Gelap

Mia Qalisha 61

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 61

. Mia bangun dari pembaringannya.
Badannya berasa tidak selesa.
Kakinya terasa mencucuk-cucuk.
Dia mengusap perutnya perlahan.
Dia mengambil botol yang diletakkan bersebelahannya.
Kosong.
Mia mendengus kasar.
Marah pada dirinya sendiri kerana tidak cakna dengan hal kecil seperti itu.
Terasa malas mahu berjalan ke dapur namun tekak terasa sangat dahaga.
Mia berjalan malas menuju ke dapur sambil memegang botol ditangan.
Keadaan yang gelap membuatkan Mia menelan air liurnya.
Dia memeluk botolnya dan berjalan laju.
Fikiran hanya tertumpu kepada lokasi suis lampu, namun belum sampai di situ, dia terpijak kaki seseorang.
Susuk badan tersebut menghampirinya.
Mia menjerit kuat.
Kakinya sedia untuk berlari, namun badannya ditangkap dan dipeluk kuat.
Mia mengetuk kuat badan tersebut dengan botol ditangannya.
Berusaha untuk melepaskan dirinya.
Kelopak matanya sudah bertakung dengan air mata.
"Hey.
Hey.
What is wrong with you? Calm down!" Mia menghentikan pukulan di tubuh itu.
Badannya digoncang kuat oleh sang pemilik suara.
Dia membuka kelopak matanya perlahan.
Haiqal? Mia menghela nafas panjang.
Dia terjelepok jatuh ke lantai.
Tiba-tiba air mata Mia keluar mencurah-curah.
Tanpa berfikir panjang badan Haiqal dipeluk erat, melepaskan segala ketakutan dan keresahan yang bersarang dalam hatinya.
Haiqal membalas pelukan tersebut sambil mencium ubun-ubun kepalanya.
Jauh dalam sudut hatinya, perlakuan suaminya itu sedikit sebanyak memberi ketenangan dalam hatinya.
Lama mereka berpelukan.
"What's wrong? Kenapa turun bawah ni?" Mia mengangkat wajahnya,  tersedar dengan perlakuannya lalu dia mengambil keputusan untuk menjarakkan sedikit kedudukannya dengan lelaki di depannya.
Air matanya di kesat perlahan.
Malu.
"Saya dahaga.
Saya nak ambil air.
Ni botol saya dah kosong" Mia menunjukkan botol kosong ke arah Haiqal.
Dia memandang wajah suaminya.
Tidak pula dia bertanya mengapa suaminya di situ.
Sempat dia menoleh ke arah jam di dinding.
Jarum menunjukkan angka tiga pagi,  tapi mengapa suaminya masih di situ.
Tidak mengantukkah dia? Semua persoalan itu bermain-main di akal fikirannya.
Tidak dapat di jawab.
Dia melihat Haiqal menggeleng perlahan.
Suaminya mengeluh perlahan.
"Are you okay baby? Jari dah okay?" Mia hanya mengangguk.
Dia melihat suaminya ralit membelek jarinya yang berbalut itu dengan perlahan.
Muka lelaki itu tampak ikhlas.
"Malam ni saya teman awak tidur.
It's okay, we sleep at your room" Mia terpana.
Hilang untuk berkata-kata apabila Haiqal mula mengendongnya.
Mia terjerit kecil.
Mengapa lelaki ini terlampau baik dengannya? Apa yang merasuknya? "Haiqal.
Saya bolehlah nak jalan sendiri" Mia berkata perlahan, sedikit gugup.
Tidak semena-mena mulutnya menjadi mangsa ciuman si suami.
Mia terasa dirinya di awang-awangan.
Mukanya merah menahan malu.
Tangan Haiqal di tepuk perlahan tanda menyuruh suaminya meletakkannya ke lantai namun Haiqal hanya menghadiahkannya senyuman manis.
Mia hanya pasrah dengan sikap degil suaminya itu.
************************************ Telefon bimbit Mia berbunyi laugan azan menandakan waktu subuh telah masuk.
Mia mematikan laungan tersebut dan mengeliat kuat.
Mukanya menjadi merah apabila melihat Haiqal yang sedang terbaring kaku di sebelahnya.
Dada Haiqal berombak perlahan.
Muka suaminya diteliti dekat.
Tidak pernah seumur hidupnya memerhati mana-mana muka lelaki sedekat itu.
Dalam tidak sedar, jari Mia sudah membetulkan rambut Haiqal yang terjuntai ke depan.
Jantungnya berdegup kencang.
Dia menarik nafas panjang sambil memegang dadanya.
  Adakah dia sudah mula jatuh cinta kepada suaminya itu? Mia tidak menghiraukan perasaan yang mula bertamu dalam hatinya itu.
Layakkah wanita yang tidak punya harta apa-apa sepertinya berdampingan dengan lelaki sehebat suaminya itu.
Dia mengingatkan dirinya sendiri.
Tidak mahu menaruh harapan besar kepada sesuatu yang tidak pasti.
"Don't leave me darling" Mia mendengar suara Haiqal merengek.
Mia terjerit kecil apabila tubuhnya di bawa ke dalam dakapan kejap suaminya.
Mata suaminya masih tertutup namun dakapan itu dirasakan teramat kuat.
Mia mencari nafas apabila Haiqal sudah mula menggomol mulutnya rakus.
Ciuman suaminya yang mula bertapak di lehernya membuatkan Mia ketawa kegelian.
Suaminya sudah bangun dari pembaringan.
Tubuhnya pula di baringkan, namun sempat dia membisikkan sesuatu kepada lelaki itu, membuatkan Haiqal berhenti serta merta perbuatannya.
Suaminya mengeluh perlahan.
Melihat muka Haiqal yang kecewa membuatkan Mia tertawa kecil.
Dia bangun dari pembaringan dan mula melangkah ke tandas.
Kewajipan kepada Yang Satu masih tidak ditunaikan.
Jauh dalam sudut hatinya, dia sudah mula menerima lelaki yang menjadi suaminya itu.
Tanganya memegang dan membelai perutnya.
'Adik, patut ke ibu terima ayah?'
Sumber:Internet