Gelap

Mia Qalisha 37

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 37

. Aini masih berada di dalam bilik.
Tidak ada tanda-tanda mahu keluar.
Azman masih berada di luar rumah, masih berharap agar wanita kesayangannya itu keluar bertemunya sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas yang menunggu.
Semalam hampir dua pagi dia menghabiskan masa berborak dengan Shamsul, merungkaikan satu persatu kejadian yang berlaku.
Azman tidak mahu menyimpan apa-apa rahsia lagi kepada Shamsul.
Baginya Shamsul berhak untuk tahu dengan apa yang berlaku kepada adik-adiknya.
Untung sahaja Shamsul mampu menerima dengan hati yang terbuka, namun air mata jantannya jatuh juga dengan kejahatan yang dilakukan Haiqal kepada adik angkatnya itu.
  "Kau balik lah dulu Man.
Aini tu susah nak dengar cakap orang kalau dia dah start menangis" Shamsul muncul dari dalam rumah.
Azman hanya mengangguk.
Sedikit kecewa.
Dia menghela nafas panjang sebelum melangkah mendekati keretanya.
Shamsul juga mengiringi Azman ke kereta lalu dia mencuit bahu Azman dan menghulurkan sesuatu.
"Nah.
Semalam ada lauk lebih sikit.
Aku suruh bini aku simpankan untuk kau sikit.
Balik ni, panaskan.
Bole makan dengan mak abah kau" Azman hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
Matanya  masih memerhatikan pintu rumah yang tidak jauh dari mereka.
Sedikit sebanyak hatinya menjerit mahu berjumpa Aini, masih mengharapkan buah hatinya itu untuk keluar bertemunya.
Sejak semalam dia tidak sempat berbual dengan Aini.
Dia risau tetapi rindunya lebih mendalam membuatkan dia gelisah.
Sebelum dia pulang, sempat dia mengirimkan salamnya kepada Aini.
Hatinya berat untuk meninggalkan kampung tersebut, namun apakan daya, dia harus menghadiri pembedahan pesakitnya pada petang ini.
*********************************** Shamsul membuka pintu bilik adiknya.
Aini termenung jauh, tidak menyedari biliknya dimasuki Shamsul.
Permandangan sawah pagi di depannya sedikit sebanyak memberi ketenangan dalam hatinya.
Dia mengehela nafas panjang.
Air matanya jatuh ke pipi.
Sedih dengan kenangan yang bertubi-tubi menjengah ke fikiran.
  "Adik" Shamsul berdiri di tepi Aini, memandang tepat ke arah muka adiknya.
Sembab.
Aini hanya melihat kosong abangnya dan kemudian memandang kembali ke arah bentangan sawah padi di depannya.
"Abang tengok pokok yang ada buai tu.
Selalu dulu mak suka duduk situ kan, membawang dengan adik" Aini mula bersuara, kedengaran serak.
Aini tersenyum sedih.
Shamsul memandang ke tempat yang di tunjuk adiknya.
Dia menutup mata menahan air matanya dari jatuh ke pipi.
Tidak mahu mengikut kesedihan adiknya.
  "Dulu mak selalu bawa adik pergi bendang.
Suka marah adik kalau adik duduk tepi je tak nak tolong dia" Shamsul memeluk adiknya apabila Aini mula tersedu.
Aini meraung dalam pelukan abangnya.
Masih segar segala kata-kata nasihat yang di ucapkan emaknya minggu lepas.
Tidak percaya emaknya akan meninggalkannya untuk selama-lamanya.
'Mak Aini rindu mak' "Adik call Mia dari semalam tapi tak dapat.
Mana Mia pergi? Dia tak nak jumpa mak ke?" Aini bersuara dalam tangisannya.
Dia menunjukkan telefon bimbitnya kepada Shamsul.
Tangannya masih mendail nombor telefon Mia, dan hanya kedengaran peti suara.
   "Adik, arwah pergi sebab Allah sayangkan arwah.
Kita kena redha dengan semua ni adik.
Kalau adik macam ni, sampai bila-bila Allah murka.
Sebab adik macam tak redha dengan semua ketentuan Dia" Shamsul memegang telefon bimbit adiknya dan meletakkan di atas meja solek.
Dia membawa adiknya duduk di tepi katil.
  "Apa yang jadi ni semua orang akan rasa.
Kita dah tak ada abah.
Kita tak ada mak.
Sekarang kita dua beradik je.
Adik tak kesian kat abang ke biar abang seorang sedih tak ada siapa yang nak sokong?" Shamsul menarik nafas lega apabila Aini mula menggelengkan kepalanya.
Aini mula mengesat air matanya.
Dia melihat Shamsul menangis.
Seumur hidupnya inilah kali pertamanya dia melihat abangnya menangis.
Dia memeluk abangnya, memberi sedikit kekuatan untuk abangnya.
Ya! Dia terlalu pentingkan diri tanpa menghiraukan perasaan abangnya.
  "Kalau adik sayang abang , sayang mak abah, jom kita pergi makan.
Kak Kinah dah masak untuk makan tengah hari.
Mak sedih tengok kalau adik abang yang kuat makan ni tak makan seharian" Shamsul menyakat adiknya.
Air matanya disapu Aini.
Aini ketawa kecil.
Dalam hatinya masih terpikirkan tentang Mia.
'Mana kau Mia? Dah seminggu kau tak call aku.
Sampainya hati kau' .
Sumber:Internet