. "Mia, derita yang sekarang kamu lalui ni akan ada kebahagian di akhir nanti.
Jangan mengalah.
Teruskan perjuangan kamu, sayang" Mia tersenyum melihat wajah tua yang paling dirindui, Mak Ani.
Mia memeluk tubuh gempal berpakaian serba putih di hadapannya itu.
Dicium lembut wajah tua itu.
Hilang sedikit rasa rindu di dadanya.
Pucat muka tua itu, tapi nampak bercahaya sekali.
"Mak, Mia rindukan mak.
Bawa Mia jauh dari sini mak.
Mia tak nak tinggal di sini" Wajah Mak Ani masih tersenyum manis mendengar kata-kata Mia.
Mia masih dalam pelukan erat Mak Ani.
Air matanya menitis kegembiraan.
Jauh dalam sudut hatinya, dia tertanya-tanya apakah ada lagi sinar dalam hidupnya selepas ini.
Lama dia berpelukan dengan mak angkatnya itu.
Baginya wanita itulah kegembiraannya selepas mak dan abahnya meninggal dunia.
"Mia, ingat pesan mak.
Mia anak yang baik.
Jangan mengalah dalam perjuangan hidup ni.
Allah menitipkan kelebihan di setiap kekurangan, menitipkan kekuatan di setiap kelemahan.
Kekuatan sebenarnya terletak di sini" Mak Ani memegang di bahagian dada Mia.
Mia menangis sayu.
Semakin erat pelukannya.
"Mak tahu Mia anak yang kuat.
Kuat untuk menghadapi semua ini" Air mata Mia diseka Mak Ani sebelum Mak Ani menlangkah.
Mia memanggil meminta untuk membawanya bersama, namun Mak Ani hanya tersenyum.
Semakin lama semakin hilang dari pandangan Mia.
Mia meraung supaya berhenti namun kelibat emak angkatnya sudah tidak kelihatan.
Mia tersentak dan terjaga dari tidurnya yang panjang.
Matanya di pisat-pisat.
Kepalanya pening.
Dia memegang kepalanya.
Dengan hanya bertemankan lampu tidur sahaja ,dia memandang keadaan sekeliling.
Bukan lagi di bilik yang sama seperti dia pengsan tadi.
Mia tidak mampu berpikir kerana kepalanya yang terlampau sakit.
Matanya mula mengeluarkan benih-benih jernih.
Semakin lama semakin kuat tangisannya.
'Mak, Mia rindu mak.
Mak sihat ke di kampung?' "Mia dah bangun sayang" Mia terkejut dengan suara wanita yang baru keluar dari tandas bilik itu.
Mia mengesat air matanya.
Wajah tua di depannya di pandang.
Mia mula bergegas bangun dari katil dan memeluk tubuh tua itu, seperti orang ketakutan.
"Puan tolong saya puan.
Saya takut.
" Mia mula teresak-esak dalam pelukan wanita tua itu.
Semakin lama semakin kemas pelukannya.
Wanita itu membawanya duduk di birai katil.
Meramas tangan Mia, memberikan kekuatan dan turut sama mengeluarkan air mata.
Kesal dengan keadaan Mia yang serba panik.
'Ya Allah berikanlah wanita didepanku ini kekuatan' "Mia, sekarang Mia dah selamat sayang.
Mia dah ada dalam rumah aunty.
Jangan takut lagi ya sayang.
Selagi aunty hidup, Haiqal tak akan buat macam-macam terhadap Mia" Mia berada dalam pelukan wanita itu lama.
Menghembuskan segala kesedihan di dalam pelukan.
Badan Mia panas.
Dengan perlahan-lahan, wanita itu membaringkan kembali Mia di atas katil.
Mia hanya menurut.
"Mia tidur ya sayang.
Aunty ada je kat luar kalau Mia nak apa-apa" Dengan keadaan yang masih tersedu, Mia hanya mengangguk dan tersenyum sebelum diulit mimpi semula.
************************************ Datin Aina masih menangis di luar bilik.
Tidak sangka dengan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan anaknya sendiri.
Kecewa.
Ya, dia kecewa dengan anaknya.
Mungkin salahnya juga yang tidak mengambil berat perihal anak terunanya itu.
Masih tidak cukup dengan penderitaan yang diberikan kepada wanita itu tiga bulan lepas, di tambah dengan luka baru ini.
'Allahuakbar, Haiqal.
Kenapa kamu buat mama macam ni?' Datin Aina terjelepok jatuh ke lantai.
Dato' Shariff yang kebetulan baru menaiki anak tangga melihat keadaan isterinya yang lemah.
Dia berlari anak dan segera memeluk tubuh isterinya membawa ke bilik mereka.
"Bang, Aina minta maaf bang.
Aina gagal jadi mama yang baik untuk anak kita bang.
" Wajah Dato' Shariff dipandang lama.
Tangan suaminya dicium lama.
Air matanya yang jatuh di tangan suaminya dilap perlahan menggunakan bajunya.
"Sebab tu Allah tak bagi Aina anak kan bang?" Datin Aina menyambung kemudian tangisannya yang ditahan pecah.
Dato' Shariff mengucap panjang.
Dia membawa isterinya ke dalam pelukan.
Baginya Aina adalah isteri yang terbaik, yang banyak mengajarnya tentang ilmu agama.
Banyak yang dipelajari dari wanita lembut itu.
'Ya Allah banyak sungguh ujianMu kepada isteriku.
Kuatkanlah hatinya untuk menempuh segala ini' "Sayang.
Listen to me.
" Anak mata isterinya dicari.
Air mata Datin Aina diseka dengan lembut.
Remuk melihat kesedihan isterinya.
Dia tersenyum manis kepada isterinya.
"You're the best mother in this entire world.
Haiqal je yang tak nampak semua tu sayang.
Allah tak bagi sayang merasa untuk menjadi seperti perempuan lain bukan sebab Dia meragui kebolehan awak, tapi sayang ni one of special person in this world.
Ingat sayang Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita, yakinlah Allah sebaik-baik perancang.
Sayang dah solat? " Dato' Shariff bertanya dan mencium kepala isterinya.
Datin Aina mengucap panjang.
Sedar atas keterlanjuran berkata-kata.
Dia membalas pelukan suaminya sebelum meminta diri untuk ke tandas.
Dato' Shariff memerhati isterinya dan kejadian petang tadi menjengah di kepalanya.
Sumber:Internet