. Mia membuka mata apabila terasa badannya ditiup angin sejuk dari penghawa dingin dalam bilik tersebut.
Dia menggerakkan badannya.
Sakit.
Seluruh badannya sakit lagi-lagi di anggota kakinya.
Dia mencemuh dirinya sendiri kerana dalam keadaan darurat seperti itu dia masih boleh terlelap.
Mungkin terlampau penat dengan kejadian yang berlaku malam tadi.
Terpisat-pisat matanya dan darahnya menyerbu ke muka apabila melihat lelaki yang sama memandangnya dari atas ke bawah.
Dia sudah berada di atas katil dalam keadaan terbaring.
Selimut juga masih dibadannya, begitu juga dengan baju yang dipakainya.
Jauh dalam sudut hatinya dia mengucapkan syukur.
Seingatnya dia sudah turun dari katil tersebut.
Dia bingkas bangun namun ditahan oleh tangan besar Haiqal.
"Kau nak pergi mana?" Mia menolak tangan Haiqal yang memeluk badannya dengan kasar, namun dengan kudrat wanitanya, apalah sangat yang boleh dilakukan.
Terasa hangat nafas Haiqal dibelakang telinganya.
Mia menutup mata sambil berdoa agar lelaki itu tidak melakukan kekejaman lagi.
Haiqal masih membatukan diri menunggu jawapan Mia.
Diam.
Haiqal berasa pelik.
Kerana duit, wanita boleh melakukan apa sahaja.
Dia mengeluh.
Dalam diam dia menyesal kerana terlalu mengikut hawa nafsunya malam tadi sampai meruntuhkan prinsip yang selama ini dipegang.
Namun dalam diam, dia pelik dengan dirinya kerana tidak dapat melawan nafsu apabila bersama wanita yang berada didepannya itu.
Sudah acap kali dia digoda dengan wanita yang jauh lebih seksi dan cantik dari Mia, namun dapat ditepis dengan mudah, namun hari ini dia gagal, malahan dia sendiri yang menyerahkan diri.
'Shit' Mungkin keadaan yang memaksa dia untuk melakukan hal sedemikian.
Haiqal menguak rambutnya.
Matanya tiba-tiba beralih ke satu sudut tilam di mana banyak tompokan darah.
Dia meraup mukanya.
'Masih dara, tapi kenapa sanggup jadi kambing hitam?' Gadis didepannya dilihat.
1001 soalan masih tergantung dibenak fikirannya.
Dia memegang kedua tangan Mia apabila Mia mula bertindak agresif menggigit tangannya.
Haiqal membangunkan tubuhnya dan menghadap Mia.
Mia juga bangun menghadap lelaki di depannya.
Kini mereka berhadapan.
Mata bertemu mata.
Mata Mia mula berkaca.
Mengharapkan dirinya dilepaskan, namun Haiqal masih membatukan diri.
Kedua-dua tangan Mia masih tidak dilepaskan.
"Kenapa kau sanggup buat benda kotor macam ni?" Mia dilihat sudah mengeluarkan air mata.
Dia menggeleng.
Haiqal menarik nafas.
Dia mendengus, tanda sakit hati apabila pertanyaannya tidak berjawab.
Mia masih membisu.
Takut untuk bersuara, tambahan pula pita suaranya sudah semakin sakit.
Matanya melilau mencari telefon bimbitnya.
Dia mengerahkan otaknya berfikir, dimana dia meletakkan telefon bimbitnya.
Haiqal melepaskan tangan Mia dan mula melangkah ke suatu sudut.
Dia meraba-raba seperti mencari sesuatu.
Dia mendekati Mia.
Dia menunjukkan telefon bimbit milik Mia.
Muka Mia bercahaya.
Belum sempat Mia mahu mencapai telefon bimbitnya, Haiqal membuka pintu balkoni dan membuang telefon bimbit milik Mia itu.
Mia terpana.
Gelap hidupnya.
"Aku dah cakap, selagi kau tak bagitahu siapa yang hantar kau, aku tak akan bagi kau keluar dari bilik ni, kau decide sendiri.
" Haiqal tersenyum sinis.
Matanya sempat mengerling ke arah jam.
0450 pagi.
Diamati keadaan biliknya.
Bersepah-sepah, namun tidak diendahkan.
Dia berjalan menuju ke arah katil dan kembali berbaring.
Niatnya hanya untuk menyambung tidur.
Dia melihat Mia sudah mengesot turun dari katil.
Dibiarkan.
Haiqal tersenyum sinis.
Matanya dipejam.
'Ya Allah beratnya ujian ini.
Selamatkanlah aku ya Allah' Mia sudah berteleku di atas lantai.
Dalam keadaan segetir ini, dia hanya mahukan sedikit kekuatan daripada Allah.
Tidak sedikit pun matanya bertentangan dengan lelaki itu.
Takut.
Itulah yang dirasainya ketika itu.
Wajah ibu bapanya berselang-seli dikotak mindanya.
Kini air matanya tumpah dengan derasnya.
Air mata sahajalah peneman paling setia baginya saat ini.
Dia cuba untuk berdiri, namun kakinya masih tidak stabil.
Dalam kesedihan yang membelenggu dirinya, dia mengurut perlahan kakinya.
Mungkin dengan cara itu boleh membuatkan peredaran darahnya kembali normal.
Haiqal mendengar tangisan hiba gadis di depannya.
Sedikitpun rasa kesian tidak terbit dalam hatinya.
Dia membaling bantal ke arah Mia tanda menyuruh untuk diam.
Mia terkejut.
Dia mengambil bantal itu, menutup kakinya yang terdedah.
Tidak sampai seminit, dengkuran kecil kedengaran menandakan Haiqal sudah diulit mimpi.
Mia mengesotkan dirinya ke arah bilik air, namun kesakitan yang dialami tidak mampu ditahan lagi dan akhirnya dia mengalah.
Dia melunjur kakinya.
Jauh dari sudut hatinya, dia masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku.
Seingatnya petang semalam pengurus hotel tersebut menyuruhnya untuk menginap di bilik ini.
Namun mengapa ada lelaki ini? Adakah silapnya terlalu mempercayai orang asing ? Pada awalnya memang dia sedikit pelik dengan permintaan pengurus hotel itu.
Kerana bilik yang didudukinya itu bukanlah bilik yang biasa untuk orang bawahan sepertinya.
Lebih memelikkannya lagi apabila dia menanya nama wanita tersebut, dia hanya tersenyum.
Mengapa dia tidak berkeras bertanya lebih lanjut dengan wanita itu? Bermacam-macam persoalan yang masih tidak ada jawapannya.
Dia menyalahkan dirinya kerana terlampau mempercayai orang yang tidak dikenali.
Sayup sayup kedengaran azan subuh.
Mia masih dalam keadaan yang memalukan.
Dia malu.
Malu dengan Allah.
Jijik dengan dirinya sendiri apatah lagi mahu berdepan dengan orang ramai selepas ini.
Bagaimana dia mahu ke bilik air untuk mandi jika kakinya masih tidak dapat digerakkan? Bagaimana pula dia mahu menunaikan solat? Bermacam macam soalan berada dibenak fikirannya.
Mia buntu dan sekali lagi teresak-esak seperti anak kecil.
'Ampuni hambaMu ini Ya Allah'
Sumber:Internet