. Deruman kereta di depan rumah mendebarkan hati Mia.
Juadah tengah hari telah siap di hidang oleh Mia.
Mak Tom meminta diri untuk solat di biliknya yang terletak di belakang dapur.
Mia masih di dapur.
Tangannya sedang mengacau air jagung untuk santapan tengah harinya.
Matanya jauh memandang ke luar, asyik terfikirkan janji yang telah dibuat untuk dirinya sendiri.
'Mampukah aku?' Mia mengeluh panjang.
Adakah ini masa yang sesuai untuk mengambil hati suaminya? 'Patut ke aku duduk makan sekali dengan dia? Ke aku tak payah makan, duduk je tepi dia ala-ala isteri mithali?' Mia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Air jagung ditangan masih dikacau perlahan.
'Tapi nanti dia kata aku ni gatal nak dekat dia' Mia masih binggung.
Masih dalam dunianya sendiri.
Hatinya menyokong kuat ideanya namun ditegah keras oleh otaknya.
Hati dan otaknya bertengkar sesama sendiri.
Dia mengeluh kuat.
"Jauhnya termenung.
Fikir aku ke?" Suara garau Haiqal kedengaran berbisik di telinganya.
Air jagung di tangannya terlepas.
Mia mengurut dadanya tanda terkejut dengan kedatangan Haiqal secara tiba-tiba.
Mia beristgfar panjang.
Tindakannya yang tergopoh-gapah untuk mengelap air di lantai menyebabkan jarinya terkena serpihan kaca.
Tangannya menggeletar kesakitan.
Dia hampir pengsan melihat darah yang keluar dari jarinya.
Mia mengaduh perlahan.
Namun apa yang paling memeranjatkannya apabila Haiqal dalam keadaan yang cemas mengambil kain yang berdekatan dan memegang perlahan lukanya.
Haiqal memanggil Mak Ton kuat.
Luka dijarinya tidak terasa sakit lagi.
Kini perasaannya pula yang bercampur aduk.
'Mengapa lelaki di depannya mula berubah sikap?' "Mak Ton, ambil first aid cepat!" Haiqal mengarah apabila melihat kelibat Mat Ton sudah menghampiri mereka.
Mata Mia tidak berkalih dari memandang suaminya itu.
Hari demi hari suaminya itu semakin pelik.
"Kau okay ke? Kenapa cuai sangat ni?" Melihat muka lelaki di depannya panik, dia hanya mengangguk.
Tidak mahu memanjangkan keadaan.
Mia memerhati suaminya.
Rambutnya yang kemas ditambah dengan pakaian yang dikenakan tampak begitu sesuai dengan kulit putihnya.
"Ya Allah Mia.
Kenapa boleh jadi macam ni?" Suara Mak Ton sedikit tinggi mematikan lamunan Mia.
Mak Ton menghulurkan peti kecemasan itu kepada Haiqal.
Tangan suaminya lincah mencuci lukanya, kemudian dibalut kemas.
"Lain kali janganlah terpegun sangat tengok aku, aku tahu aku handsome!" Mia tersentak apabila dahinya di cium Haiqal.
Mukanya merah menahan malu.
Dia tertangkap oleh Haiqal bahawa dia memerhatikan suaminya itu.
Mak Ton tersenyum penuh makna sambil tangannya menolong Mia untuk bangun.
Mia berjalan perlahan beriringan dengan Mak Ton menuju ke meja makan meninggalkan Haiqal di dapur yang sedang membasuh tangannya.
Dia tersangat pelik dengan perangai Haiqal.
Mengapa begitu sekali perubahan yang di bawa Haiqal? Adakah Allah telah memakbulkan segala doanya ? Tapi kenapa dengan sekelip mata? ************************************ "Mia, please! Stay with me dalam bilik kita, please?" Mia masih membatukan diri.
Tidak habis terkejut dengan adegan di meja makan sebentar tadi, Haiqal datang menganggunya pula di biliknya.
Dia binggung dengan perubahan mendadak suaminya itu.
Adakah suaminya memang benar-benar sudah berubah? "Okay look.
I'm so sorry for what I've done from first day we met.
But don't you realize, sejauh mana pun aku tolak kau, you still here for me, with me? I'm so sorry!" Mia mencari anak mata Haiqal.
Mencari keikhlasan di sebalik mata bundar itu.
Haiqal mula memegang tangannya.
Mia tersentak, namun tidak melarang perbuatan suaminya itu.
"Saya bukan tak nak duduk dalam bilik tu.
Tapi bagi saya masa sikit boleh?" Mia menjawab perlahan, ada getaran di akhir katanya.
Matanya di pandang ke lantai.
Malu untuk bertentang mata dengan lelaki di hadapannya itu.
Fikirannya berkecamuk.
"Do you forgive me?" Haiqal memandangnya dengan pandangan penuh pengharapan.
Lama Mia membatu dan akhirnya dia mengangguk perlahan.
'Adakah aku ikhlas memaafkan semua kesilapan dia?' Mia bertanya kepada hati kecilnya.
"Mia, you must know one thing" Mia melihat Haiqal sudah membetulkan kedudukannya.
Hati Mia mula berdebar.
Nafasnya di cari apabila reaksi muka suaminya mula bertukar serius.
"I would follow you to the ends of the world, just to watch the sunset in your eyes.
Everyday without fail!" Tangan suaminya memegang kepalanya dan mula mencium dahinya lama.
Dalam tak sedar ada satu perasaan halus mula bertapak dalam hati Mia.
' Ya Allah jika dia jodoh terbaik untukku, kuatkan hati kami untuk menempuh segala ujianMu'
Sumber:Internet