Gelap

Mia Qalisha 46

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 46

. "Papa suruh tuan Haiqal datang rumah malam ni" Pak Usop berkata ringkas dan meninggalkan anak majikannya itu.
Haiqal mendengus.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memberhentikan lelaki tua itu.
Namun, Pak Usop adalah pekerja yang paling lama bertahan dengan  Dato' Shariff merangkap orang yang paling dipercayai papanya.
Umur Pak Usop dua tahun lebih tua dari Dato' Shariff.
Pak Usop telah berkhidmat dengan papanya lebih dari 25 tahun.
Jadi mustahil untuk Haiqal memberhentikan lelaki itu sesuka hatinya.
Haiqal mendengus kasar.
Telefon bimbitnya yang berkecai di atas lantai di pandang sepi.
Jadi mana mungkin papa atau mamanya dapat menghubunginya.
Hatinya sakit dan sedih melihat gambar perkhawinan Uqasha, bekas tunangnya.
Uqasha tampak begitu jelita dengan gaun pengantinnya berwarna hijau tua yang terletak elok di tubuhnya.
Senyuman Uqasha yang manis menyakinkannya bahawa wanita itu sedang bahagia dengan suami barunya.
Haiqal mengambil keputusan untuk melupakan terus bekas tunangnya itu.
Kepalanya berdenyut, namun di biarkan.
Dia berjalan perlahan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sempat dia mengerling jam di dinding, 730 petang, malam masih muda! "Kau ingat senang-senang kau nak arah aku itu ini.
Never! Let see, who win in this game" Haiqal tergelak kecil sambil membetulkan rambutnya.
Dia mengenakan baju berlengan panjang berwarna hitam dipadankan dengan seluar pendek berwarna coklat.
Minyak wangi berjenama Hugo Boss disembur ke baju.
Memandangkan esok adalah hari cutinya, jadi dia merancang untuk pergi ke tempat biasanya, pub di Bukit Bintang.
Dalam kedinginan malam itu, kereta Haiqal memecut laju menuju ke destinasi.
************************************ "Aunty Mia takut" Mia sudah teresak-esak menangis di dalam klinik Azman.
Tubuhnya menjadi longlai dengan pengkhabaran yang di katakan oleh Azman sebentar tadi.
Dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini lagi.
Bagaikan tidak percaya, dengan sekelip mata sahaja kebahagiannya yang baru menjelma di ragut kembali.
'Ya Allah besar sungguh ujianMu kepadaku' Patutlah selera makannya bertambah sejak akhir-akhir ini, rupanya dia sedang membawa seorang anak syurga dalam perutnya.
Mia menangis sayu.
Perutnya dipegang lembut.
Dia berpikir panjang.
Termenung dalam tangisan.
Tidak wajar untuk dia bertindak kurang siuman dengan rezeki yang Allah  berikan ini.
Anak ini tidak berdosa.
Sedikitpun tidak berdosa! Mia mengeluh panjang mengenang nasib dirinya.
'Ibu akan jaga anak ibu selalu.
Ibu janji!' Datin Aina sudah memeluk erat wanita muda di depannya.
Dia turut sama mengeluarkan air matanya.
Aini sudah terduduk di atas lantai tidak jauh dari mereka.
Tidak ada kekuatan untuk bangun dari lantai tersebut.
Azman cemas dengan keadaan Aini dan memapahnya menuju ke sofa berdekatan.
'Mia mengandung?' Aini mengulang-ulang pertanyaan itu kepada dirinya sendiri, bagaikan tidak percaya dengan berita tersebut.
Dato' Shariff hanya melihat adegan yang berlaku di depan matanya.
Tidak mampu untuk berkata apa-apa.
Dia mengeluh kuat dan menguak rambutnya kebelakang.
Mengenagkan anaknya, Haiqal, dia jadi berang.
  "Shh- Mia ada aunty.
Ada Aini kan.
Mia kena kuat untuk baby ni sayang" Datin Aina memegang perut Mia.
Suara Datin Aina sedikit bergetar, menahan sebak.
Aini berjalan perlahan dan duduk di tepi Mia.
"Apa pun jadi, aku ada dengan kau Mia.
Bertabahlah Mia.
Aku tahu kau kuat, sebab tu Allah beri  macam-macam ujian dekat kau.
Kau tahu kan aku sayang kau sangat-sangat? Tolonglah kuat.
Kita jaga baby sama-sama" Pelukan sudah bertukar tubuh.
Kini Mia dalam pelukan Aini.
Kuat, bagaikan memberikan sedikit kekuatan dalam diri ibu muda itu.
Mia masih menangis.
Mengenang nasib yang menimpa dirinya.
"Mia, susah Azman nak bagi tahu perkara ini.
Tapi Azman harap Mia kuat.
Mengikut pemeriksaan yang saya jalankan, Mia sedang mengandung dan sekarang dah masuk kandungan dah masuk usia tiga bulan" Suara Azman masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
Mia memejam matanya.
Sakit! Itulah yang di rasakan kini.
Lagi sakit dari dirinya di pukul oleh Haiqal sebelum ini.
Ya Haiqal! Dia tidak akan memaafkan lelaki bertopengkan syaitan itu.
"Ombak itu tidak besar, hanya perahu sahaja yang kecil.
Jadi jangan hanya meminta diringankan ujian, namun pintalah dikuatkan iman dan taqwa" Kata-kata Pak Akob selalu disematkan dalam dadanya.
Oleh sebab itu Mia masih bertahan dengan segala ujian yang Allah hadiahkan kepadanya dan akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
'Apa yang harus aku lakukan untuk menempuhi hari esok?'
Sumber:Internet