Gelap

Mia Qalisha 54

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 54

. Jam menunjukkan tepat angka tiga petang.
Azman memandang Aini yang berwajah muram.
Dia bimbing dengan keadaan tunangnya itu.
Aini tidak menjamah apa-apa makanan dari pagi.
Azman bertambah pelik melihat Aini yang tidak bertegur dan bermasam muka dengan Mia.
Azman memandang Aini di sebelah.
Bukan kah ini hari bahagia sahabatnya itu ? Azman yakin pasti ada masalah besar yang berlaku antara mereka.
"Aini.
Nah makan sikit.
Awak tak makan dari pagi tadi ni" Azman cuba memujuk, suaranya kedengaran bimbang.
Dia menyuakan sudu ke mulut muka Aini.
Aini hanya menggeleng tanda tidak mahu.
"Tak apa lah awak makan lah, saya kenyang" Mata Aini melilau mencari seseorang.
Hatinya marah dengan keputusan yang dibuat Mia.
Wanita itu membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pendapat kepadanya, seolah-olah membelakangkan dirinya.
'Mia sampainya hati kau!' "Dari tadi awak dengan saya, sayang.
Awak makan apa? Saya tak nampak pun" Sengaja Azman menekankan perkataan sayang itu.
Aini membulatkan matanya dan memandang Azman.
Ada sedikit senyuman terukir di bibir Aini.
Pipinya merah menahan malu.
  "Kalau ada apa-apa awak nak share, saya ada telinga ni nak dengar" Azman menunjukkan telinganya kepada tunangnya itu, mengusik.
Aini ketawa kecil.
Azman tersenyum melihat Aini.
'Kenapa sekarang baru aku jumpa wanita secantik dia ni' "Eeiii tak senonoh!" Aini menampar manja lengan Azman.
Azman tersentak dan ikut sama ketawa.
"Kan cantik senyum macam ni.
Barulah hari-hari saya ceria" Aini tersenyum sungul.
Tidak ketawa seperti tadi lagi.
"Awak ada masalah ke?" Azman bertanya perlahan sambil menyuapkan dadih ke mulutnya.
Matanya tidak berkalih dari Aini.
Aini mengeluh perlahan.
"Saya terasa dengan Mia sebenarnya" Aini memandang ke bendang.
Matanya berkaca.
Melihat kanak-kanak berlari membuatkan hatinya pedih memikirkan sahabatnya itu.
Dia memejam matanya.
Mencari kekuatan untuk bercerita kepada lelaki di depannya itu.
"Mia tu.
Dia dah tahu, lelaki tu dah musnahkan hidup dia, seksa dia separuh mati.
Tapi dia terima juga lelaki tu.
Dia nak juga hidup dengan lelaki tak guna tu" Suara Aini tersekat-sekat menahan hiba.
Dia menarik nafas panjang.
"Kalau sekalipun dia mengandung, kenapa buat keputusan macam tu? Saya ada nak jaga dia.
Saya dah janji dengan dia nak jaga dia.
Nak jaga baby tu.
Saya tak faham kenapa dengan Mia sebenarnya" Air mata Aini mula turun dipipinya.
Dia menyeka.
Takut tunangnya nampak.
Azman tersenyum.
Tahulah bahwa tunangnya itu runsing memikirkan tentang sahabatnya.
Dia faham apa yang di fikir oleh wanita kesayangannya itu.
Dia tahu Aini sebolehnya mahu melindungi sebaik mungkin sahabatnya.
Aini tahu sejarah lepas Mia dan Haiqal.
Jadi  Aini tidak boleh disalahkan dalam hal ini.
Dia hanya mahukan terbaik untuk sahabat yang membesar dengannya sahaja.
"Listen to me sayang, awak ada fikir apa Mia fikir? I mean awak pernah tak sekali je terbayang duduk tempat Mia?" Haiqal menghadap Aini.
Sudu di tangan di letakkan.
Aini masih membatu.
"Let me give you one example.
Okay! Awak dalam situasi di mana awak dan family awak nak kena bunuh dan pembunuh beri awak pilihan antara nak serahkan diri awak atau family awak semua kena bunuh? Which one would you choose?" Azman memancing Aini, namun Aini masih membatu.
Dia berfikir panjang.
"Let me be honest to you.
Masa saya nak ke dapur ambil air untuk Shamsul, pintu bilik yang Mia duduk tu terbuka.
Saya dengar suara Uncle Shariff" Azman terdiam.
Aini mengangkat muka tanda berminat dengan cerita Azman.
"Saya mula-mula memang nak masuk bilik tu, but I choose to go but then, uncle menangis kuat" Azman memandang anak mata Aini.
"Don't you think she do this for her child.
Awak ada fikir ke perasaan Mia masa dia buat keputusan tu.
Betapa hancurnya perasaan dia? Sebab dia fikir banyak lah dia terima Haiqal tu just untuk berbinkan anak dia dengan ayah sebenar baby tu.
Tak nak masa depan anak dia kusam! Mungkin dia tak bagi tahu awak sebab dia tak nak susahkan awak.
Who knows kan? You know Mia better than me sayang!" Aini sudah teresa-esak menangis di samping Azman.
'Ya Allah, apa aku dah buat dekat kau ni Mia.
Jahatnya aku!' "Pergilah.
Pergi pujuk Mia.
Dia perlukan awak dekat sisi dia" Azman masih menyakinkan tunangnya.
Dia tahu marah Aini tidak lama.
Aini bangun dan berlari anak mencari Mia.
'Maafkan aku Mia'.
Sumber:Internet