************ Haiqal kini berada di depan Balai Polis Shah Alam.
Dia menarik nafas panjang.
Sempat menoleh ke arah jam di dashboard keretanya.
400 pagi.
  Berharap apa yang di dengari sebentar tadi hanyalah mainan mimpi.
Dia menguak rambutnya kebelakang.
Menyeka sisa-sisa air mata yang masih bergenang di tubir mata.
Dia mula melangkah lemah ke dalam balai tersebut.
"What have you done Adella Uqasha!?" Kedengaran suara yang amat dikenali menjerit.
Matanya melilau mencari suara tersebut.
Ya! Ibu kepada Uqasha.
Dilihat Uqasha sedang menangis di tepi ibunya.
Luluh hati lelakinya apabila pengkhabaran yang dinyatakan oleh pemanggil tadi benar belaka, namun tidak pula dia menanya siapa gerangan si pemanggil.
Biarlah siapa sahaja pemanggil tersebut.
Dia malas untuk mengerah otaknya lagi.
Penat dengan keadaan sekeliling.
Dari kejauhan dia memandang sesusuk tubuh yang amat dikenali dan paling disayangi.
Dia terduduk di atas bangku.
Tidak kuat dengan kenyataan yang harus diterimanya itu.
Dia berteleku lama di situ, hanya menyaksikan adegan dari kejauhan.
"Puan, saya sanggup jadi suami dia puan, biar saya yang bertanggungjawab dengan apa yang saya dah buat puan" tangisan Uqasha bergema.
Haiqal hanya memerhati dari kejauhan.
Hatinya bagaikan ditoreh oleh kaca.
"Aku taknak kahwin dengan kau.
Aku taknak!" Uqasha bagaikan hilang pedoman apabila memukul lelaki tersebut.
Dia menangis tersedu.
Haiqal yang hanya menjadi saksi di kejauhan mengangahkan diri mendekati sekumpulan manusia di situ.
Dia menahan air matanya dari jatuh ke pipi.
Uqasha memerhati Haiqal.
Dia tersekima dengan kehadiran kekasihnya itu.
Tangisannya makin kuat.
Perasaan bersalah mula menerpa dalam dirinya.
'What I have done'  "Sayang, maafkan I sayang.
Maafkan I" dia menarik nafas panjang.
Tangan Haiqal diraih.
  "I terlampau ikutkan perasaan I.
Please give me one more chance.
We can life happily after this.
" Uqasha memegang tangan Haiqal, namun disentap kuat.
Tanda tidak mahu melihat muka yang menyakitkan hatinya itu apatah lagi memegangnya.
Uqasha terjelepok ke atas lantai.
Ibunya hanya memandang sepi.
Mungkin terlampau sedih dengan perlakuan anak tunggalnya itu.
Dia malu dengan Haiqal, apatah lagi keluarga Haiqal.
"Aunty, I think this man should take the responsibility" Uqasha mengongoi seperti budak kecil di atas lantai.
Menggeleng menandakan tidak mahu.
Haiqal berjalan menuju ke arah lelaki tersebut dan menepuk bahu lelaki tersebut sambil mengatakan sesuatu kepada lelaki itu.
Tidak lama kemudian, dia meminta diri dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.
Dia mengabaikan suara yang dirinduinya itu menangis, memanggil namanya.
Hatinya pedih.
Pedih yang mungkin tidak dapat diubati lagi.
Sepanjang perjalanan pulang, otaknya kosong.
Air matanya menitis laju.
Mungkinkah hidupnya tidak lagi bererti? Kepalanya berat dengan semua persoalan yang berada dimindanya.
Dia mengeluh.
Kepalanya teramat serabut.

Sumber:Internet