Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 43

. Aini menghulurkan duit kepada pemandu teksi.
Setelah hampir setengah jam perjalanan dari rumahnya, Aini akhirnya menjejakkan kakinya di lokasi yang diberikan Azman.
Aini terkesima dengan reka bentuk dan keluasan rumah di depan matanya.
Dia lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg dan mendail nombor Azman.
Namun belum sempat dia meletakkan telefon di telinga, pintu pagar rumah agam tersebut terbuka.
Aini mematikan panggilan.
Dari kejauhan Azman berjalan perlahan dengan muka cemas.
Dia hanya mengenakan baju berlengan panjang berwarna hitam, seluar jeans dan loafer shoe berwarna kelabu .
Sukar untuk melihat Azman berpakaian kasual sebegitu.
Tanpa disedari, Aini mengangumi dengan penampilan lelaki itu.
Azman sudah bersiap sedia berada disebelah keretanya.
ย  "Jump in, we should go to Aunty Aina immediately" Tanpa berfikir panjang, Aina berjalan laju dan memasuki tempat pemandu kereta tersebut.
Dia menarik nafas panjang.
Banyak yang bermain difikirannya namun tidak dapat diluahkan kepada lelaki di sebelahnya.
Dia harus fokus dengan pemanduaannya.
"I'm so sory buat awak datang sini.
Saya tak dapat pergi rumah awak.
I took leave today cause I got fever yesterday.
Masa saya tidur tadi, aunty call me and told me untuk rawat Mia and she told me everything that happend to Mia.
That's why I called you.
I'm so sory for disturbing you" Haiqal membaringkan kepalanya di kerusi.
Kepalanya diurut perlahan.
Matanya ditutup.
Tanpa memandang Aini disebelah, dia menyarung sweater hitam ke tubuhnya dan memeluk tubuhnya.
Sejuk, namun tidak pula dia menurunkan suhu penghawa dingin keretanya.
Ainiย  hanya memerhati lelaki disebelahnya.
ย  Lama, sebelum memfokuskan kembali pandangannya ke jalan.
Melihat Azman yang sudah dibuai mimpi, Aini memperlahankan penghawa dingin kereta itu.
Sesekali dia menoleh ke arah Azman.
Jam sudah menunjukkan angka tiga petang.
Muka lelaki itu kemerahan.
Dia menjadi serba salah dengan lelaki di sebelahnya itu.
Tanpa disengajakan, tangan Aini sudah melekap di atas dahi Azman.
'Panasnya' Namun Azman masih tidak bereaksi.
Aini memberhentikan kereta di sisi rumah Datin Aina.
Melihat muka polos lelaki disebelahnya itu tidur, tidak sampai hati pula untuk mengejutkannya.
Dia memerhati lelaki itu lama.
Aini memarahi dirinya sendiri kerana terlampau mementingkan diri.
Tidak pernah sekalipun sepanjang pengenalannya dengan Azman dia bertanyakan tentang kesihatan lelaki di sebelahnya itu.
Baginya itu semua tidak penting sama sekali dalam hidupnya.
Dia mengeluh panjang.
Rambut Azman yang jatuh ke dahi dioles kebelakang.
Azman banyak menolongnya.
Banyak memberinya semangat, bahkan dalam keadaannya sakit seperti itu, sempat lagi lelaki itu menelefonnya bertanya khabar.
Tanpa disedari, perasaan aneh mula hadir dalam hatinya.
Namun cepat-cepat ditepis perasaan itu.
Tangannya ditekapkan sekali lagi kedahi lelaki itu.
'Ya Allah, panas sangat ni.
Dia nak rawat orang tapi dia sendiri yang demam ni, macam mana?' Aini keluar dari kereta dan mendail nombor Datin Aina.
Tidak sampai beberapa deringan, Datin Aina sudah berada dicorong telefon.
Dia bersyukur mendapat majikan seperti Datin Aina.
Majikannya itu banyak membantunya dari segala segi, termasuklah memberikan dia cuti bergaji selama sebulan untuk memudahkan urusannya membuat tahlil emaknya.
"Ya datin, saya di luar rumah datin" ************************************ Haiqal berjalan mundar-mandir di ruang pejabatnya.
Kerja di meja tidak sedikitpun di sentuh.
Dengan tekanan hidup yang dihadapi tidak mungkin dia dapat memfokuskan dirinya pada kerja.
Dia mendengus kuat.
Habis semua orang di pejabat di maki.
Semasa perbincangan papanya bersama pekerja Syarikat Mega Emas, dia turut hadir kerana dia adalah salah seorang orang yang penting dalam perbincangan tersebut.
Sepanjang perbincangan, Dato' Shariff banyak mendiamkan diri.
Tidak sedikitpun matanya memandang ke arahHaiqal.
Jiwa Haiqal terguris dengan sikap ego papanya itu.
Haiqal duduk dikerusi.
Dia membuka laci disebelahnya, mengambil dompet merah kepunyaan Mia, membuka dan mencapai kad pengenalan wanita tersebut.
Lama dia perhatikan alamat rumah Mia.
'Orang Penang, menarik' Dia terpandangkan telefon bimbit Mia, kemuadian dihidupkan.
Tidak sampai beberapa minit, bertalu-talu pesanan mesej masuk di skrin telefon tersebut.
'Fifty misscall? Apa yang penting sangat perempuan ni pada semua orang?' Haiqal tersenyum sinis.
Haiqal kemudian membuka mesej yang terpapar di skrin telefon tersebut, namun hampa apabila telefon tersebut mempunyai kata kekunci.
Dia mengengam telefon tersebut dan membaling ke atas meja.
Dia mendengus kasar.
'Kenapalah aku tak minta password perempuan ni' Kepalanya direhatkan di atas kerusi.
Matanya dipejam dan tangannya diletakkan di atas dahinya.
Seperti memikirkan sesuatu.
'Mia Qalisha.
Sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa kau buat semua ni.
Apa motif kau sebenarnya? Apa kau nak dari aku?'.
Sumber:Internet