. Haiqal tersenyum galak.
Matanya redup memandang Mia.
Dia sengaja baring di atas katil dengan berkeadaannya yang tidak berbaju.
Tangannya di silangkan di bawah kepala.
Matanya masih galak memerhati Mia yang tidak bertudung yang sedang berdiri di hadapannya dalam keadaan ketakutan.
Rambut Mia bertebangan ditiup angin dari luar tingkap.
'Cantik' Namun hati Haiqal menafikannya.
"How I miss you Mrs Mia Qalisha.
Long time no see huh? About one month right? How are you my dear?" Haiqal bersuara sambil tersenyum sinis melihat wanita di depannya.
Matanya galak memerhati badan Mia.
Sengaja mahu menyakat.
Mia memegang kerusi di sebelahnya, mengimbangi badannya supaya tidak terjelepok ke lantai.
Takut! Itulah yang dirasai saat itu.
Dia menelan air liur.
Lehernya sudah menitikan peluh.
Kakinya kaku tidak dapat bergerak.
Matanya dipejam.
Dia menarik nafas panjang.
Dengan pantas dia mengambil telekung di tepi kerusi dan di pakai.
'Aku kena kuat' Haiqal tergelak kecil melihat Mia yang kelam kabut berjalan pantas keluar dari bilik itu.
Sengaja dia mengusik wanitu itu.
Rindu? Tidak! Tidak sama sekali.
Jauh panggang dari api.
Mana mungkin dia rindukan perempuan murah seperti itu.
Dia memerhati bilik tersebut.
Bilik itu usang namun sangat kemas dengan susun atur perabotnya.
Tidak terlampau padat dan sejuk mata memandang.
Dia memerhatikan beberapa dulang hantaran yang masih tidak di sentuh dan di buka.
Itu semua mamanya yang belikan.
Kalau ikutkan hatinya, sesen duit pun tidak mahu keluarkan untuk wanita murah itu.
Haiqal termenung lama, memikirkan masa depannya dan akhirnya dia terlena dalam lamunannya.
************************************ Aini dan Datin Aina berborak rancak.
Suara gelak tawa mereka memenuhi ruang dapur.
Mereka berdua sibuk menyediakan juadah untuk minum petang manakala Mia sedang mengunyah nasi yang berada di depannya perlahan.
Jauh Mia termenung memikirkan masa depannya bersama lelaki yang telah menjadi suaminya itu.
Dia memandang jarinya yang dipenuhi inai.
Ini semua angkara ibu mertuanya yang bersungguh-sungguh mahukan dia berinai.
Dia mengeluh perlahan.
Perasaannya bercampur aduk.
Bagaimana dia boleh bertahan dengan lelaki itu sedangkan trauma dalam dirinya masih belum dapat diubati lagi? Azman bersama Dato' Shariff yang baru pulang dari masjid menjengah ke dapur.
Mia yang hanya bertelekung sempat membalas senyuman dan mempelawa makan bersama.
"Hye everyone" Haiqal muncul di sebalik langsir.
Mia terbatuk kecil.
Aini sempat menghulurkan air kepadanya.
Menggosok belakang badannya.
"Mama buat apa? Your laugh sampai dalam bilik dengar" Haiqal bertanya sambil mengambil kuih yang berada dalam bekas dan menyuapkan ke dalam mulutnya.
Dia duduk di sebelah Mia.
Mia yang tidak selesa dengan perlakuan lelaki itu berusaha untuk melepaskan diri, namun dihalang oleh kaki Haiqal.
Mia mengeluh perlahan.
Dia mengawal riak mukanya.
"Ni Aini ada masak kuih ketayap dan donut.
Mama tolong je.
Kamu dari bilik ke Haiqal?" Datin Aini lincah menuangkan air kopi ke dalam cawan suaminya.
Dato' Shariff hanya memerhati.
Haiqal hanya menganggukkan kepalanya.
"Eh sayang, dah siap makan ke?" Haiqal memandang Mia.
Mia melemparkan senyuman yang di buat-buat dan mengangguk perlahan.
"Buka mulut" Haiqal sengaja menyuakan kuih yang di gigitnya tadi ke mulut Mia.
Dia melemparkan senyuman manis kepada Mia, sengaja mahu menyakat.
Mia melihat semua mata sudah tertumpu kepadanya.
Mia masih mengawal riak mukanya.
Dia perlahan-lahan membuka mulutnya dan menyambut suapan itu.
Datin Aina tersenyum melihat anak dan menantunya.
'Alhamdulillah ya Allah kau makbulkan doaku' Aini melihat air muka Mia tidak senang duduk di tepi Haiqal.
Tangan lelaki itu asyik memegang peha sahabatnya itu walaupun acap kali Mia menolak tangan sasa lelaki itu.
Aini menghela nafas panjang.
Di sabarkan hatinya.
"Apa kata, kita makan dekat depan.
Dekat gazebo.
Ambil angin petang.
Sambil tengok bendang.
Jom datin" Wajah Datin Aina bercahaya.
Tanda setuju dengan cadangan Aini.
Haiqal mengeluh perlahan.
"It's okay.
We still have time this night.
You just wait Mia Qalisha" Haiqal berbisik di telinga Mia.
Pipi wanita itu dicubit kemudian Haiqal ketawa perlahan dan beransur pergi dari dapur tersebut.
Dia sempat mengeyitkan mata kepada isterinya itu.
Mia terasa separuh nyawanya hilang.
Dia mencari nafas.
Matanya berkaca.
Aini menepuk bahunya, menyalurkan sedikit kekuatan.
Tidak pernah seumur hidupnya rasa takut seperti itu.
Jika hari ini dia merasakan seperti itu, bagaimana dengan hari-hari yang akan mendatang? 'Aku boleh hadap semua ni.
Ya! Aku yakin.
Aku kena kuat demi anak aku'
Sumber:Internet