. "No! I can't do that.
Impossible" Haiqal meninggikan suaranya.
Matanya tajam memandang Dato' Shariff.
"If papa nak musnahkan hidup Haiqal sekalipun, not with this way.
I'm your son.
Where is you empathy? I'm not gonna marry that girl! No!" Haiqal duduk di depan papanya.
Memohon sedikit simpati.
Dato' Shariff ketawa kecil.
Dia bangun dan berjalan ke arah cermin besar yang memaparkan hiruk piruk Kuala Lumpur, tangannya disilangkan.
"Bukankah Haiqal sendiri yang cakap Haiqal bukan lagi anak papa? Bukan darah daging papa lagi? So now you want claim yourself as my son?" Dato' Shariff ketawa kecil buat kesekian kalinya.
Membakar jiwa Haiqal yang masih duduk di belakangnya.
Haiqal bangun dan menuju ke pintu bilik papanya.
Tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan orang tua seego papanya.
"You not gonna get any cent of my money if Haiqal keluar dari bilik papa.
Your house, your car, tinggalkan semua dan silakan cari hidup Haiqal sendiri" Suara Dato' Shariff sedikit keras.
Membuat Haiqal mendengus kasar.
Dia tercegat di depan pintu bilik papanya.
Tangannya sudah berada di tombol pintu.
"And one more thing, Haiqal tak akan dapat jumpa mama lagi.
You're not welcome to see your mother.
You are not her son anymore! Papa tak akan bagi mama kamu jumpa kamu lepas ni" Dato' Shariff mengugut anaknya.
Baginya itu sahaja jalan untuk mengajar anaknya.
Ego harus dibalas dengan ego! Kalah menang itu belakang cerita.
Haiqal mengengam tombol pintu tersebut.
Matanya di tutup.
Jika melibatkan mamanya, dia pasti akan mengalah.
Dia terlampau sayangkan wanita tua itu.
Wanita yang banyak berkorban untuknya dan ibunya.
Wanita yang banyak menghabiskan masanya untuk dia dan ibunya.
Dia memusingkan dirinya perlahan, menghadap Dato' Shariff.
Walaupun dia marah dengan papanya, tidak pernah sekali tanganya naik ke muka papanya.
Dia masih bertimbang rasa bukan disebabkan Dato' Shariff bapa kandungnya, namun dia memegang kuat prinsip hidupnya, dia tidak akan sesekali menyakiti orang tua.
"Just make it simple Haiqal.
If you love your mama, marry Mia" Dato' Shariff menaikkan suaranya.
Mukanya merah menahan marah.
Dia menghela nafas panjang.
"She's pregnant and that child is belong to you!" Haiqal terkejut dengan kenyataan itu.
Dia memegang meja yang berada di depannya supaya dapat mengimbangi dirinya.
"Tolong, tolong papa kali ni saja" Dato'ย Shariff berkata perlahan dan menepuk bahu anaknya.
Dia berjalan ke arah pintu dan hilang dari pandangan Haiqal.
'Apa aku dah buat ni' Haiqal memarahi dirinya sendiri.
************************************ "Kenapa kita datang sini Aini? Kau nak melawat kubur Haq ke?" Mia bertanya perlahan.
Aini hanya mendiamkan dirinya.
"Sabarlah.
Kita bawa mak sekali.
Mesti mak nak ikut sekali.
Aku lapar lah.
Kita balik lah rumah dulu.
Aku rindu mak" Mia berjeda.
Aini di sebelah sudah memandang ke bawah.
Mia memegang peha sahabatnya itu.
Perlahan-lahan Aini mengangkat mukanya.
Air matanya sudah tidak dapat di tahan lagi.
Dia memegang tangan Mia, mahu menyatakan sesuatu, namun dia tidak kuat.
'Ya Allah kuatkanlah semangatku'ย Aini keluar dari kereta.
Tikar di belakang bonet dicapai.
Tangan Miaย di pimpin.
Mia mula berdebar dengan sikap Aini.
Dia hanya mengikut jejak langkah Aini.
Mereka sudah melepasi kubur Haq, namun Aini masih mengatur langkahnya.
Hati Mia berdebar kuat.
'Ujian apa ini lagi Ya Allah' Sesampainya mereka di sebuah kubur, Aini melepaskan tangisan.
Dia memeluk Mia kuat.
Tanah kubur itu masih merah.
Mia memandang Aini.
Bermacam persoalan yang bermain di mindanya.
Aini membentangkan tikar yang berada di tangan ke tanah.
Aini mengajak Mia duduk di sebelahnya.
"Mak, Aini bawa Mia sekali jumpa mak" Mia memandang Aini hairan.
Mak? Aini membetulkan bunga di atas kubur tersebut.
Mata Mia dipandang.
Aini masih dalam tangisannya.
"Mia, mak dah tak ada.
Dah sebulan mak pergi" Suara Aini tersekat-sekat menahan sebak di dada.
Mia menggeleng menafikan kenyataan itu.
Tangannya di tarik dari gengaman Aini.
"Apa kau ni Aini.
Tak lawak lah Aini nak buat cerita macam ni" Mia sudah berdiri, bersedia untuk memakai seliparnya.
Matanya mula berkaca.
Dia menarik nafas panjang.
"Jomlah balik.
Aku lapar.
Sekarang bukan masa nak main-main Aini" Mia ketawa, kedengaran di buat-buat.
ย Tangisan Aini makin menjadi-jadi.
Tangan Mia disambut.
Meminta Mia untuk duduk di tepinya.
Mia akur dengan permintaan sahabatnya itu.
"Mia kau kena redha dengan semua ni.
Ini kubur mak Mia, kau baca namaย dekat batu tu" Mia memandang ke tempat lain.
Seolah-olah tidak mendengar Aini bersuara.
Dia masih tidak mahu percaya dengan gurauan sahabatnya itu.
Aini menangis teresak-esak.
Buntu untuk memberitahu Mia.
"Ya Allah Mia.
Kalau kau benci sangat dengan mak, jangan sampai kau buat tak tahu apa aku cakap! Dah, jom kita balik!" Mia tersentak dengan jerkahan sahabatnya itu.
Dia termenung lama.
Perlahan-lahan batu di depan matanya di pandang.
Ani Binti Adam.
Mia menggeleng.
Matanya mula berkaca.
Susah untuk menerima kenyataan berat ini.
"Aini, mak dah tak ada?" Mia bertanya seperti baru sedar dari mimpi yang panjang.
Aini mengangguk dan menarik Mia ke dalam pelukannya.
Mia meraung kuat, terasa separuh nyawanya hilang.
"Ya Allah, Aini.
Aku nak mak.
Aku rindukan mak" Mia sudah teresak-esak di dalam pelukan sahabatnya itu.
Tidak lama kemuadian, dia tidak sedarkan diri.
Sumber:Internet