. "Aku nak cakap dengan kau sikit boleh?" Azman bersuara.
Sedikit kuat supaya di dengari oleh lelaki di depannya itu.
Haiqal mengangguk dan memandang kembali ke bendang.
Jauh dalam sudut hatinya dia tenang duduk di sini.
Permandangan di depan matanya sedikit sebanyak menarik perhatiannya.
"Aku nak ingatkan kau, Mia bukan orang yang selalu kau bayangkan.
Dia bukan jenis perempuan yang kau bawak ke hulu ke hilir" Azman mengambil tempat berdepan dengan Haiqal.
Suaranya sedikit keras, seperti memberi amaran.
Matanya tajam memandang Haiqal di depan.
Haiqal masih segak berbaju melayu putihnya.
Ya! Dia rindukan sahabatnya itu.
Namun hatinya masih tidak dapat menerima dengan apa yang Haiqal telah lakukan.
Haiqal tergelak kecil.
Terasa lucu dengan ugutan yang di dengari.
Di menggeleng perlahan.
Matanya masih tertumpu kepada budak-budak kecil bermain di bendang.
Ralit dia memerhati sekumpulan budak itu.
"Haiqal.
Kau kena ingat.
Negara kita ni ada law.
Kau buat macam-macam dekat Mia, aku sendiri yang akan pergi buat report dekat balai" Haiqal tersenyum dengan kata-kata yang diucap Azman.
Tanganya di silangkan.
Dia menarik nafas panjang.
Matanya mula mencari anak mata lelaki di depannya.
"Mia tu hak mutlak aku.
Aku nak buat apa-apa itu urusan aku dengan dia" Dia tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya.
"Even aku nak jual dia sekalipun, itu hak aku Azman.
Kau siapa nak masuk campur? Dia bagi apa dekat kau sampai kau pun dah jadi gila bayang kat dia? Ingatkan papa aku je!" Dia menghirup air sirap yang berada di depannya.
Azman menggengam tangannya.
Bengang dengan kata-kata Haiqal yang sangat melampau.
Kalau di ikutkan hati, sudah lama dia pijak-pijak muka lelaki di depannya itu.
Ego! Ya, ego yang membuatkan Haiqal menjadi manusia tidak bersyukur, tidak memikirkan perasaan orang lain.
"Oh by the way, kau jangan percaya sangat Mia tu.
Dia kalau bab belakon, she is the one" Haiqal menepuk bahu Azman sebelum meninggalkan Azman berseorangan duduk di gazebo kecil itu.
Azman beristigfar panjang.
Mukanya diraup ke belakang.
Kesal dengan sikap sahabatnya itu.
'Sampai bila kau nak agungkan perangai ego kau ni Haiqal.
Allahurabbi' ************************************ Usai menunaikan solat zohor, Mia membaringkan diri di atas katil.
Badannya terasa amat penat.
Mungkin kerana pembawakan budak.
Tudung di kepala di buka dan di letakkan di birai katil.
Makanan di meja di pandang.
Dia mengeluh perlahan.
Seleranya mati, namun memikirkan anak dalam perutnya, dia akur.
Lengannya diletakkan di atas kepala.
Matanya di tutup.
"Bagi ibu tidur kejap ye sayang.
Lepas ni kita pergi makan okay.
Ibu penat" Mia berkata perlahan sambil tangannya mengusap lembut perutnya sendiri.
Dia bersyukur kerana sahabat baiknya telah memaafkannya.
Dia tersenyum teringatkan kejadian sebentar tadi.
"Mia aku tahu aku pentingkan diri.
Kenapa kau tak cakap hal sebenar? Kenapa kau nak sorok semua ni dari aku?" Aini sudah memeluk Mia di sisi.
Makanan di tangan di letakkan di atas meja.
Mia sudah bermandikan air mata.
Begitu juga Aini.
"Aku minta maaf membelakangkan kau tentang hal ni.
Tapi aku terpaksa buat semua ni demi anak aku.
Maafkan aku" Suara Mia tersekat-sekat, menahan hiba.
Hatinya menangis.
Hatinya berdarah.
Hatinya terpaksa menerima semua ini dalam keadaannya yang tidak bersedia.
Terpaksa mengorbankan kebahagiaan dirinya sendiri demi mencari sinar untuk anak yang dikandungnya.
Aini mencari anak mata Mia.
Dia menggengam tangan sahabatnya itu sambil tersenyum.
Lama dia memandang Mia.
'Ya Allah, kau lindungilah wanita yang berada di hadapanku ini, semoga niat murninya dapat memberikan bahagia dalam hidupnya' "Bodoh ke aku Aini buat keputusan macam ni?" Mia bertanya perlahan sambil menyeka air matanya.
Aini menarik nafas panjang.
Dia tahu sahabatnya itu perlukan sokongan dan dorongan dari orang-orang sekeliling.
Dia memegang bahu Mia.
"Dengar sini baby, kau buat semua ni untuk anak kau.
So tak ada istilah bodoh dalam hal ni.
Kalau aku di tempat kau, aku akan buat benda yang sama.
So jangan lah cakap macam tu" Aini turut sama mengesat air matanya.
Sedih.
"Aku minta maaf, aku bodoh.
Aku tak fikir panjang tadi.
Tahu nak marah kau je.
Dah lah tiga hari pulak tu aku diamkan diri dengan kau, tak nak cakap dengan kau.
Kau tak tahu macam mana aku rindu kau, Mia!" Aini menambah dengan suara perlahan.
Mia menarik sahabatnya ke dalam pelukan.
Belakang Aini di tepuk perlahan.
"Tidur ke?" Suara garau lelaki betul-betul di sebelah telinganya mematikan lamunannya.
Mia membuka mata cemas dan cepat-cepat membangunkan dirinya.
Lelaki sebelah di pandang.
Mata Mia membulat.
Lidahnya kelu.
'Haiqal?'
Sumber:Internet