Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 45

. "Kita pergi hospital.
Fullstop!" Aini berkata sedikit keras.
Geram dengan Azman.
Sudah banyak kali Aini memujuk Azman untuk ke hospital, namun Azman tetap berkeras ingin pulang ke rumah.
Katanya, di rumah lebih bebas dan selesa.
Lelaki diย  sebelah di pandang.
Tangan Aini lincah mengelap sisa-sisa muntah dimulut Azman menggunakan tisu.
Muka lelaki itu berkerut menahan sakit.
Matanya dipejam.
Baru sebentar tadi Azman sudah mengeluarkan isi perutnya, namun masih berdegil.
"Kita balik rumah ya Aini.
Saya penat.
Saya nak tidur.
Kepala saya pening" Azman memeluk tubuhnya.
Sejuk.
Aini mengambil selimut yang dipinjam daripada Datin Aina dan menyelimutkan Azman.
Tangannya diletakkan di atas dahi Azman.
Terlampau panas.
Azman terkejut dengan perlakuan Aini namun hanya membiarkan.
Jauh di sudut hatinya, dia suka dibelai begitu oleh wanita kesayangannya.
Diberi perhatian dan kasih sayang.
Dia tersenyum nipis.
"Nope! We go to hospital" Aini membangkang.
Kereta mula meluncur laju di atas jalan raya.
Azman masih berdiam.
Mengeluh perlahan.
"Kalau awak duduk rumah, saya tak boleh nak jaga awak.
Bagilah saya jaga awak pula" Aini akhirnya bersuara perlahan.
Matanya berkaca.
Dia menarik nafas panjang.
"Dari saya datang rumah awak tadi lagi, saya risau tengok keadaan awak macam ni.
Awak demam teruk ni Azman.
Jangan lah buat saya serba salah macam ni" Suara Aini serak kerana menahan sebak di dada.
Dia menggengam streng kereta, menarik nafas panjang supaya air mata tidak keluar dari matanya.
Matanya masih di jalan, memfokuskan pemanduannya.
"Okay, okay kita pergi hospital.
I'm so sory.
Saya just tak nak susahkan awak je.
You know berapa banyak saya dah susahkan awak kan hari ni" Azman membuka matanya.
Dia memandang Aini disebelah.
Aini masih dengan pemanduannya, hanya mengangguk dan tersenyum sungul kepada lelaki tersebut.
Dia mula memasuki selekoh untuk menuju ke hospital berdekatan.
'Ya Allah, jika dia jodoh untukku, kau dekatkanlah hati kami.
Permudahkan segala hal untuk kami' Ya! Perasaan sayang mula bertapak dalam hatinya kepada lelaki di sebelahnya itu.
Dia tidak mampu lagi untuk menipu dirinya sendiri.
Semuanya terjadi dengan sekelip mata.
Dia malu.
Malu untuk berterus terang kepada doktor muda itu tentang perasaannya.
Biarlah masa yang menentukan segalanya.
************************************ "Eh aunty.
Lama dah ke berdiri dekat pintu tu? Masuklah aunty.
Sorry Mia tak nampak tadi" Mia ketawa perlahan melihat Datin Aina berdiri di muka pintunya.
Muka Datin Aina tersenyum seperti biasa.
Mia mula melipat sejadah dan telekungnya.
Dia baru lepas sudah menunaikan solat asar dan sempat membaca Al-Quran.
Tenang.
Itulah yang di rasakan kini.
Namun dia pelik dengan sikapnya yang semakin pelik dari hari ke hari.
Semalam dia meminta Datin Aina untuk membelikannya mashmallow.
"Cantiknya Mia.
Muka macam cina" Datin Aina memandang Mia yang sedang menyikat rambutnya.
Mia tertawa perlahan.
Mukanya merah menahan malu.
"Aunty.
Arwah abah memang orang cina.
Mak orang melayu tulen, orang Penang" Mia berkata perlahan.
Dia menghela nafas panjang.
Datin Aina sedikit terkejut dengan pernyataan yang diberikan oleh Mia.
ย  "Mak mula jatuh cinta dengan abah masa jumpa abah dekat stesen bas.
Abah masa itu tak ada tempat hala tuju.
Abah orang KL, dia datang Penang nak lari jauh dari KL.
Kata arwah abah, KL banyak memori sedih.
Nenek dan atuk Mia belah mak dengan abah dua dua sudah meninggal dunia.
Mak dengan abah dua dua anak yatim piatu" Tanpa di tanya, Mia mula membuka cerita tentang mak dan abahnya.
Mia melangkah perlahan dan duduk di birai katil bersama Datin Aina.
ย Wanita tua di depannya hanya diam tidak berkata.
"Abah mula kenal Islam lepas kenal dengan mak.
Dia mula tertarik dengan Islam.
Dulu nama ayah Tan Lim.
Tapi lepas dah masuk islam terus tukar nama, Yaakob Samad.
Dalam beberapa bulan lepas abah convert to Islam, mak dengan abah khawin.
Lepas tu, dapatlah Mia yang muka cina ni" Mia ketawa kecil.
Datin Aina turut sama ketawa.
Selesa dengan wanita di depannya itu.
Datin Aina hanya mengangguk.
Berminat dengan cerita Mia.
"Tapi tu lah kan aunty.
Allah sayangkan mereka berdua, dan Allah sayangkan Mia juga.
Dia ambil mak abah Mia masa Mia tengah SPM.
Masa tu Mia dah tak boleh nak fokus dengan belajar Mia" Mia memandang Datin Aina dengan mata berkaca.
Wanita tua itu memegang tangannya.
"Aini dan family dia yang banyak bagi Mia support.
Mia dah anggap semua family Aini macam family Mia sendiri.
Mia rindu mak kat kampung.
Apa khabarlah mak Mia kat kampung tu.
Aunty, boleh Mia pinjam telefon aunty? Mia nak call mak Mia dekat kampung tu.
" Muka Mia penuh dengan pengharapan.
Datin Aina sudah teresak-esak menangis.
Tidak tahu untuk memberitahu cerita sebenar kepada wanita muda itu.
Mia ditarik ke dalam pelukannya.
'Ya Allah, kuatkan hati anak di depanku ini' "Aunty, Mia dah terima kenyataan mak abah dah pergi tinggalkan Mia.
Tak apa lah aunty.
Semua ni ajar Mia untuk lebih kuat lepas ni.
Aunty janganlah menangis ya.
Tengok dah comot dah muka" Mia memimikkan mukanya.
Datin Aina ketawa perlahan.
Namun masih teresak-esak.
'Haruskah aku memberitahu Mia tentang hal sebenar?'
Sumber:Internet