Gelap

Mia Qalisha 44

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 44

. "Ya Allah Mia" Aini berlari ke arah sahabatnya itu.
Dia duduk di birai katil.
Muka Mia dipandang.
Muka wanita itu pucat namun masih ada sinar di wajah tersebut.
Mia sudah lebat dengan air matanya.
Mereka berpelukan lama.
Meluahkan segala yang terbuku di hati melalui pelukan.
Aini turut sama merembeskan air matanya.
Badan Mia semakin susut namun masih cantik dengan tona kulitnya yang putih dipadankan dengan tudung sarung berwarna merah hati itu.
'Ya Allah, sampainya hati Haiqal buat kawan aku macam ni' "Kenapa jadi macam ni Mia? Kau cakap kau pergi bercuti? Ya Allah kalau aku tahu semua ni jadi, aku ikut kau Mia" Aini menyalahkan diri sendiri.
Air mata Mia diseka menyalurkan sedikit semangat dalam jiwa wanita itu.
"Aku takut Aini.
Lelaki tu datang lagi" Suara Mia tersekat-sekat.
Esakannya makin menjadi-jadi.
Aini membawa Mia kedalam pelukan.
Menepuk belakang sahabatnya itu supaya bertenang.
Lama mereka berbual.
Mia meluahkan segala-galanya.
Aini mendengar dengan teliti.
Sesekali tawa mereka meletus.
Sesekali terdengar esakan mereka berdua.
Mia bersyukur ditemukan dengan orang-orang baik yang selalu membantunya.
Tangan Aini tidak dilepaskan.
Mungkin terlampau rindukan sahabatnya itu.
Tengah hari tadi, Mia meminta Datin Aina menelefon Aini, namun ditegah wanita tua itu.
Tidak pula dinyatakan mengapa sebabnya.
Namun melihat Aini di depannya sekarang, membuatkan dia memanjat kesyukuran yang tidak terhingga.
Aini mencuri pandang Azman di luar bilik.
Lelaki itu duduk di atas kerusi tidak jauh dari mereka, berbual mesra dengan Datin Aini.
Aini kagum dengan sikap Azman yang mudah mesra dengan orang tua.
Dengan keadaannya yang sakit, masih boleh menggagahkan dirinya untuk tersenyum.
Sebenarnya dia risaukan lelaki itu.
Sudah acap kali Datin Aina menyuruh Azman untuk berehat di bilik tetamu, namun Azman berkeras untuk merawat Mia dahulu kerana sudah berjanji dengan wanita tua itu.
Mia memerhatikan Aini yang tidak senang duduk.
Sesekali mata wanita itu memandang ke luar bilik.
Mia tersenyum.
Azman! Hampir terlupa dengan kehadiran doktor muda itu.
Dia memegang mencuit peha sahabatnya itu, lalu melemparkan senyuman nakal kepada sahabatnya itu.
Aini mencubit peha Mia.
Akhirnya tawa mereka meletus.
"Apa yang happy sangat ni?" Datin Aina mencelah.
Azman sudah mengeluarkan peralatannya untuk memeriksa Mia.
Aini mengundur ke belakang, berdiri di tepi Datin Aina.
"Mia ni datin, mengada sangat!" Mia hanya ketawa kecil.
Menjelir lidah kepada sahabatnya itu.
Azman hanya fokus dengan kerjanya.
Hanya tersenyum melihat telatah wanita-wanita di depannya.
Datin Aina hanya menggelengkan kepalanya.
"Berapa lama dah Mia muntah?" Azman bertanya serius.
Mata Mia di pandang.
"Seminggu lebih.
Tapi hari tu tak ada lah teruk macam ni.
Hari tu mungkin saya tak makan.
Sebab tu saya muntah.
Sekarang, setiap kali saya bau nescafe, bau perfume tu yang dekat atas rak tu pun saya akan muntah.
Busuk!" Mia berjeda.
Azman hanya menggangguk faham dengan pernyataan yang diberikan.
"Berapa lama dah Mia tak datang period?" Azman bertanya ringkas, tidak berlapik.
"Dua bulan" Mia tertunduk.
Hujung bantal dimain.
Selesai Azman memeriksa Mia, Azman meminta diri bersama Datin Aina.
Mia dan Aini hanya menghantar dari pandangan matanya.
************************************ "Azman check tadi, blood pressure Mia naik sikit.
Buat masa ni aunty jangan buat Mia stress.
Kalau boleh jangan bagi dia buat kerja-kerja berat" Muka Datin Aina sedikit berkerut.
Masih memerlukan jawapan.
Dia mendengar dengan teliti.
"Perfume yang Mia cakap tadi tu siapa punya?" Azman memandang muka wanita tua itu.
"Itu Haiqal punya.
Az pun tahu kan, Haiqal ni suka letak barang merata.
Tak apalah nanti aunty ambil letak dalam bilik dia" Azman menghela nafas panjang.
Mukanya diraup.
"Boleh Az minta aunty buat sesuatu lepas ni?" Azman bertanya perlahan.
Datin Aina hanya mengangguk.
"Nanti tolong bawa Mia jumpa doktor.
Ataupun aunty bawa jumpa Az.
Bring her to my clinic" Azman mencari anak mata Datin Aina.
"I think she's pregnant" Datin Aina mengucap panjang.
Terasa dunianya gelap gelita.
Air matanya menitik.
Azman memapah wanita tua itu duduk di sofa berdekatan.
"Ya Allah Az.
Aunty bersalah sangat dengan Mia.
Dia baru je nak happy"Datin Aina berkata perlahan.
Dalam hatinya mengucap panjang.
"Aunty, this is not the exact result.
We don't even know.
Might be dia ada penyakit lain.
Sebab tu Az minta aunty bawa Mia ke klinik.
Bring her to my clinik as soon as possible.
" Azman terang bersungguh-sungguh.
Datin Aina melemparkan senyuman sungul.
Kepalanya diangguk pelahan.
 
Sumber:Internet