. Dato' Shariff memakirkan keretanya.
Matanya tepat melihat wanita yang berada didepan pintu rumah membuatkan hatinya bahagia dan lega dari segala permasalahannya.
Dia tersenyum lebar lalu diambil beg kerjanya yang berada disebelah dan mula keluar dari kereta.
Tangannya diraih sang isteri dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Dato' Shariff mencium dahi isterinya, seperti hari kebiasaannya.
"Awalnya abang balik" Datin Aini bertanya dengan nada yang pelik.
Mukanya masih tersenyum seperti tadi.
Dato' Shariff hanya mengangguk tidak menjawab.
Meninggalkan tanda tanya dalam hati Datin Aina.
"Banyaknya lauk awak masak" Dato' Shariff memancing supaya isterinya berterus terang.
Muka Dato' Shariff seperti menuggu jawapan dari isteri kesayangannya.
Tangan Dato' Shariff diraih dan ditarik ke sofa berdekatan.
Datin Aina mula menghembuskan nafas panjang sebelum memulakan bicara.
Mukanya merah.
Matanya mula memandang ke arah lantai tanda rasa yang teramat bersalah.
"Bang, saya minta maaf sebab tak terus terang dengan abang.
Saya tak cakap kat abang tentang Haiqal" Tangan Dato' Shariff masih dalam genggamnya, cuak apabila pandangan suaminya masih tepat ke arahnya.
"Dua hari lepas, Haiqal call saya" Datin Mia menarik nafas.
Mukanya diangkat memandang anak mata suaminya.
Matanya berkaca kerana merasakan dirinya berdosa kerana membelakangkan suaminya.
Namun apakan daya, dia tersepit antara insan yang disayangi.
"Dia bagitahu saya dia dah jumpa Mia Qalisha, anak arwah kawan abang tu" Raut muka Dato' Shariff hanya tenang mendengar penerangan isterinya, tidak berkata apa-apa.
Datin Aina sedikit terkejut dengan penerimaan suaminya.
"Abang maafkan saya ya tak minta izin abang dulu dalam hal ni.
I just want the best for us.
Saya tak suka tengok abang dengan Haiqal bermasam muka macam sekarang ni" Dato' Shariff tersenyum melihat muka isterinya yang merah menahan tangisan.
"It's okay sayang.
Haiqal already told me about this" Datin Aina dibawa ke dalam pelukannya.
Dia menyium dahi isterinya itu.
Tertumpah segala kasih sayangnya kepada wanita manis di hadapannya.
Tidak sedetik pun dalam hatinya untuk memarahi wanita tersebut bahkan dia terhutang budi kepada isterinya yang banyak berkorban dalam rumah tangga mereka.
Baginya kesalahan itu tak sepatutnya diletakkan keatas bahu wanita kesayangannya itu.
"Come.
Jom teman abang baring dekat atas.
I'm tired lah sayang" Dato' Shariff tergelak besar apabila tangan isterinya mula mencubit pehanya.
Datin Aina mencerlungkan matanya tanda malu dengan perlakuan dan percakapan spontan suaminya itu.
Lama dia memandang kelibat suaminya yang sudah mendaki tangga menuju ke atas.
'Moga bahagia ini menjadi milik kita selamanya' *********************************** "Did you heard what I told you this morning? Aku baru je cakap kat kau supaya jadi budak baik, yang kau menjalang dengan Pak Usop tu kenapa?" Mia menjerit kuat meronta-ronta minta dilepaskan apabila rambutnya ditarik kasar mengikuti Haiqal yang berjalan ke arah sofa berdekatan.
Tubuh kecil Mia dilempar ke atas sofa panjang itu kemudian tubuhnya dikunci dengan kangkangan Haiqal.
Wajah Mia ditampar berulang kali sampai mengeluarkan darah di mulut wanita itu.
Semakin lama semakin perlahan Mia meminta tolong.
Api kemarah Haiqal sudah memuncak malah tidak dapat dibendung lagi.
Apa yang dilihat sebentar tadi memang sangat mencabar kemarahannya.
Baginya semua kejadian itu tidak boleh diterima akalnya.
"Kau ni kan, aku bagi betis kau nak peha.
Kau cabar tahap kesabaran aku, so ini lah padahnya" Haiqal berkata sambil tanggannya tangkas membuka tali pinggangnya.
Mia hanya mendiamkan diri, sudah tidak larat untuk melawan lelaki itu lagi.
Hanya kedengaran sendu diakhir nafasnya.
Dia hanya memejamkan matanya.
Hatinya remuk dengan kekejaman lelaki dihadapannya.
Badannya mula menggeletar.
Ketika itu dalam ingatannya hanyalah kedua ibu bapanya.
Air mata yang tadi sememangnya lebat bertukar menjadi esakan yang semakin panjang dan tiada penghujungnya.
