Gelap

Mia Qalisha 30

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 30

. Sudah hampir seminggu Datin Aina tidak mendengar berita mengenai anak terunanya.
Sejak peristiwa malam itu, hatinya menjadi tawar untuk menelefon Haiqal.
Perasaan rindu sudah memenuhi dadanya, membuak-buak sehingga membuatkan dia bergenang air mata.
Suaminya memesan keras supaya tidak berhubung lagi dengan Haiqal.
Namun hati ibu mana yang sanggup berpisah terlalu lama dengan anaknya.
Sering kali juga dia melihat nombor anak terunanya itu naik di skrin telefonnya, namun dibiarkan panggilan itu begitu sahaja.
Jauh disudut hatinya, dia rindukan gelagat anaknya itu paling dirindui untuk membelai kepala anaknya apabila anaknya meletakkan kepala di ribanya.
Dia mencapai telefon bimbitnya untuk mendail nombor anaknya, namun mengingati kembali pesanan suaminya membuatkan dia meletak semula telefon bimbitnya ke tempat asal.
Dia menutup matanya.
Mengeluh kerana menjadi mangsa keadaan.
Tersepit antara dua insan yang disayangi.
   Dalam keadaan sedih, Datin Aina melangkah ke dapur.
Mencari idea untuk memasak.
Hanya dengan cara memasak dan berkebun sahaja yang dapat melupakan kesedihan di hatinya.
Jam di dinding sudah menunjukkan angka 4.
50 petang.
Bermakna masih berbaki 40 minit sebelum suaminya pulang ke rumah.
Datin Aina terasa kepalanya berdenyut.
Dia memegang kepalanya.
Digagahkan juga dirinya menuju ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam suaminya.
Sememangnya dapur adalah syurga untuknya.
  Datin Aina mengambil keputusan untuk memasak seringkas mungkin, telur masak kicap, ayam goreng berlada dan disertai dengan kangkung goreng.
Mungkin kepalanya yang berat membataskannya untuk membuat kerja dengan laju.
Dia juga berhasrat untuk membuat puding karamel, pencuci mulut kesukaan Dato' Shariff dan Haiqal.
Memang dari mula lagi Datin Aina tidak mengizinkan suaminya mengambil pembantu rumah.
Akibat banyak kes-kes kecurian yang sering di dengari dari mulut jiran tertangga mengenai pembantu rumah, Datin Aina mengambil keputusan untuk berbincang dengan suaminya.
Baginya semua pekerjaan di rumah itu mampu untuk dia lakukan sendiri.
Namun Dato' Shariff tetap mengambil pembantu rumah, namun pada hujung minggu sahaja, mungkin untuk meringankan beban isterinya.
Datin Aina tidak membantah.
   Kring... kring.... kring Telefon bimbit Datin Aina yang berada di atas meja diruang tamu berdering minta di angkat.
Datin Aina berlari-lari anak usai meletak acuhan pudingnya di dalam pengukus.
Air matanya menitis melihat nama si pemanggil.
Dia berkira-kira untuk menjawab, namun akibat terlampau merindui si pemanggil, digagahkan juga untuk menekan butang hijau.
  "Assalamualaikum" Datin Aina mendengar suara menjawab salam di corong telefon.
  "Mama sihat Qal.
Haiqal sihat?" Suara Datin Aina bertanya perlahan.
Rindunya sedikit sebanyak terubat mendengar suara anaknya.
Dia menitiskan air mata gembira.
Kepalanya yang menyengat juga sudah mula surut.
Banyak yang mereka bualkan sampailah perkhabaran terakhir yang keluar dari mulut Haiqal membuat Datin Aina terduduk.
Sebelum memberi salam, Haiqal sempat meminta maaf kepadanya.
Air mata tuanya jatuh menuruni pipinya.
'Semoga Allah permudahkan urusan kau, anakku'   ***************************************** "Tak payah nak takutkan Mama.
Mama nampak kamu" Haiqal terjerit kecil.
Mamanya ketawa.
"Mama ni" Haiqal menjuihkan bibirnya.
Terbantut niat mahu mengagah mamanya.
Memang sengaja dia menutup telefon bimbitnya, kononnya mahu membuat kejutan kepada mamanya.
Alih-alih dia pula yang terkena.
"Mama dah perasan dari tadi lagi kamu tu.
Sengaja mama malas nak tegur.
Biar kamu jadi cicak tersepit tepi pintu tu.
Kamu datang seorang ke?" Datin Aina terjenguk -jenguk kepalanya.
Mencari seseorang.
Haiqal tersenyum hambar.
Pening dengan perangai Uqasha.
Dia mengajak kekasihnya itu untuk makan malam bersama keluarganya malam ini, namun di tolak mentah.
Kata Uqasha dia sedang berdiet dan tidak mahu makan malam.
Malas bergaduh, dia mengiakan sahaja.
  "Haah Uqasha dekat rumah dia.
Katanya pening kepala.
Dia kirim salam dekat mama dan papa" Haiqal memberi alasan.
Menjaga hati mamanya.
Sudah banyak kali juga Uqasha menolak ajakan mamanya untuk makan bersama.
  "Selalu tak nak datang.
Tak nak jenguk Mama ke? Mama masak banyak.
Siapa nak habiskan semua ni?" Suara Datin Aina kedengaran menjauh hati.
Mulutnya menjuih ke arah masakan yang berada di meja makan.
Haiqal memeluk tubuh mamanya.
  "Qal kan ada nak habiskan semua ni.
Mama jangan risau.
Kalau tak habis Qal bawa bekal pergi kerja esok" Datin Aina tersenyum dengan pujukan anaknya itu.
Sememangnya dia sudah acap kali berasa hati dengan tunang anaknya itu, namun dipendam sahaja.
Malas mahu memanjangkan cerita.
Jika Haiqal bahagia dengan pilihan hatinya, Datin Aina turut berbahagia bagi pihak anaknya.
   Haiqal meraup mukanya apabila mendengar azan magrib sayup sayup kedengaran.
Lama dia termenung di laman rumahnya, mengingatkan saat-saat indah bersama mamanya.
Rambutnya di kuak kebelakang.
Bir ditangan di teguk sedikit demi sedikit.
  Walaupun sebentar tadi baru bercakap dengan mamanya, namun hatinya tetap rindukan pelukan dan belaian mamanya itu.
Dia berjalan menuju ke bilik apabila terdengar hentakan kuat di pintu biliknya.
  'Apa lagi perempuan ni nak!'
Sumber:Internet