. Haiqal memasuki butik mamanya.
Sengaja mahu berjumpa dengan wanita tua itu.
Rindu! Sudah banyak kali dia mendail nombor mamanya itu, namun semuanya masuk ke peti suara.
Dia juga mendail nombor telefon rumah tetapi hasilnya sama, tidak berangkat.
Jadi dia mengambil keputusan untuk terus ke butik Datin Aina.
Mungkin mamanya sedang sibuk dengan stok-stok baju baru.
Haiqal memerhati keadaan sekeliling.
Sunyi.
Hanya musik perlahan dimainkan.
Haiqal masih tidak menjumpai wajah mamanya.
Dia mengerutkan dahinya.
Dia berjalan sekitar butik tersebut.
Namun masih sama, tidak nampak kelibat Datin Aina.
'Mama pergi mana?' "Excuse me, where's Datin Aina?" Haiqal bertanya kepada sekumpulan pekerja wanita yang sedang asyik bersembang.
Suaranya kedengaran sedikit marah.
Wanita-wanita di depannya mula kelam kabut bersurai.
"Eh Encik Haiqal.
Datin dah dua tak masuk kerja.
Dia kata dia ada urusan penting.
Saya tak pasti dia pergi mana Encik Haiqal" Salah seorang pekerja Datin Aina bersuara, sedikit terketar.
Mukanya di tundukkan.
Muka Haiqal sudah bengis melihat wanita di depannya.
Pantang sungguh dengan pekerja yang suka curi tulang.
"Listen here okay girl.
Kau nak kerja buat cara nak kerja.
Mama aku bayar kau untuk kau buat kerja! Bukan mengumpat.
You also!" Haiqal menengking.
Jari Haiqal menunding kepada salah seorang wanita yang duduk di tempa pembayaran.
Mereka hanya memandang ke lantai.
Takut dengan sikap baran anak majikannya itu.
Mata-mata pelanggan di butik tersebut semua terarah kepada Haiqal.
Tangannya di masukkan ke poket seluarnya.
Dia menghela nafas panjang dan berjalan laju menuju ke arah pintu keluar.
'Buang masa aku!' Bam! Haiqal terlanggar seorang wanita.
Wanita itu mengaduh.
Barang di tangan jatuh ke lantai.
Mulut wanita itu sudah mengomel.
Haiqal hanya memandang wanita di depannya dengan perasaan yang sukar di ungkap.
Di samping wanita itu ada seorang lelaki sedang mengutip barang yang jatuh berterabur.
"Here your things sayang" Lelaki itu sempat mencium dahi wanita itu, sebelum matanya memandang Haiqal.
"Bro, lain kali jalan pakai mata.
Nasib baik my wife tak kena apa-apa" Suara lelaki itu sedikit keras.
Haiqal tidak menunjukkan reaksi sebaliknya dia masih memandang wanita di depannya.
Tidak berkutik.
Perasaannya bercampur aduk.
"Haiqal?" Wanita itu mencelah.
Suaranya sedikit menjerit namun masih terkawal.
Matanya bersinar.
************************************ "Haiqal dah buat keputusan.
Haiqal nak khawin sekarang!" Tanpa memberi salam, Haiqal menerjah Dato' Shariff.
Tidak kisah lagi dengan egonya asalkan dia dapat bercakap dengan papanya.
Maruahnya yang tercalar disebabkan wanita itu harus ditebus kembali.
Itu yang paling penting! Lama dia berteleku dalam keretanya dan berfikir tentang perkhawinan yang papanya sarankan.
Hatinya kuat mengatakan bahawa itu adalah rancangan yang paling bernas.
"Mia Qalisha jadi isteri aku? That dumb girl jadi isteri aku?" Haiqal bertanya kepada dirinya.
Berulang kali seperti tidak percaya.
Dia tergelak.
Semakin lama semakin kuat.
Namun hatinya menjadi sakit apabila teringatkan pertemuannya bersama Adella Uqasha dan suami barunya.
Mesra.
Ya mesra sungguh Uqasha bersama lelaki itu.
Egonya tercalar dengan perlakuan wanita tersebut.
Uqasha seperti sengaja mencabarnya apabila dia turut sama mencium pipi lelaki itu di depannya.
Seperti tidak ada langsung perasaan bersalah bersarang dalam hati wanita itu.
Tidak sanggup melihat adegan mesra bekas kekasih, Haiqal meninggalkan mereka berdua.
"Haiqal nak khawin! Haiqal tak nak tangguh.
I am doing what you planning for me.
So what's the matter?" Haiqal menjerit dalam keretanya.
Seperti anak kecil yang tidak dapat apa yang dimahukan.
Tanganya diletakkan atas kepala.
Pening! Kepalanya asyik memikirkan Uqasha bersama dengan lelaki itu.
Dia mengenggam tanganya.
Marah sungguh dengan perlakuan wanita itu.
'Sampainya hati kau Uqasha' "Okay look.
I'm sorry.
Tapi Haiqal memang nak khawin dengan Mia Qalisha.
You have to believe me.
Haiqal janji akan jaga Mia" Haiqal menurunkan suaranya perlahan, seperti memujuk.
Dato' Shariff masih bercakap di corong telefonnya.
Haiqal memejam matanya.
Penat dengan bebelan papanya.
Haiqal membuntangkan matanya dengan kata-kata papanya.
"What? Penang? Jauhnya!" Haiqal menarik nafas panjang.
"You just send me the location.
I will reach there as soon as possible" Tanpa sempat Dato' Shariff memberi salam, Haiqal sudah mematikan telefon bimbitnya.
Tidak mahu berborak panjang dengan lelaki tua itu.
"If you can do that, I also can Adella Uqasha!" Haiqal ketawa kuat.
Pedal minyak keretanya ditekan dan keretanya mula meluncur laju di atas jalan raya.
Sumber:Internet