Gelap

Mia Qalisha 32

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 32

. Haiqal berang apabila ketukan demi ketukan diberikan tiada sahutan dari dalam bilik.
Dia menyumpah seranah Mia  "Memang kau nak cari nahas dengan aku ni" Haiqal masih mengetuk pintu biliknya, tapi kali ini dengan lebih kuat.
Dia mendengus kuat apabila masih tidak ada ura-ura pintu bilik itu akan di buka.
Dia berputus asa.
   Dia mula melangkah meninggalkan bilik tersebut, membaringkan tubuhnya di sofa kelabu yang berada di ruang tamu tidak jauh dari bilik tersebut.
Tangannya di letakkan di atas dahinya.
Kepalanya menghadap ke syiling rumah.
Lama dia termenung.
Haiqal tersenyum.
Akalnya baru terfikir tentang bilik sebelah yang agak tersorok yang dihubungkan dengan biliknya.
Asalnya bilik tersebut adalah wardrop untuknya namun dia bukanlah penggemar tegar dalam menyimpan koleksi-koleksi baju berjenama mahupun apa-apa yang berjenama.
Dia menjadikan bilik itu tempat meletakkan kasutnya sahaja.
Namun apa yang paling digemari tentang bilik tersebut adalah pintu yang menghubungkan bilik itu dengan biliknya direka persis seperti almari-almari yang berada dalam biliknya.
Sengaja diminta buat begitu agar kemas dan seragam.
Jiwanya yang suka akan minimal dalam semua perkara menjadikan dia tidak cerewet dalam kehidupan sehariannya.
  Haiqal melangkah menuju ke arah bilik tersebut.
Pintu tidak terkunci.
Mulutnya tersenyum sinis.
Api kemarah yang tadi di simpan makin membara.
'Mia, kau tak secerdik yang kau fikir' Dia memasuki ruang biliknya, gelap gelita.
Dia membiarkan keadaannya begitu.
Hanya samar-samar lampu tidurnya sahaja yang menerangi ruang bilik.
Deruan air di tandas menandakan ada orang di dalam.
Matanya tertacap pada makanan yang dibeli dan di letakkan di atas meja, namun tidak berusik.
Dia mendengus kasar.
Di ambil sepucuk rokok dan dihidupkan.
Lama Haiqal menunggu wanita itu keluar dari tandas, namun masih tidak ada tanda-tanda Mia akan keluar.
Dia masih menyabarkan dirinya.
Deruan air sudah tidak kedengaran, menandakan Mia sudah selesai.
Dia berdiri di depan pintu tandas, bersedia untuk menarik Mia keluar dari bilik tersebut.
   Bam.
Pintu dirempuh saat Mia membuka kunci bilik air itu.
Mia panik, dan terjelepok di atas lantai tandas.
Tanpa membuang masa Haiqal mengangkat Mia dan mencampakkan Mia dia atas sofa.
Mia meraung.
Badannya sengal kerana hentakan yang di terima dari campakan itu.
Mia sedaya upaya untuk bangun, namun tindakan Haiqal jauh lebih laju darinya.
Rambutnya ditarik.
Mia merayu supaya Haiqal melepaskan rambutnya.
Mengapa dia begitu lemah? Dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, Mia cuba untuk melarikan diri dari gengaman lelaki tersebut.
Namun belum sempat dia berlari, Haiqal sudah menghempap tubuhnya di atas lantai.
Mia terkedu.
Badannya menggeletar.
  "Are you deaf? Aku terpekik terlolong kat depan tadi kenapa tak nak buka pintu?" Haiqal menyoal dengan suara yang kuat.
Hujan diluar semakin menggila.
Dentuman guruh mengejutkan Mia.
Air matanya masih tidak segan silu untuk keluar.
Mia terlampau letih dan lelah dengan permainan yang dimainkan oleh Haiqal.
Dia merayu supaya dilepaskan.
Mukanya dilempang tanpa kasihan.
"Aku dah cakap, jadi budak baik.
Kenapa susah sangat nak dengar cakap aku?" Rambut Mia yang masih basah ditarik kuat, kemudian Haiqal tertawa kecil.
Persis orang sakit jiwa.
Mia sedaya upaya untuk melepaskan diri, namun bajunya direntap lalu menampakkan tubuh badannya.
Mia dengan bersungguh menutup badannya yang terdedah namun dihalang oleh Haiqal.
Haiqal memandang dengan mata yang galak, sedikit sebanyak wanita di hadapannya dapat menggetarkan jiwa lelakinya.
Syaitan mula bersorak dan memainkan peranan masing-masing.
Mia mula menjerit meminta tolong apabila Haiqal sudah mula menjadi hilang kawalan.
Tangan Mia tergapai-gapai tanda tidak berdaya lagi mahu melawan tenaga lelaki Haiqal.
Dalam kesayupan malam, bersaksikan hujan lebat mencurah, Mia sekali lagi tewas dengan takdir, takdir yang sudah tertulis namun sangat membuatkan hatinya sengsara.
  *********************************** Mia malu melihat tubuhnya yang sudah tidak berbaju.
Air matanya yang deras kini bertukar menjadi esakan yang panjang.
Semakin lama semakin kuat.
Lelaki di sebelah di pandang dengan pandangan benci.
Mata lelaki itu tertutup rapat, namun mulut lelaki tersebut masih bersisa senyuman.
Mia menggagahkan diri untuk bangun, namun tersepit dalam pelukan kuat Haiqal.
Tangan Haiqal di angkat perlahan, namun tetap sama.
Takut untuk berhadapan lagi dengan lelaki tersebut, Mia hanya memalingkan tubuhnya menjauh dari Haiqal.
Sempat dia mengerling ke arah jam di dinding.
1030 malam.
Mia mengeluh.
Dia tidak berputus asa mengangkat tangan Haiqal dengan cara kasar, namun pelukan Haiqal menjadi semakin kemas.
  "Tidur jelah.
Kau nak pergi mana?" Haiqal berbisik ditelinganya.
Matanya masih tertutup seperti tadi.
Jijik sungguh dengan perbuatan lelaki tersebut terhadapnya, namun apakan daya, badannya telah dikunci dengan pelukan kemas lelaki itu.
  Mia membatukan diri.
Jika dia memberontak pasti Haiqal tidak teragak-agak untuk memukulnya seperti tadi.
Pipinya dipegang.
Sakitnya bukan kepalang namun sakit lagi apa yang ditanggung dalam dadanya.
Mia masih berjaga, takut jika diapa-apakan oleh lelaki di sebelahnya itu.
Dia dipeluk kemas dan tidak sedetik pun dilepaskan oleh Haiqal.
  'Apa dosa aku sampai aku diuji sampai macam ni sekali' Mia mengadu nasib dalam hatinya.
Perutnya yang berkeroncong dibiarkan.
Dia tidak berselera untuk menjamah apa-apa makanan dengan keadaannya yang bergitu.
 
Sumber:Internet