Haiqal sudah termakan dengan kata-kata syaitan yang bermahajalela dan akibatnya itu ditanggung oleh seorang wanita yang tidak bersalah.
******************************* "Kau bangun sekarang Mia.
Pergi mandi lepastu bersiap!" Haiqal sudah mula memasukkan bajunya ke dalam seluar.
Merapikan lengan tangan bajunya, kemudian rambut basahnya di lap dengan kain tuala yang berada di atas kerusi.
Dia melihat Mia yang masih menangis teresak-esak di atas sofa.
Badan Mia yang terdedah dipandang lama kemudian dia tertawa sinis.
Semakin lama semakin kuat tawa Haiqal.
"I told you kan.
Kau yang cari nahas dengan aku!" Haiqal duduk di atas sofa kemudian dicapai kotak rokok di atas meja.
Matanya tidak lepas memandang wanita di depannya.
Mia pantas mengambil baju yang berselerakan di atas lantai dan menutup badannya.
Matanya tertutup rapat.
Semakin lama semakin kuat tangisannya.
Jiwanya sudah hancur lebur dipijak lelaki itu.
'Sampai bila aku harus jadi mangsa dia, Ya Allah?' Mia membuka matanya pantas, seperti mendapat satu idea.
Dia berfikir sampai bila dia harus hidup dengan melakukan dosa besar seperti ini.
Dia bangun dari sofa dan merangkak ke arah Haiqal.
Kaki Haiqal mula dipegang kemas.
Haiqal terkejut dengan perlakuan Mia.
Dia mula bangun dari sofa itu.
"Tolonglah kahwin dengan saya.
Saya dah tak sanggup nak hidup macam ni lagi" Mia merayu-rayu dikaki Haiqal.
Dia mula teresak-esak dengan permintaannya sendiri, tidak yakin namun dia harus mencuba.
Takut dengan keputusannya itu, namun dia tidak sanggup lagi untuk menggalas dosa yang terlampau besar itu lagi.
Dia tidak mahu berhadapan dengan Allah tanpa sempat bertaubat dan meminta ampun dengan Yang Maha Satu.
Haiqal terkejut dengan permintaan Mia, namun tidak lama kemudian dia mula ketawa berdekah-dekah.
Rambut Mia mula di tarik.
Dia mula melutut.
Mata Mia dicari.
Seolah-olah tidak percaya dengan permintaan wanita itu.
Sekali lagi tawanya meletus, namun seperti dibuat-buat.
"Wow, amazing! Kau berani kan minta macam ni dekat aku" Tawa Haiqal semakin menjadi-jadi membuatkan muka Mia merah menahan malu, malu dengan permintaan gilanya itu.
Haiqal dengan muka bengangnya memegang lengan Mia dan menarik wanita itu kearah cermin besar yang berada di tepi katil lalu mendorong muka Mia ke arah cermin.
"You better mirror yourself first! Kau ingat kau siapa sesuka hati minta kahwin dengan aku? You think, I should responsible in this situation? Please Mia, that's not make sense at all.
Entah-entah kau ni dah ke hulu hilir jual badan kau dekat orang mana mana, lepas tu aku yang kena jadi pak sanggup?" Haiqal menambah.
Ketawanya meletus.
Terasa kelakar dengan permintaan wanita itu, senang hati dapat menambah derita di hati Mia.
Memang itulah niat asalnya.
Pang! Mia tersentak dengan perlakuan beraninya itu, namun sedikit sebanyak dia puas hati dengan tamparan itu.
Sakit sungguh hatinya apabila dituduh sedemikian rupa menjadikan dia bertindak seberani itu.
Nafasnya turun naik menahan amarah, namun melihat Haiqal didepan muka, menjadikan dia lemah kembali.
Haiqal mula berang dan bertindak menampar Mia.
Mia mula berlari kearah tandas untuk melepaskan diri, namun Haiqal sempat menagkap tangannya.
Perlakuan Haiqal jauh lebih pantas darinya.
Mia cuba untuk melepaskan diri namun dia ditolak kearah katil.
Mukanya tersembam di atas tilam.
Satu badannya menggeletar apabila melihat tangan Haiqal sudah mencurahkan air kedalam mulutnya.
Mia tercungap-cungap mencari nafas namun Haiqal terus menerus mencurah air itu kedalam mulutnya tanpa belas ehsan dalam dada.
"Berapa banyak kali aku cakap jangan melawan.
Kau ni bodoh ke sampai tak faham apa aku cakap?" Baginya wanita di depannya sudah semakin berani.
Dia mahu menamatkan semua masalah ini dengan secepat mungkin, tidak mahu lagi berada dalam kemelut bodoh ini.
Noktah! Melihat Mia semakin lemah membuatkan Haiqal menarik nafas lega.
Senyuman jahat di mulutnya sudah terukir.
Sumber:Internet