. "Aini aku tidur dengan kau malam ni boleh?" Mia memegang lengan Aini, mengharapkan sahabatnya itu faham dengan keadaannya.
Muka Mia penuh pengharapan.
Aini mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia tersenyum sumbing.
"Aku bukan tak nak tidur dengan kau.
Tapi yelahkan, kau kan isteri orang" Aini mengangkat ikan yang di gorengnya.
"Jahat mana pun Haiqal tu, dia tetap suami kau yang sah.
Kau tak bolehlah lari macam ni" Mia sudah berdiri di sebelah Aini.
Tangannya menghulur pinggan ke Aini.
Dia masih mengharapkan sahabatnya itu bersetuju dengan cadangannya.
"Okay macam ni.
Kau minta izin Haiqal dulu.
Kalau dia bagi, kau datanglah tidur dengan aku.
Kau nak ke jadi isteri derhaka? " Aini memberi cadangan.
Mia mengeluh kuat.
Dia berjalan perlahan dan duduk di atas kerusi berdekatan.
"Aku takut lah Aini.
Kau tahu lah kan" Mia memandang lantai sambil menggentel hujung baju tidurnya.
"Aku tak nak lah tidur dengan dia, kau tolong tanyakan boleh?" Mia sudah bangun dari kerusi, mukanya bercahaya, seperti anak kecil diberi gula-gula.
Aini tergelak dengan cadangan Mia.
"Ish! Tak nak aku.
Aku malas lah nak jadi penyibuk dalam rumah tangga kau Mia" Tangan Aini lincah mengacau air berperisa mangga itu.
Mia hilang kata-kata.
Mereka berborak kosong sambil menghidangkan makan malam.
Tidak lagi menyentuh soal berkaitan itu.
************************************ Mia memandang jam di dinding.
Tepat jam dua belas malam.
Dia memandang sekeliling.
Sunyi.
Hanya dia dan Aini sahaja yang berada di ruang tamu itu.
Mata Aini sudah melayu, namun digagahkan juga melayan kerenah Mia.
Aini tersengguk-sengguk melawan mengantuk.
"Mia aku nak tidur dulu lah.
Aku letihlah.
Dari pagi tadi lagi aku tak rehat tau.
Kau pergi lah masuk.
Aku rasa suami kau dah tidur tu.
" Aini berkata perlahan sambil menguap.
Matanya digosok.
Penat sungguh dia hari ini.
"Ala teman lah aku tengok cerita ni" Aini sudah bangun dari kerusi.
Dia menutup televisyen di depannya.
Dia memang sudah tidak larat lagi untuk menahan matanya.
Tangan Mia di tarik.
Mia mengeluh.
Inilah saat yang paling dia takut dan tidak bersedia.
'Minta-minta mamat tu dah tidur' "Goodnite.
Assalamualaikum" Aini berjalan laju tanpa menoleh ke belakang.
Mia menjawab salam dalam hatinya.
Dia masih di depan bilik, berkira-kira untuk masuk.
Dengan lafaz bismillah dia memulakan langkah masuk.
Bilik itu gelap.
Hanya diterangi dengan lampu bilik yang suram.
Dia mencari kelibat Haiqal.
Mia tersenyum apabila melihat Haiqal sudah terbungkam di atas katil.
'Alhamdulillah' Mia membuka almari dengan berhati-hati.
Takut jika Haiqal terjaga.
Dia mencapai tilam dan bantal yang berada dalam almari itu.
Belum sempat Mia membuka tilam tersebut, dia merasa ada tangan seseorang sedang memeluknya dari belakang.
Mia terpana.
"I already said, our deal is not over yet!" Mia tersentak dengan bisikan di telinganya.
Haiqal! Dia mula menepis apabila tangan sasa itu sudah menjalar di perutnya.
Mia mula menjauhkan diri dari lelaki itu.
Takut jika di apa-apakan.
Makin Mia menjauh, makin Haiqal mendekatkan dirinya kepada wanita itu.
Mia sudah tersepit antara dinding dan badan sasa lelaki itu.
Haiqal tidak berbaju.
Hanya mengenakan seluar pendek sahaja.
Badannya berpeluh.
"Kalau kau tak malu, kau jeritlah.
I don't care.
You already mine! So aku ada hak atas kau" Haiqal berkata perlahan, berbisik.
Dia mula mendekatkan mukanya ke muka Mia.
Nafsunya mula bergelonjak apabila terhidu wangian disebalik tudung Mia.
Dia memandang Mia tajam.
Tanganya lincah membuka tudung wanita di hadapannya.
Mia terjerit kecil.
Seluruh badan Mia menggeletar.
Satu tangannya memegang kerusi di tepinya manakala satu lagi tangannya sudah menutup mulutnya.
Matanya tidak berkedip memandang lelaki di depannya.
Takut! "Haiqal" Mia mula memanggil suaminya perlahan apabila Haiqal sudah menarik tangannya menuju ke katil.
Haiqal mula membaringkannya.
Mia menepuk lengan Haiqal kuat apabila Haiqal cuba untuk membuka bajunya.
"Saya period!" Mia berkata sedikit kuat lantas bangun dari pembaringannya.
Haiqal membulatkan matanya.
Mia sudah bersedia untuk bangun, namun Haiqal sempat memeluknya di atas katil.
Mia terjerit kecil.
Badannya sudah dikunci oleh Haiqal.
Makin lama makin kuat apabila dia memprotes.
Akhirnya dia mengalah.
"Kenapa tak cakap awal? Aku tunggu kau dari pukul sepuluh tadi.
Bodoh!" Suara Haiqal kedengaran sedikit marah.
Tangannya mula menjalar ke bahagian bawah pusat Mia namun ditolak Mia.
"Saya periodlah.
Saya sumpah!" Haiqal mendengus kuat.
Pelukannya menjadi makin kuat tanda marah kepada Mia 'Arghhhh! Bazir masa aku jelah' Mia menarik nafas lega.
Penipuannya nampak seperti berhasil apabila melihat Haiqal sudah mula memejamkan matanya.
Dia tahu itu adalah satu dosa besar, namun jauh dalam sudut hati, dia masih tidak bersedia untuk menjalankan kewajipannya sebagai isteri.
Sumber:Internet