Gelap

Mia Qalisha 52

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 52

. Pagi itu, Mia dan Aini yang turut dibantu oleh Kinah sudah menyiapkan pelbagai jenis makanan untuk sarapan mereka.
Datin Aina membantu suaminya menuangkan air kopi ke dalam cawan yang dihulur Kinah.
Masing-masing sibuk menyuap makanan ke mulut sambil bising berborak.
Mia sibuk menyakat Aini.
Azman disebelah hanya tersengih dengan usikan Mia.
Shamsul sedang asyik berborak dengan Dato' Shariff dan Datin Aina, manakala Kinah sibuk menyuap anak terunanya, Aqil yang berusia dua tahun.
"Assalamualaikum" Suara garau di luar memberi salam.
Aini bangun dari tempat duduknya.
Menjenguk ke luar jendela.
Dia membulatkan matanya.
Dia terduduk dan matanya memandang Mia.
'Haiqal?' Dato' Shariff sudah menapak perlahan ke depan.
Dia kenal suara itu.
Dia menarik nafas panjang.
Datin Aina membuntuti suaminya ke depan.
Muka terkejut dengan sekujur tubuh di depan matanya.
  "Eh Haiqal?" Datin Aina bersuara perlahan namun masih dapat di dengari oleh Mia.
Mata Datin Aina sempat memandang Mia sebelum dia memakai seliparnya untuk menyambut kedatangan anaknya itu.
Badan Mia menggeletar.
Tangannya menggengam tangan Aini.
Kuat! Azman memberi isyarat kepada Aini untuk menemani Mia.
Aini bangun dan memimpin Mia masuk ke bilik Mak Ani.
Sesungguhnya Mia takut untuk bertembung dengan lelaki itu lagi.
Kini dia merasakan separuh nyawanya seperti mula hilang.
Matanya mula berkaca.
'Ya Allah.
Apa pula kali ini?' ************************************ "Macam mana kamu tahu kami dekat sini?" Tangan Datin Aina disalam Haiqal.
Tubuh mamanya di bawa ke dalam pelukan.
Lama sungguh dia tidak berjumpa dengan wanita tua itu.
Masih cantik seperti dulu, dengan baju kurung berwarna hijau diserikan dengan tudung labuh berwarna hitam.
Dato' Shariff di tepi mamanya disalam.
Tidak sedikitpun bertanya kabar lelaki tua itu.
"Look at you, you look gorgeous with this baju kurung" Datin Aina memukul manja lengan anaknya.
Dia tergelak kecil dengan gurauan anaknya.
Senyuman manis dihadiahkan kepada Haiqal sebelum menyium pipi anaknya itu.
Rindu! Dia melihat anaknya yang berpakaian kasual.
Berbaju hijau tua berlengan panjang dan dipadankan dengan seluar berwarna hitam.
Sesampainya Haiqal di Penang awal pagi tadi, dia mengambil keputusan untuk menempah hotel untuk merehatkan badannya sekaligus menghilangkan serba sedikit perasaan marah dalam hatinya.
Sepanjang perjalanan ke Penang, hatinya asyik memikirkan tentang Uqasha yang sedang berpeluk mesra dengan lelaki itu.
"Haiqal dari mana? Kenapa tak call mama cakap nak datang?" Datin Aina menarik tangan anaknya mengikutinya menuju ke gazebo berdekatan.
Tidak sampai hati untuk membawa anaknya masuk ke dalam rumah.
Hati Mia juga harus di jaga.
Dato' Shariff mengikuti anak beranak itu dari belakang.
Dia mengeluh kuat.
"Haiqal call mama banyak kali, tapi tak dapat.
Mama letak telefon dekat mana? Ni rumah siapa? Tak pernah pun Haiqal datang sini" Haiqal mengajukan soalan bertalu- talu kepada mamanya.
Datin Aina menggaru kepalanya yang tidak gatal, tanda tidak tahu untuk mulakan ceritanya dari mana.
Belum sempat Datin Aina membuka mulut, Dato' Shariff sudah memotong.
  "Ni rumah arwah mak angkat Mia" Dato' Shariff memandang ke bendang berdekatan.
Menarik nafas panjang.
"Kamu kata nak kawin dengan Mia kan? Sebab tu lah alang-alang kami di sini, apa salahnya kami nikahkan kamu dengan Mia terus.
Sampai bila nak lari dari tanggungjawab kamu Haiqal.
Anak Mia tu anak kamu juga!" Mata Datin Aina membulat.
Suara Dato' Shariff sedikit kuat.
Dia menyilangkan tangannya.
Matanya kini sudah memandang tepat ke dalam anak mata anak terunanya.
"Abang!" Datin Aina menegur perlahan.
Takut jika suaminya berbalah dengan Haiqal.
Dato' Shariff masih memandang tajam anaknya, namun Haiqal hanya menghadiahkan senyuman sinis kepada papanya.
"Don't worry pa.
Haiqal datang sini memang nak jadikan Mia as my wife.
" Haiqal memegang tangan mamanya.
Datin Aina mencari nafas.
Terkejut dengan pengakuan anaknya itu.
Mata Haiqal masih memandang Dato' Shariff yang sedang berapi.
"No wonder papa suruh Haiqal datang sini.
So inilah rumah bakal isteri Haiqal? " Haiqal galak memandang sekeliling.
Datin Aina masih berdiam diri.
Masih tidak percaya dengan kata-kata Haiqal.
Hatinya beristigfar panjang.
'Ya Allah jika Mia memang dijodohkan untuk anakku, kau mudahkan urusan kami sekeluarga'.
Sumber:Internet