Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 42

. Aini membelek gambar di telefon bimbitnya.
Hatinya bagai dihiris dengan pisau apabila melihat gambar dalam skrin telefonnya.
Emaknya yang sedang duduk di atas kerusi bersama ayahnya, tersenyum manis dengan berpakaian sedondong berwarna biru laut.
Gambar itu diambil semasa raya dua tahun lepas.
'Mak, ayah.
Aini rindu sangat-sangat' Aini membelek telefonnya lagi.
Dia tertawa dalam tangisan melihat video Mia dengan arwah abangnya, Haq yang sedang bergaduh.
Mia yang sedang memegang penyapu dengan muka yang berang sambil mengejar abangnya itu, abangnya hanya ketawa kuat.
Ya! Haq Qusyairi adalah abang pertamanya dan tunang kepada Mia Qalisha.
Arwah meninggal dunia pada usia yang muda dalam sebuah kejadian berdarah.
Hujung bulan December tiga tahun lepas, semasa sedang sibuk menyediakan persedian perkhawinan Mia dan Haq, seluruh ahli keluarga terdekat dikejutkan dengan pemergian Haq.
Arwah yang menaiki motor, kemalangan dengan sebuah lori besar di lebuhraya menuju ke kampungnya.
Haq meninggal dunia ditempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala.
ย Abangnya adalah siswa di sebuah universiti di Perak.
Jadi perjalanan Perak ke Penang tidaklah memakan masa yang lama.
Beza jarak usia Mia dan Haq tidaklah jauh, hanya empat tahun sahaja.
Pada masa itu, Mia berusia 20 tahun dan arwah abangnya 24 tahun.
Mak Ani sudah acap kali mengingatkan anak sulungnya itu untuk menaiki bas, namun ditolak mentah dengan beralasan senang mahu ke mana-mana.
Kejadian sedih itu memberi impak besar dalam diri Mia.
Sejak kejadian itu Mia menjadi pendiam dan tidak ceria seperti dulu.
Sepatah ditanya, sepatahlah yang dijawab.
'Mia dah sebulan kau tak call aku, kemana kau Mia? Aku perlukan kau sekarang ni' Lama Aini termenung di biliknya mengimbas kembali kenangan - kenangan dahulu.
Banyak susah dan senang yang telah dihadapi.
Sepanjang Mia duduk di rumahnya, tidak pula Aini perasan Mia mempunyai hubungan istimewa dengan abangnya, sehinggalah Aini terlihat sekeping gambar abangnya di dalam dompet Mia.
Mia menceritakan tentang hubungannya dengan Haq dan sejak dari hari itu, Mia tidak lagi berahsia dengannya.
Segala masalah dan berita baik di kongsi bersama.
Masih segar diingatannya semasa pemergian abangnya.
Mia menjadi seperti orang hilang pedoman.
Setiap hari tanpa gagal, Mia akan pergi melawat kubur abangnya.
Menangis dan meratap menyalahkan takdir.
Mungkin ketika itu umur Mia yang masih muda menjadikan dia tidak berfikir panjang dan tidak menerima Qada' dan Qadar.
Susah untuk Mia menerima kenyataan itu dalam hidupnya.
Kehilangan orang-orang yang disayangi ketika diusia muda.
Tidak dapat dia bayangkan jika dia berada ditempat Mia ketika itu.
'Mia kau kuat, sebab tu Allah selalu bagi ujian besar dekat kau' Kring... Kring... Kring Aini mengeluh melihat penama di skrin telefon bimbitnya.
Azman.
Sejak kejadian pemergian emaknya, lelaki itu setiap hari tidak pernah lelah untuk bertanya tentang kesihatannya, menghantar makanan kepadanya.
Lelaki itu menjadi aneh sejak pemergian emaknya.
Mungkin kesian dengan nasib yang menimpa dirinya.
'Tahulah doktor, aku tahulah jaga diri aku' Aini mengeluh untuk kesekian kalinya.
Baginya Azman tidak salah dalam hal ini, mungkin niat Azman baik.
Cuma dia rimas dengan sifat over protective rakannya itu.
Dengan perasaan malas Aini menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum.
Awak nak apa?" Aini bertanya, sedikit keras.
Rimas dengan doktor muda itu.
Aini hanya mendiamkan diri, mendengar setiap patah percakapan yang dilontarkan.
Hatinya bagai dipanah petir mendengar kata kata lelaki itu.
Dia beristigfar panjang.
'Ya Allah' "Okay saya pergi sekarang.
Awak hantar location pada saya"
Sumber:Internet