. Mia sedang mengemas biliknya.
Comforter di lipat dan di letak di atas katil.
Langsir di buka, membiarkan udara luar masuk ke dalam bilik tersebut.
Aircond di tutup dan hanya membiarkan kipas sahaja yang berpusing.
Setelah hampir sebulan dia menghabiskan masa di rumah Datin Aina, kini sudah masanya untuk dia pulang ke kampung.
Dia sangat rindukan Mak Ani.
Rindukan belaian dan kata nasihat dari mak angkatnya itu.
Rindu mahu makan masakan yang dimasak oleh Mak Ani.
Terlampau rindukan wajah tua yang manis itu.
Tidak dinafikan sepanjang di rumah Datin Aina, wanita tua itu tidak lelah mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepadanya.
Ditatang bagai minyak yang penuh.
Di jaga dengan baik seperti darah daging sendiri.
Begitu juga Dato' Shariff.
Walaupun lelaki tua itu tidak pernah berborak dengannya, namun banyak jasa yang telah ditabur untuknya.
Nikmat apa lagi yang mahu di dustai olehnya.
Mia memegang perutnya.
Walaupun masih kecil, namun kandungan itu yang membuatnya kuat untuk menghadapi hidupnya sekarang.
Matanya memandang sekeliling bilik.
Banyak kenangan di bilik tersebut walaupun hanya sebulan dia bertapak di situ.
Bilik itu menjadi saksi dia selalu bermandikan air mata mengadu nasib kepada sang pencipta.
Bermandikan air mata kerana tidurnya yang sering terganggu dengan mimpi buruk.
Banyak masa dihabiskan dengan Datin Aina di dalam bilik tersebut mentelaah Al-Quran, berborak dan bersantai.
Ya! Dia perlukan kehidupan baru.
Sampai bila dia harus menjadi lemah? "Jauhnya termenung" Datin Aina berjalan mendekati Mia.
Mia membalas senyuman wanita tua itu.
Datin Aina duduk di atas sofa bertentangan dengan Mia.
Mia bangun dan berteleku di atas lantai sambil tangannya menyium tangan tua itu.
"Aunty, terima kasih bagi Mia tumpang rumah aunty.
Halalkan semua rezeki yang aunty bagi pada Mia" Mia mengambil nafas dalam.
"Banyak benda Mia susahkan aunty dan uncle, tak terbalas rasanya semua jasa aunty berikan dekat Mia" Air ditubir mata Mia jatuh perlahan ke pipinya.
Datin Aina membawa Mia ke dalam pelukan.
Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi.
Dia juga melepaskan tangisan dalam pelukan kemas itu.
"Shh- Mia.
Aunty dah anggap Mia macam anak aunty dah.
Aunty halalkan semua.
Maaf terkurang terlebih sepanjang Mia di sini" Datin Aina mengeluh kuat.
Hatinya sedih dan tidak merelakan Mia untuk meninggalkannya.
Dengan keadaan Mia yang berbadan dua, sepatutnya dia yang harus bertanggungjawab menjaga Mia.
"Mia tak nak stay sini dulu ke sayang? Lepas ni siapa nak teman aunty baca Quran sama-sama? Siapa yang nak menyakat aunty lagi kat dapur?" Mia tergelak dengan air matanya yang masih bersisa.
Mia hanya menggeleng menandakan dia terpaksa pergi.
"Nanti Mia ada masa Mia melawat aunty dan uncle okay? Aunty janganlah menangis.
Tengok tu dah comot dah muka tu" Mia menyeka air mata Datin Aina memeluk mesra tubuh berisi itu.
Dia akan merindui wajah tua itu.
'Maafkan Mia aunty, Mia terpaksa tipu aunty.
Mia tak akan jejakkan kaki ke rumah ni lagi.
Mia akan pergi jauh dari semua orang.
Jauh dari sini.
Maafkan Mia!' Aini sedari dari tadi memerhati dua wanita itu berpelukan.
Dia berjalan ke arah Mia.
Memberi salam sekaligus membuatkan Mia menyeka matanya.
Begitu juga Datin Aina.
"Jom Mia.
Nanti lambat pula sampai ke kampung" Mia mengangguk sebelum mengambil beg tangannya.
Tangan Datin Aina masih dalam genggamannya.
Dato' Shariff membuntuti wanita-wanita di depannya berjalan ke parkir kereta.
Sempat Mia memeluk tubuh Datin Aina dan memberi salam kepada Dato' Shariff sebelum memasuki kereta.
Datin Aina sempat berpesan panjang kepada Aini.
Aini memeluk Datin Aina untuk mencari kekuatan dan mula melangkah ke kereta.
Segala pesan Datin Aina terngiang-ngiang di telinganya.
Dia harus kuat.
'Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk memberitahu sahabatku' Datin Aina menangis teresak-esak dalam pelukan suaminya apabila kereta Aini sudah hilang dari pandangan.
'Berbahagialah kau wahai sayang' ************************************ Aini memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Mia terbongkok-bongkok membuang isi perutnya.
Matanya dipejam tanda penat dengan alahannya itu.
Aini menghulurkan air mineral kepada sahabatnya.
"Kejap lagi kau berenti RnR boleh? Aku nak asamlah.
Pening kepala" Aini tersenyum dan mengangguk.
Mia sempat membasuh mukanya menggunakan air tersebut.
Aini menghulurkan bantal khas untuk ibu mengandung kepada Mia.
Masih berada dalam plastik.
Mia memandang Aini penuh persoalan.
"Letak bantal kat belakang kau tu, okay sikit pinggang kau" Mia tergelak kuat.
Aini terpinga-pinga.
"Aku bukannya masuk enam bulan lagi cik kak" Mia menjawab ringkas.
Aini masih terpinga-pinga seperti tadi.
Tanda tidak faham dengan kata-kata Mia.
"Aku tak faham.
Selalu aku tengok kalau orang mengandung letak bantal kat belakang, takut sakit pinggang.
Sebab tu aku belikan untuk kau.
Kau tak sakit pinggang ke?" Aini bertanya serius.
Mia masih dengan ketawa kuatnya.
Aini membiarkan Mia.
Dia meneruskan perjalanan, menekan pedal minyak.
"Kau tengok perut aku.
Besar ke? Aini sayang, baby aku baru masuk 3 bulan.
Agak-agak lah masa ni dah nak sakit pinggang.
Merepek lah!" Mia berkata dengan sisa-sisa ketawanya.
Aini hanya tersengih di tepi.
Menyedari kesilapannya.
"Tak apalah.
Kau simpan.
Nanti boleh guna" Mia mengangguk.
Aini memfokus kembali kepada pemanduannya.
Sesekali melihat Mia disebelah yang termenung jauh.
Aini mengeluh melihat keadaan Mia.
Hanya lagu di radio menjadi teman mereka.
Sumber:Internet