. Mia berteleku di atas tikar sejadahnya lama.
Hanya dari situlah kekuatannya dapat diperolehi.
Air matanya tidak henti-henti keluar apabila ayat-ayat al-Quran meluncur laju dari mulutnya.
Pedih hatinya hanya Allah yang tahu.
Remuk hatinya mengenangkan gambar yang di terimanya semalam.
Suaminya memegang dan mencium tangan seorang wanita.
Mereka nampak begitu mesra apabila Haiqal memeluk belakang badan wanita itu.
Suaminya berbaju putih sepadan dengan baju wanita itu.
Tak dinafikan kecantikan luar biasa wanita di sebelah suaminya itu, sungguh elegan dan bergaya.
Sungguh jauh berbeza dengan penampilan dirinya.
Air mata Mia jatuh untuk kesekian kalinya.
Mia menoleh ke dinding.
Jam menunjukkan angka sepuluh pagi, namun keadaan di luar sangat gelap.
Kedengaran petir sudah sambar menyambar di luar.
Dia menutup mata.
Perutnya di pegang.
Esakannya semakin panjang.
'Ya Allah, apa yang patut aku lakukan' Mia menoleh ke belakang apabila mendengar derapan kaki seseorang.
Rindu di hatinya sedikit hilang melihat muka di depannya.
Air matanya dilap lembut.
Mia melipat sejadah dan telekungnya lalu berjalan perlahan ke arah suaminya.
Muka suaminya sedikit tegang.
Mendengar dengusan kuat dari mulut Haiqal membuatkan Mia sedikit takut untuk mendekati suaminya itu.
'Apa yang terjadi?' "Abang dah balik" Mia memberanikan diri untuk menghulurkan tangannya kepada Haiqal, namun tidak bersambut.
Hatinya terguris, namun ditepis jauh rasa itu supaya tidak berlaku pertengkaran.
Mungkin suaminya letih dengan kerja yang banyak.
Mia cuba untuk membuka tali leher suaminya seperti biasa, namun ditepis kuat.
Mia terpana.
Matanya mula berkaca.
Gambar di telefonnya tiba-tiba bermain di benak fikirannya.
Dia beristigfar panjang.
Tidak mahu mengingatinya lagi.
"Mia ada masakkan abang ikan patin masak tempoyak.
Mak Ton cakap abang suka ikan patin.
Ini first try tau.
Nanti kita makan sama-sama okay" Mia cuba mencari sedikit perhatian suaminya.
Tangannya lincah mengemas pakaian suaminya.
Haiqal di belakangnya masih tidak berkutik.
Mia sedikit terasa dengan perubahan drastik suaminya itu.
Dia menoleh.
Melihat Haiqal sudah terbaring di atas katil dengan mata yang tertutup membuatkan Mia berlalu dari bilik itu.
Hatinya pedih.
Air mata mula jatuh ke pipi.
Dia menekup mulutnya agar tidak di dengari suaminya.
************************************ "Oh kau dah tahu? Baguslah kalau kau dah tahu" Haiqal menengking wanita di depannya.
Hatinya panas.
Telefon wanita itu lantas di ambil di campak ke dinding, berderai.
Melihat Mia menangis di depannya membuatkan hatinya menjadi semakin baran.
Tangan wanita itu di sambar dan di bawa ke cermin.
Rambut Mia di cengkam ke belakang.
"Kau tengok muka kau.
Tengok!" Mia membuka matanya apabila Haiqal menjerkahnya kuat.
"Layak ke kau nak jadi isteri aku?" Esakan Mia semakin menjadi-jadi.
Tengkingan itu membuatkan dia takut, mengingatkannya kembali kepada kisah silamnya yang gelap.
Remuk sungguh hatinya dengan perlakuan suaminya terhadapnya.
Tangan Haiqal masih menarik rambutnya.
"Abang, Mia mengadu lembut, tangisannya menggambarkan betapa sakitnya dia pada masa itu.
Bukan saja di kepala, namun di hatinya juga.
Suara Mia bergetar kuat.
Hina sungguh diperlakukan seperti itu.
"Don't you dare called me abang! Mak Ton tak ada kan? So don't be rude to call me like that.
It's disgusting!" Haiqal menghentakkan tangannya ke dinding.
Rambut Mia dilepaskkan.
Mia terjelepok jatuh ke lantai.
Dia memejamkan mata, takut untuk memandang suaminya itu.
'Mak Ton? Apa kena mengena dengan Mak Ton?' "Abang, Mia minta maaf kalau ada apa apa yang buat abang marah" Mia mengesotkan dirinya ke arah Haiqal.
Suaranya perlahan, ada getaran di akhir ayatnya.
Tangannya memegang kaki suaminya itu.
Seakan memohon belas ihsan Haiqal.
Haiqal memandang tajam wanita di depannya itu.
Dia berang.
Hatinya membengkak.
Baru dua bulan lepas dia berbaik dengan kekasih hatinya, Adella Uqasha.
Namun semuanya berakhir kerana papanya, dan papanya jadi begitu kerana wanita di depannya itu.
Dia mendengus kasar Akalnya sudah dikawal syaitan.
Akibat marah menguasai dirinya, Haiqal mengangkat kaki dan menendang Mia dengan sekuat hatinya.
Jijik melihat wanita itu apatah lagi bila disentuh.
Hatinya sakit.
Jiwanya terbakar.
Egonya tercabar.
Mia menjerit kesakitan apabila kaki suaminya sudah mendarat di tubuhnya berkali-kali.
