. Mia masih dalam keadaan kaku.
Matanya cerah.
Dengan situasi mendesak seperti ini, mana mungkin dia dapat melelapkan matanya.
Kakinya makin berdenyut.
Solat subuh jugak tidak ditunaikan disebabkan keadaan dirinya begitu.
Sepanjang pagi kepalanya ligat memikirkan beribu cara untuk keluar dari bilik neraka itu.
Dia terpandang telefon bimbit yang terletak disebelah lelaki itu berbaring.
Kemungkinan besar telefon bimbit itu milik lelaki tersebut.
Dilihat Haiqal masih terlentang melayan tidur.
Semalam dia mencapai telefon hotel yang terletak di atas meja kecil disudut bilik.
Apabila dia mencapai telefon tersebut, tali penghubung telefon tersebut telah dipotong.
Dia mendengus.
Sampai begitu sekali lelaki itu tidak mahu melepaskannya.
Dalam hatinya sudah mengagak bahawa lelaki diatas katil itu bukan calang-calang orang.
Mia terdetik untuk mengambil telefon bimbit tersebut, namun dia memadamkan hasratnya itu.
Kemungkinan besar itu hanyalah helah lelaki itu untuk memancingnya untuk naik ke atas katil.
Mia kini sudah lengkap berpakaian, berbaju kemeja putih bersama seluar panjang track, semuanya pakaian lelaki tersebut oleh kerana bajunya tidak kelihatan termasuk bag pakaiannya.
Kakinya membengkak.
Dia masih mengurut kakinya.
Mengharapkan kakinya boleh digerakkan sudah mencukupi.
"Good morning" Haiqal memecah kesunyian.
Mukanya penuh senyuman.
Mungkin gembira dengan kejadian semalam.
Dia mengeliat di atas katil.
Selang beberapa minit, dia bangun menuju ke arah balkoni.
Matanya sempat menangkap sesusuk tubuh di sudut bilik, sudah berpakaian.
Dia membiarkan.
Masih banyak lagi yang ingin dibicarakan dengan wanita itu.
Lama Haiqal berada di balkoni, membiarkan Mia berseorangan.
*********************************** Tok ... Tok ...tok Haiqal menjenguk mukanya ke dalam bilik.
Mia dan Haiqal berpandangan lama sebelum pintu itu kedua kalinya diketuk lagi.
Haiqal mengerutkan mukanya.
Dalam hatinya terdetik mungkin pekerja hotel datang untuk menghantar sarapan paginya.
Memang selalunya dia akan mengarahkan pengurusan hotel tersebut menghantar sarapan pagi kebiliknya apabila dia menginap di hotel tersebut.
Malas untuk menghabiskan masa dengan bersarapan di bawah.
Haiqal berjalan perlahan menuju kearah pintu bilik.
Sesampai di pintu, Haiqal terkaku.
Perasaan terkejut menyelubungi dirinya.
Ibunya berada di depannya dengan muka manis tersenyum.
Cantik berbaju kurung moden dan berselendang hitam.
Kulitnya yang sawo matang bertambah seri dengan dandanannya yang minimal.
'Habislah aku' Hatinya terdetik.
"Good morning sayang mama" Haiqal tersenyum takut sambil menyalami tangan tua milik ibunya.
Datin Aina memegang kepala anaknya.
Haiqal seterusnya menyium pipi ibunya itu.
Datin Aina ke situ berhajat mahu bersarapan dengan anaknya.
Sudah lama dia tidak makan bersama.
Dia tahu anaknya menginap disitu sudah dua hari, katanya sibuk menyiapkan projek baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sebagai seorang ibu, dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anaknya itu, walaupun dia bukanlah ibu kandung kepada lelaki manja itu.
"Hye mama, ma buat apa kat sini?" Haiqal memulakan dialognya untuk mengusir rasa serba salahnya.
"Haiqal tak siap mandi lagi ma.
Tengok ni Haiqal pakai tuala je ni" Haiqal masih terkaku di depan pintunya, tanda tidak mahu ibunya masuk ke dalam biliknya.
Mana mungkin dia mengizinkan ibunya masuk ke dalam bilik yang bersepah itu.
Dia tahu sangat perangai ibunya itu, pasti akan bertanya 1001 soalan persis polis apabila keadaan biliknya begitu kerana Datin Aina terlalu mengenali dirinya yang pembersih.
"Mama saja datang jenguk anak Mama pun tak boleh ke?" Datin Aina membuat muka pelik.
Suaranya menjauh.
Pandangan sayu diberikan kepada Haiqal.
Haiqal menjadi serba salah.
Sumber:Internet