. Haiqal memejam mata sambil kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang di mainkan, sesekali dia meneguk air di tangan.
Ramai manusia kebanyakkan dari kalangan perempuan terkinja-kinja di dalam pub tersebut, seperti tiada maruah diri.
Haiqal hanya memerhati beberapa pasangan di sekitarnya sedang bercumbuan mesra.
Dia tersenyum sinis.
Pantang! "Kau kenapa moody je hari ni? Enjoy lah sikit, malam minggu kan" Betto menguatkan sedikit suaranya supaya setanding dengan musik kuat di situ.
Haiqal hanya membiarkan pertanyaan kawannya itu.
Tidak langsung memandang dan menghiraukan Betto.
Malas! Melihat Haiqal yang masih berdiam diri membuatkan Betto kebosanan.
Dia mula melangkah mencari ruang untuk menari dalam hiruk piruk manusia.
Haiqal masih memikirkan tentang Mia, wanita yang sudah merampas segala kebahagiannya.
Dia mendengus kuat.
Segala peristiwa mula menjengah.
Air di tangan diteguk, seperti tidak puas dengan kesedapan air berjenama Corona Extra itu.
Baginya inilah caranya untuk dia menghilangkan segala kekusutannya.
Hidupnya sengsara sejak Mia mula muncul.
Masalahnya yang menimbun seperti tidak dapat dirungkai satu per satu.
Mengapa jiwanya masih kusut sedangkan air yang diminumnya sudah empat gelas dihabiskan? Dia mendengus kuat.
Haiqal menggengam tangannya kuat, mulutnya diketap, matanya masih dipejam.
Mencari sedikit ketenangan dalam dentuman kuat musik, namun masih tidak hadir ketenangan itu.
Dia menghabiskan air dan mula beredar dari situ.
Betto yang asyik melayan perasaan ditinggalkan berseorangan.
Fikirannya berkecamuk.
************************************ "Good morning aunty, uncle " Mia tersenyum manis kepada Datin Aina dan Dato' Shariff.
Pagi itu, Mia bangun dengan perasaan baru.
Dia berteleku agak lama di atas katil.
Semasa qiamulai tadi, air matanya tidak segan silu menitik, meluahkan segala yang terbuku di dada kepada sang pencipta.
Bersungguh-sungguh dia berdoa semoga ada sinar dalam hidupnya lagi.
Fikirannya tenang.
Dia juga menunaikan sujud syukur, syukur kerana tidak lagi menjadi mangsa lelaki bertopengkan syaitan itu dan syukur dapat bertemu dengan orang yang baik-baik.
Mia sudah berjanji kepada dirinya sendiri untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Seperti kebiasaan, Mia akan bangun awal dan akan menyediakan sarapan.
Pagi itu, dia melihat ruang dapur masih sunyi sepi.
Mungkin Datin Aina masih di bilik bersama suaminya, jadi dia mengambil keputusan untuk menyediakan sarapan.
"Wow.
Banyaknya makanan" Dato' Shariff menegur sambil bersedia untuk duduk.
Datin Aina juga membuntuti suaminya.
"Susah susah je Mia masakkan, Mia kan tetamu aunty.
Aunty boleh je nak masakkan untuk Mia" Datin Aina terseyum ke arah Mia.
Menjadi serba salah kerana tidak melayan tetamunya itu dengan elok.
Mia menghulurkan pinggan kepada Datin Mia.
"Sory ya aunty.
Mia buat macam rumah sendiri pula.
Alang-alang tak ada buat apa tadi, Mia masakkanlah untuk uncle dan aunty" Dato' Shariff sudah menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.
Tidak sabar untuk menjamah makanan di depannya.
Air kopi dihirup perlahan.
Datin Aina sudah menjamah roti bakar, sambil tangannya sempat menyuap suaminya sambil berbual kosong.
Mereka tergelak kecil dengan usikan manja masing masing.
Mia hanya melihat perlakuan suami isteri itu.
Dia tersenyum.
Teringatkan mak dan abahnya.
Mata Mia mula berkaca, namun cepat-cepat dia menghela nafas perlahan, dan tersenyum.
"Eh, Mia tak makan sekali?" Datin Aina menghulurkan senduk nasi goreng kepada Mia.
Mia mengangguk dan menyenduk ke dalam pinggannya.
Mereka berbual kosong sambil bergelak.
Dato' Shariff meminta diri untuk ke tempat kerja sekaligus mematikan ketawa mereka berdua.
Datin Aina membuntuti suaminya ke luar rumah.
Sempat berpesan segala macam hal kepada suaminya itu.
Mia hanya menghantar Dato' Shariff dengan pandangan matanya sahaja, memberi ruang untuk suami isteri itu.
Mia mengemas meja dan membasuh pinggan kotor.
Selesai membuat semua dan berpuas hati, dia membancuh nescafe untuk Datin Aina.
Tiba-tiba, Mia berlari ke sinki apabila bau nescafe itu memenuhi rongga hidungnya.
Dia memuntahkan segala isi perutnya.
Datin Aina berlari anak ke arah Mia, mengucap panjang apabila melihat Mia sedang memegang perutnya.
Datin Aina menggosok belakang Mia perlahan.
"Ya Allah Mia.
Kenapa ni?" Lembut suara Datin Aina bertanya, cepat-cepat dia membuka tudung Mia.
Memberi sedikit ruang untuk wanita itu bernafas.
Mia menggeleng tanda tidak tahu.
Selesai muntah, dia membasuh mukanya.
Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah sofa.
Menjatuhkan buntutnya.
Memegang kepala.
Kepalanya tiba tiba terasa berat.
Datin Aina mengambil penadol dan menghulurkan kepada Mia.
"Makan ni Mia.
Aunty rasa kamu ni tak sihat lagi ni.
Lepas makan, nanti naik atas.
Tidur, rehatkan diri kamu ya" Mia hanya mengangguk.
Tidak larat untuk berkata apa apa lagi.
Matanya dipejam sebentar sebelum dia berjalan perlahan menaiki tangga untuk menuju kebiliknya.
Sumber:Internet