Gelap

Mia Qalisha 49

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 49

. Sudah seminggu Mia di kampung bersama Aini.
Mereka banyak menghabiskan masa mengemas rumah peninggalan tersebut.
Mia menghirup air kopi yang di bancuh Aini.
Kuih apam di cubit dan di suap ke mulutnya.
Mia membiarkan Aini yang sedang sibuk memetik pokok kangkung di tepi parit.
Mia memerhati kawasan sekeliling, tersenyum sendiri mengingati kenangan- kenangan yang bermain di ingatannya.
Mia memejamkan matanya.
Angin sepoi menghempas dirinya perlahan.
Tenang.
Surah Al-Fatihah di hadiahkan kepada semua insan-insan tersayang yang telah meninggalkannya.
Perutnya dipegang dan di usap.
Kini dia redha.
Redha dengan segala yang tertulis dan apa yang ditakdirkan untuk kehidupannya.
'Jika ini takdirNya, siapalah aku untuk mempertikaikan' Aini mendekati Mia yang sedang mengelamun di atas gazebo kecil.
Dari jauh dia melihat Mia tersenyum sendiri.
Tangannya memegang seikat kangkung yang baru dikutipnya tadi.
Dia mengambil batu kecil dan membaling ke arah Mia lantas menyorok di sebalik bunga kertas.
Mia hanya membiarkan, tidak berkutik.
"Tak payah nak kenakan aku.
Ingat aku tak nampak kau" Mia berkata dengan suara yang sedikit keras.
Mulutnya tersenyum nipis, memandang Aini di bawah.
Aini sudah ketawa kuat.
"Ala, baru nak baling batu ni" Aini sudah mengangkat batu bata di tepi gazebo tersebut.
Mia membulatkan matanya, mengambil bantal di sebelahnya dan dibaling ke arah Aini.
Aini ketawa kuat apabila bantal yang dibaling tidak mengenainya.
Mia ikut sama ketawa.
"Aini, petang ni jom pergi rumah aku.
Lepas zohor.
Aku ingat nak kemas rumah tu.
Lama aku tak melawat rumah mak aku tu" Mia menghulurkan air kopi ke tangan Aini.
Aini hanya mengganguk.
"Boleh juga.
Kita pun dah siap kemas rumah ni, so why not kan.
Petang sikit tu boleh kita jalan jalan dekat bendang.
Wow bestnya cadangan aku" Mia ketawa kuat melihat muka Aini yang terlampau teruja dengan cadangan sendiri.
Mereka berborak kosong sambil menghabiskan kuih di dalam pinggan.
Dari kejauhan, kereta Honda Civic berwarna putih memasuki halaman rumah mereka, di ikuti dengan kereta Alphard berwarna hitam dan beberapa buah kereta lagi.
Mereka memandang sesama sendiri.
Pelik! Aini kenal kereta itu.
Azman! Muka Aini bercahaya.
Mia mengerutkan dahinya.
Mereka bergandingan berjalan mendekati kereta tersebut.
************************************ "Eh abang, Kak Kinah pun ada.
Masuk lah" Mia menyapa mesra.
Masih pelik dengan kehadiran tetamu-tetamu itu ke rumahnya.
Mia meminta diri ke dapur.
Rumah itu meriah dengan suara kanak-kanak yang sedang berlari dan bermain.
Shamsul sedang berborak dengan Dato' Shariff dan Azman, manakala Kinah sedang melayani tetamu yang lain.
Kedatangan Datin Aina dan Dato' Shariff bersama beberapa sanak saudara Azman yang lain masih menjadi tanda tanya kepada Aini dan Mia.
Mia mencuit bahu Aini yang sedang mengacau daging di atas dapur.
Aini hanya membuat muka bosannya apabila Mia sudah tersenyum nakal.
Tangan Mia dicubit.
Mia tergelak besar namun masih terkawal.
"Wah, dalam diam tak cakap pun dekat aku kau dengan Azman ni tengah ehem ehem" Mia mencuit bahu Aini banyak kali.
Aini masih tidak melayan kerenah sahabatnya itu.
Malas.
Makin dilayan makin naik kepala.
Aini tidak dapat menyorokan senyumannya apabila Mia mula membisikkan sesuatu di telinganya.
Dia tertawa kecil.
"Mia Qalisha! Kau ni kan.
Sampai ke situ kau pikir!" Aini mengetuk kepala Mia dengan senduk di sebelahnya.
Mia mengaduh.
Namun tangan Aini dipeluk manja.
Aini hanya membiarkannya.
"Betullah aku cakap.
Kau bayangkan.
Kau dengan Azman duduk atas pelamin, pegang tangan.
Azman kot! Doktor muda yang handsome macam tu, kau nak tolak? Baik bagi dekat aku" Aini hanya ketawa dengan sikap sahabatnya yang suka menyakatnya.
Api di dapur ditutup.
Aini menghadap Mia.
Tangan Mia di pegang kemas.
"Kau dengar sini ye cik kak.
Kita mana tahu Azman tu datang nak buat apa.
Entah ke dia datang Penang nak jalan-jalan, lepas tu alang-alang singgah sini.
Yang kau over sangat ni kenapa? Mengarut je kau ni" Aini mengangkat daging yang siap di masak untuk di hidang.
Mia menolong Aini menyenduk lauk ke dalam mangkuk.
Mia tersenyum.
"Aini, abang nak cakap sikit.
Mia duduk dapur sekejap boleh?" Aini dan Mia berpandangan.
Mia hanya mengangguk dan melemparkan senyuman nakalnya kepada Aini.
Aini hanya menjeling tajam sahabatnya itu sebelum berlalu pergi.

Sumber:Internet