Gelap

Mia Qalisha 70

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 70

. Datin Aina mengesat lembut air mata yang mengalir di pipinya.
Dia memandang suaminya yang sedang kusyuk membaca Yassin di tepinya.
Tenang sahaja bacaannya.
Datin Aina menutup Yassin yang di pegang, baru selesai menghabiskan ayat terakhir.
Botol air dalam begnya diambil lalu di curahkan ke atas pusara di depannya.
Tanah masih merah menandakan arwah baru sahaja meninggalkan mereka.
Air matanya jatuh untuk kesekian kalinya.
'Walaupun Mawar belum sempat rasa kasih sayang sesiapa dekat dunia ni, tapi nenek sayang Mawar sangat-sangat.
Sayang sangat-sangat.
Rehatlah sayang.
Nanti kita jumpa di syurga ya sayang' Mawar Qistina Binti Haiqal Syafiq.
Kelahirannya tidak cukup bulan namun dianugerahkan tubuh badan yang cukup sifatnya.
Kata doktor, Mawar adalah bayi yang kuat semangatnya kerana dapat bertahan walau hanya sehari setengah.
Mia sudah lama berhasrat untuk memanggil anaknya dengan panggilan Mawar, cantik dipandang namun berbisa jika dipegang.
Dato' Shariff menutup Yassinnya.
Dia menyambut air botol yang hulur isterinya.
Dengan lafas bismillah dia menjirus pusara itu sambil menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada cucunya.
Susah untuk dia menerima kenyataan pahit ini, namun inilah suratan takdir yang telah tersurat kepada dia sekeluarga.
Mungkin ini adalah peringatan awal kepada hambaNya bahawa Allah berkuasa untuk menarik nyawa hambaNya pada bila-bila masa sahaja.
Dato' Shariff menarik nafas panjang.
Dia membetulkan bunga yang tertanam di atas pusara itu.
  "Mawar,Tok Wan dengan nenek nak balik dah.
Nanti kami jenguk Mawar lagi ya" Kata-kata ringkas Dato Shariff mengundang tangisan isterinya.
Dia menggengam tangan isterinya kuat, memberikan sisa-sisa kekuatan yang ada.
************************************ "Laa mama dengan papa ada dekat sini ke.
Lama dah ke sampai?" Mia menghadiahkan senyuman kepada orang tua dia hadapannya.
Melihat muka Datin Aina merah, tahulah dia bahawa ibu mertuanya sudah lama di situ.
Datin Aina melemparkan kembali senyuman kepada Mia.
"Dah lama juga kami di sini.
Mia seorang ke? Mana Aini?" Dato' Shariff meminta diri untuk ke kereta, meninggalkan isterinya berborak dengan Mia.
"Aini dekat rumah.
Tadi Mia tanya, mana mama dengan papa.
Tak nampak dari tadi.
Dekat sini rupanya" Mia tergelak kecil.
Datin Aina tersenyum sambil tangannya lincah membentang semula tikar yang berada ditangannya.
"Eh tak apa mama, Mia ada bawa tikar ni" Datin Aina hanya menggeleng.
Mia hanya membiarkan perlakuan Datin Aina.
Dia memeluk bahu ibu mertuanya sambil jalan beriringan ke kereta.
"Tak apa ke Mia seorang dekat sini? Nak mama temankan? Mama suruh papa balik dulu okay?" Mia menggeleng.
Dia mahukan masa bersama anaknya, bukan menghalau ibu mertuanya, namun dia benar-benar inginkan masanya bersendirian.
Datin Aina mengganguk, faham dengan kehendak ibu muda itu.
Sebelum balik sempat dia berpesan banyak kepada menantunya itu.
Mia hanya tergelak dengan telatah wanita tua itu.
************************************ "Anak ibu, esok Mak Su Aini dah nak kahwin.
Tak sempat anak ibu nak main dengan mak su kan" Mia mengalirkan air matanya.
Yassin masih di tangan.
"Dah sebulan Mawar pergi tinggalkan ibu.
Ibu redha sayang.
Pergilah, tunggu ibu dekat sana ya" Air mata Mia di kesat.
Tangannya meraba sesuatu dalam beg tangannya.
"Cantikkan baju ni sayang? Ibu belikan untuk Mawar sebab nak Mawar pakai sedondon dengan ibu waktu Mak Su Aini nikah nanti" Tangisannya dilepaskan, tidak mahu di tahan lagi.
Rindu di dada tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
"Tengok kasut ni.
Comel betul.
Pak Su Azman dengan mak su beli awal-awal dulu masa dapat tahu anak ibu ni perempuan.
Excited sangat ibu masa tu sayang" Kasut kecil itu digenggam dan dicium lama.
Tangisan Mia menjadi esakan yang panjang.
"Rindunya ibu dekat Mawar" Baju anaknya diambil dan dicium untuk kesekian kalinya.
Terlampau rindu wangian anaknya.
"Mawar nak tahu? Doktor cakap anak ibu ni kuat.
Walaupun sayang lahir tak cukup bulan, tapi sehari setengah tu betul-betul buat ibu rasa hilang semua masalah yang ibu tanggung.
Mawar anak yang baik" Esakkannya makin menjadi-jadi.
Air mata ditepis kuat.
"Masa ibu pegang Mawar masa mula-mula tu, ibu rasa ibulah wanita paling bertuah dapat lahirkan Mawar" Mia tersenyum dalam tangisannya.
Teringatkan kenangan manis memegang anaknya.
  "Walaupun sekejap Allah pinjamkan rasa bahagia tu, tapi ibu bersyukur sangat-sangat sayang.
Terima kasih anak ibu" Mia menghela nafas panjang.
Dia sempat menjirus pusara anaknya sebelum pulang ke rumah.
'Pergilah anakku, ibu redha dengan semua yang terjadi.
Pergilah'
Sumber:Internet