Gelap

Mia Qalisha 53

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 53

. "Aku terima nikahnya Mia Qalisha Binti Yaakob Samad dengan mas kahwinnya seratus dua puluh ringgit tunai" Ramai yang mengucapkan syukur dengan penyatuan dua insan itu.
Haiqal tersenyum bangga.
Bangga dengan pencapaian dirinya yang bukan lagi pengecut seperti yang di canang oleh kawan-kawannya.
Dia mengangkat egonya tinggi melangit.
Haiqal tersenyum sinis.
'Aku dah cakap, kalau kau boleh buat, aku pun boleh buat Adella Uqasha' Mia mengalirkan air matanya.
Sekarang dirinya adalah hak mutlak Haiqal Syafiq, lelaki yang telah menghancurkan hidupnya.
Dia tahu menjadi isteri bukanlah tanggungjawab yang mudah.
Dia mengambil nafas panjang.
Tangannya digengam.
Mia memandang Aini yang duduk jauh darinya namun sahabatnya itu mengalihkan pandangannya, tidak mahu bertentang mata dengannya.
Dia perlukan Aini di sisinya saat ini namun Mia akur dan pasrah dengan keputusan Aini.
'Bencinya kau dengan aku, Aini' Datin Aina yang setia di sebelah Mia memeluk menantunya itu lama.
Sukar untuk dipercayai, wanita cantik dan lemah lembut di depan matanya itu sudah menjadi menantunya yang sah.
Gembiranya bukan kepalang.
Senyumannya tidak lekang dari bibirnya menandakan dia sangat gembira dengan penyatuan dua insan kesayangannya itu.
Syukur dengan aturan perancangan Allah yang tersusun cantik.
Datin Aina sempat membisikkan syukur di telinga Mia.
Jauh di sudut hatinya, dia berjanji akan menjaga dan menatang Mia seperti anaknya sendiri.
Haiqal berjalan ke arah Mia.
Dia mula duduk perlahan di depan isterinya itu.
Cincin yang dibeli mamanya kelmarin di ambil dari kotak.
Dia tersenyum sinis namun tidak begitu ketara di mukanya.
Haiqal memandang Mia di hadapannya.
Sedikit sebanyak menggoncang imannya dengan kejelitaan wanita di depannya, berbaju serba putih dengan solekan tipis di muka diserikan dengan tudung yang sama dengan warna baju.
Haiqal memandang Mia lama.
Seperti tidak berkutik, menjadikan Mia serba salah.
Tangan Mia menggeletar apabila bersentuhan dengan tangan Haiqal.
Dia memejamkan matanya.
Takut.
Itulah yang dirasakan sekarang.
Mahu sahaja dia berlari meninggalkan majlisnya itu, namun digigihkan juga dirinya untuk terus bertenang.
Haiqal menyarungkan cincin di jari manisnya.
Mia masih memejamkan matanya.
Seluruh badannya menggeletar.
Air matanya turun laju.
Keadaan menjadi senyap sunyi.
Semua mata tertumpu kepada Mia dan Haiqal.
Mia membisikkan sesuatu kepada Datin Aina.
"Alhamdulillah, kepada semua tetamu, silalah jamu selera di bawah ya" Dato' Shariff bersuara.
Membuatkan tetamu yang datang mengalihkan perhatian mereka kepada suara kuat Dato' Shariff.
Keadaan menjadi hingar bingar semula membuatkan Mia menarik nafas lega.
Air matanya masih tidak segan silu keluar dari kelopak matanya.
Dia menjarakkan dirinya dari suaminya.
Haiqal mengangkat buntutnya, meninggalkan Mia bersama mamanya.
Adakah dia menyesal dengan perkahwinan ini? Mia menggeleng.
************************************ Mia mengalirkan air matanya.
Dia duduk berseorangan dalam bilik yang dihiasi cantik.
Dia memandang sekeliling.
'Adakah aku akan bahagia dengan perkahwinan ini?' Dia menggeleng.
Matlamatnya hanyalah membela masa depan anaknya.
Jika nyawa jadi taruhannya, sudah pasti dia akan merelakannya.