Tangan ibu muda itu memegang perutnya supaya tidak dijadikan mangsa sepakan Haiqal.
Air mata Mia makin deras.
Pedih di hati tidak dapat di tanggung lagi.
Perutnya senak apabila salah satu tendangan mengenai perutnya.
Mia menangis dan menjerit supaya dikasihani namun semuanya sia-sia.
Dia sedaya upaya mencuba untuk bangun, namun suaminya lebih pantas menarik rambutnya.
Esakan Mia semakin panjang kedengaran.
Badannya sakit.
"Dengar sini bodoh!" Haiqal sudah berada di belakang Mia, menarik rambut wanita itu.
"Disebabkan kaulah, papa suruh Uqasha jauhkan diri dari aku!" Haiqal semakin berang.
Muka Mia diludah.
Kepala Mia ditunjal-tunjal.
Esakan Mia makin panjang.
'Ya Allah' "Kau memang tak sedar diri kan? Aku bagi kau menumpang rumah aku, kau ingat kau boleh jadi 'mem' besar dalam rumah ni?" Mia terpana.
Apa maksud suaminya? Dia keliru.
Dia mengelap perlahan air liur suaminya yang masih bersisa dengan bajunya.
Dia kuatkan hatinya.
Tidak kisah dengan wanita yang disebut suaminya itu.
Rumah tangganya harus diselamatkan.
Dalam keadaan perutnya yang masih sakit, Mia gagahkan dirinya untuk bangun berjalan ke arah Haiqal.
Hujan, ribut dan petir diluar seolah-olah tahu keadaan dalam hatinya.
'Kuatkan hatiku Ya Allah' "Abang, maafkan Mia jika Mia tak sempurna seperti yang abang mahukan.
Mia tahu Mia bukanlah isteri terbaik untuk abang tapi bagilah Mia menumpang kasih sayang abang" Mia mula melutut di depan suaminya.
Suaranya tersekat-sekat.
Masih mengharapkan secebis kasih sayang suaminya.
Mia bagaikan tidak percaya, kebahagian yang baru dibina sudah terkubur dalam hati lelaki itu.
Dengan sekelip mata! Haiqal tergelak kecil.
Seperti dibuat-buat.
Mukanya merah menahan marah.
Sanggup papanya memisahkannya dengan Uqasha semata-mata untuk menjaga hati wanita ini.
Apa hebatnya Mia sampai Dato' Shariff sanggup mengenepikan bahagianya? Dia telah sedaya upaya menunaikan hasrat papanya untuk melayan Mia seperti yang di pinta papanya, namun Dato' Shariff tetap memungkiri janjinya.
Haiqal mendengus kasar.
'Kau nak lawan dengan aku? Okay let's do this' "Kau tak tahu ke? Mak Ton duduk sini sebab apa?" Haiqal sudah mencangkung.
Suaranya sedikit mengendur.
Dia mencari anak mata wanita di depannya itu.
Mia turut sama memandang wajah yang di rinduinya itu.
Mahu sahaja dia memeluk tubuh Haiqal, namun dipadam hasratnya.
"Mak Ton tu bodoh.
Sama bodoh macam kau! Papa aku bapak segala bodoh suruh Mak Ton tu jadi pengintip dalam rumah ni.
Dua-dua tua tapi dua-dua tak ada otak! Buat kerja bodoh lagi!" Haiqal menengking membuatkan Mia mengundur sedikit dari tubuh Haiqal.
Mia memegang perutnya apabila perutnya makin sakit.
Air matanya masih tidak ada ura-ura untuk berhenti.
Tiba-tiba perutnya terasa ngilu.
Sakit mencengkam.
"Abang, tolong Mia.
Perut Mia sakit" Haiqal memandang kosong Mia yang sedang berkerut menahan sakit.
Dalam diam dia bersorak.
Hatinya sakit apabila mengenagkan percutiannya bersama Uqasha dibatalkan papanya.
Sakit lagi hatinya apabila Dato' Shariff sendiri yang berjumpa dengan wanita kesayangannya itu meminta untuk melepaskannya hanya kerana wanita di depannya ini.
Haiqal masih diam membisu memandang Mia.
Mia mengerutkan dahinya.
Sakit dalam perutnya mencucuk-cucuk.
Dia memanggil Haiqal kuat.
Tidak sanggup lagi untuk menahan sakit itu.
'Ya Allah selamatkan anakku' Haiqal tergelak kuat.
Dia melangkah laju ke arah Mia dan memegang tangan wanita itu lalu mengheret tubuh kecil itu menuju ke luar rumah.
Hatinya bersorak gembira mendengar tangisan kesakitan dari mulut wanita di depannya.
Hatinya bertambah puas melihat Mia yang cuba menggapainya.
Mia menjerit minta simpati suaminya supaya tidak memperlakukannya sebegitu.
Demi Allah, dia malu dengan perlakuan Haiqal kepadanya.
Tidak adakah rasa belas kasihan suaminya kepadanya? Perut Mia semakin mencucuk.
Dia sudah tidak berdaya lagi untuk melawan.
Badannya sudah ditimpa hujan yang mencurah-curah turun ke bumi.
Melihat suaminya yang meninggalkannya berseorangan di luar pagar rumah, meyakinkannya bahawa cinta suaminya bukan untuknya lagi.
Dia teresak panjang dalam hujan lebat yang mencurah.
Semakin lama semakin kelam pandangannya.
'Ya Allah tidak pantaskah aku untuk merasai hanya sedikit kebahagiaan dalam hidupku?'
Sumber:Internet