Gelap

Mia Qalisha 63

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 63

. Mia menyanyi kecil sambil mengacau sup tulangnya.
Dia sangat teruja menanti ketibaan Aini ke terataknya.
Lama sungguh dia tidak berborak panjang dengan sahabatnya itu.
Hanya sesekali sahaja dia menelefon dan berbalas mesej ringkas bersama Aini.
Dia tahu Aini sedang sibuk menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinannya.
Mak Ton ke belakang rumah, mengutip sayur-sayur segar yang di tanamnya untuk di buat ulam.
Banyak masakan yang dipelajari dari orang tua itu.
Air tangan Mak Ton memang sangat mengiurkan.
Kata Mak Ton, dulu dia mempunyai kedai kecil menjual masakan panas di tepi jalan menuju ke rumah Dato' Shariff.
Datin Aini selalu singgah di kedainya membeli lauk-pauk.
Kadang-kadang singgah makan di situ bersama Dato' Shariff.
Namun apa yang membuatkannya sebak,  kedainya tidak dapat diselamatkan dalam kejadian kebakaran dua puluh tahu lalu, jadi dengan besar hati, bapa mertuanya mengambil Mak Ton bekerja sebagai pembantu rumah di rumahnya.
Mak Ton dan Pak Usop adalah suami isteri.
Pak Usop jarang ke sini.
Dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah Dato' Shariff, menolong apa yang patut di sana.
Kata Mak Ton, suaminya seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap dan sangat patuh dengan segala arahan majikannya.
Mia teringatkan kejadian beberapa bulan yang lepas.
Lelaki tua  itu tidak lain tidak bukan adalah Pak Usop, lelaki yang di ceritakan oleh Mak Ton.
Mia membatu.
'Patutlah dia tak tolong aku' Mak Ton banyak bercerita kepadanya tentang kebaikan keluarga mentuanya.
Bapa mertuanya banyak menolong Mak Ton sekeluarga dari segala segi.
Katanya orang berbudi, kita membalas.
Jadi sekarang Mak Ton dan suaminya menjadi orang kepercayaan Dato' Shariff sekeluarga.
Telefon bimbit di sebelah Mia berbunyi mematikan lamuna panjangnya.
Aini! Mia tersenyum dan mengangkat panggilan tersebut.
*****************************"******"Masuklah Aini" Muka Mia bercahaya.
Dia memeluk sahabatnya itu lama.
Azman di sebelah Aini dihadiahkan senyuman sambil mesra dijemput masuk.
"Azman duduk dulu ya.
Saya pinjam tunang awak sekejap" Azman tergelak kecil sambil menggangguk.
Dia duduk di atas sofa dan matanya ralit memandang televisyen di depannya.
Sempat melihat jam di tangannya.
Masih awal, baru jam sebelas setengah pagi.
"Nasib baik kau datang awal.
Kau breakfast dah?" Aini mengangguk.
Kakinya berjalan laju ke arah sup yang sedang mereneh di atas dapur.
Mukanya bercahaya.
"Wahh sedapnya bau.
Kau sengaja kan nak hancurkan diet akukan!" Aini mencubit lengan Mia.
Mia tergelak kuat.
Mereka berbual kosong sambil tangan masing-masing lincah membuat kerja.
"Ha Mak Ton.
Ni Aini" Mia sudah berada di sebelah Mak Ton.
Mak Ton yang terpinga-pinga tergelak kecil.
Aini juga ikut tergelak.
"Aku kenal Mak Ton lama dari kau tau! Hello mak bunting, kau tak ingat ke aku kerja dengan Datin Aina, mestilah aku kenal Mak Tom.
Ish dia ni" Tangan Mak Ton di salam.
Mia tergelak kuat.
Lupa.
"Mak Ton.
Kami ke taman sekejap ye.
Nak membawang" Aini tergelak.
Mak Ton tersenyum.
"Mia dengan Aini dah siap masak semua dah.
Nanti Mak Ton rasa.
Kalau tak sedap Mak Ton taruk lah kasih sayang bagi sedap" Mak Ton tergelak.
Tangannya bersedia untuk mencubit Mia.
Mia tergelak dan melarikan diri bersama Aini ke taman.
************************************"Kau macam mana sekarang?" Aini memulakan perbualan mereka.
Mata mereka bertembung.
Muka Mia tampak gembira.
Aini nampak anak mata Mia bersinar seperti mana dia bersama arwah abangnya dulu.
Mia tersenyum lebar.
"Alhamdulillah.
Semua okay.
Allah bagi aku lelaki yang terbaik untuk jaga aku dan anak aku" Mia memegang tangan Aini.
Dia menghela nafas.
"Kau tahu, setiap hari Haiqal manjakan aku.
Tanya aku nak makan apa.
Tak bagi aku buat itu ini.
Setiap malam sebelum tidur dia akan cakap dia cintakan aku.
Aku happy sangat Aini" Aini turut sama tersenyum.
Gembira dengan hidup kawannya yang sekarang.
"Haiqal banyak tolong aku dalam rumah ni.
Maybe Allah nak bagi kesusahan dulu dalam hidup aku kan Aini" Mia menyambung.
Mukanya masih tersenyum.
Mungkin teruja dengan kehidupannya yang sekarang.
"Aku cintakan suami aku.
Cinta dengan seluruh hati aku Aini.
Aku terlampau sayangkan dia.
Aku dah lama maafkan semua salah silap dia, salah ke aku buat macam tu?" Mia bertanya perlahan.
Aini hanya menggeleng.
"Cinta itu anugerah Allah kepada hambaNya.
Jangan takut, jika dia yang terbaik untuk kau, Allah akan dekatkan, dan jika sebaliknya Allah akan selesaikan dengan caraNya" Mia memeluk Aini.
'Moga Haiqal adalah jodoh terbaik untuk kau Mia'.
Aini dan Mia banyak berbual kosong tentang kehidupan masing-masing sehingga terdengar suara memberi salam dari luar.
Mama dan papa!
Sumber:Internet