Kejadian malam kelmarin bermain difikirannya.
"Uncle tak minta banyak dengan Mia.
Uncle perlukan persetujuan Mia saja.
Kalau Mia tak fikirkan arwah mak abah Mia, Mia fikirkan anak dalam kandungan Mia" Dato' Shariff menghela nafas panjang.
"Anak Mia perlukan kasih sayang seorang ayah, dan paling penting dia perlu berbinkan dengan nama Haiqal bukan berbinkan dengan nama Abdullah.
Fikirkanlah Mia untuk masa depan anak kamu" Dato' Shariff berjalan perlahan ke jendela yang terbuka luas.
Datin Aina masih setia di sebelah Mia.
Aini sudah meminta diri ke dapur, memberikan mereka ruang untuk berbincang.
"Mia, uncle dah banyak terhutang budi dengan abah kamu.
Banyak sangat" Mata Dato' Shariff berkaca mengingatkan arwah sahabat baiknya, Tan Lim.
"Tolonglah bagi uncle tebus semua dosa-dosa uncle pada abah kamu.
Biar uncle jaga kamu.
Jadi anak uncle, Mia.
Jadi menantu uncle, so that Mia lebih dekat dengan family uncle.
Bagi uncle peluang Mia.
" Mia masih membatukan dirinya.
Mendengar semua luahan lelaki tua di hadapannya.
Matanya juga berkaca melihat lelaki tua itu.
Inilah kali pertama lelaki tua itu bercakap dengannya.
"Dulu uncle bongkak.
Uncle ego.
Uncle halau abah kamu dari rumah uncle hanya kerana mendengar buah mulut orang lain.
Uncle jahil.
Uncle bodoh.
Maafkan uncle sebab buat abah kamu macam tu" Dato' Shariff sudah melutut di hadapan Mia.
Matanya berjujuran dengan air mata.
Semakin lama semakin menjadi esakannya.
Dia memandang ke lantai.
Datin Aini terkejut dengan perlakuan suaminya.
Dia memapah suaminya duduk di birai katil.
Mia masih sama.
Tidak berkutik seperti tadi.
Hanya memandang lelaki tua itu dengan pandangan kosong.
"Dulu arwah Tan selalu bagi uncle kata-kata semangat, walaupun dia pelat melayu" Dato' Shariff ketawa dalam tangisannya.
Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Ni, sapu tangan ni.
Banyak dah berjasa dengan uncle.
Abah kamulah yang bagi masa uncle jatuh terduduk masa nak bangunkan company sekarang tu.
Dia kata sapu tangan ni sapu tangan ajaib.
Boleh buat uncle kaya raya.
" Dato' Shariff tergelak kecil bila teringatkan kenakalan sahabatnya itu.
Matanya dikesat dengan sapu tangan pemberian sahabatnya itu.
Nafasnya ditarik panjang.
"Uncle tak kuat macam ayah kamu, Mia.
Even sekarang ni pun uncle pretend to be strong sebab pegang semua kata-kata abah kamu" Dato' Shariff memejam matanya.
"Abah kamulah yang paling berjasa bagi uncle duit simpanan dia untuk uncle bangunkan company sekarang tu" Dato' Shariff mengeluh panjang.
"Ya Allah.
Mana lagi aku nak cari sahabat sebaik kamu Tan!" Dato' Shariff meraup mukanya.
Dia menangis tersedu.
Tidak peduli lagi Mia dihadapannya.
Datin Aina menggosok belakang suaminya, menenangkan suaminya itu.
Itulah kali pertama Datin Aina mendengar kisah silam suaminya itu.
Selama ini, suaminya itu tidak banyak bercerita tentang syarikatnya.
Bila ditanya hanya menjawab dua tiga patah sahaja.
"Mia fikirkanlah.
Uncle yakin kalau arwah abah kamu ada mesti dia suruh kamu buat macam uncle cadangkan" Dato' Shariff mengesat air mata di tubir matanya.
Dia memandang ke dalam mata Mia, mengharapkan Mia setuju dengannya.
"Uncle tak paksa Mia.
Tapi tolonglah fikirkan masa depan anak kamu nanti macam mana" Dato' Shariff bangun dan menepuk belakang Mia perlahan sebelum meninggalkan Mia bersama isterinya.

Sumber:Internet