Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 71

. Mata Aini melilau melihat sekeliling rumah.
Sekumpulan kanak-kanak berlari berkejaran di tepi rumahnya.
Gembira sungguh mereka.
Ainiย  tersenyum puas melihat beberapa khemah yang sudah dihias dengan bunga-bunga berwarna hijau telah siap dipasang di depan rumahnya.
Dia berjalan perlahan ke belakang rumah.
Riuh rendah dengan suara jiran tetangga yang datang menolong.
Masing-masing sedang kalut dengan kerja mereka.
Matanya masih tidak melihat wajah yang di cari.
'Mana pula Mia ni?' Aini melangkah masuk ke rumah.
Pelamin yang terpampang di depan matanya sedikit sebanyak membuatkan hatinya sangat terharu dan bangga dengan hasil karya kakak iparnya itu.
Kinah mempunyai butik perkahwinannya sendiri.
Sudah tiga tahun dia berjinak-jinak dalam bidang itu.
Dia mula jatuh cinta dengan bidang itu apabila dia berada di butik Datin Aina.
Kadang-kadang dia akan turun ke Kuala Lumpur untuk belajar lebih banyak dengan sifunya itu.
Mereka serasi kerja bersama.
Oleh kerana dorongan Datin Aina yang kuat, Kinah mengambil keputusan untuk membuka butiknya sendiri.
Mata Aini masih melilau mencari sahabatnya itu.
Pelik! Sekelip mata sahaja kelibat sahabatnya itu menghilang.
Dia melihat Datin Aina bersama ibu Azman dan beberapa saudara Azman yang lain sedang berborak kosong sambil tangan mereka lincah memasukkan barang-barang ke dalam beg kertas di hadapan mereka untuk dijadikan buah. tangan kepada tetamu yang hadir untuk majlis esok hari.
"Datin nampak Mia?" Datin Aina memegang dadanya tanda terkejut dengan sentuhan dibahunya.
Dia beristigfar panjang.
Muka Aini sudah kebingungan.
Dia tersenyum serba salah.
"Kamu ni Aini.
Kus semangat sayalah" Tangan Aini di tampar perlahan.
Mereka tergelak.
Datin Aina menghela nafas panjang.
Jantungnya masih berdebar kuat dengan sentuhan Aini sebentar tadi.
"Mia pergi kubur Mawar tadi, kejap lagi balik lah tu.
Kenapa Aini?" Matanya memandang Aini disebelah.
Aini menggelengkan kepalanya perlahan sebelum meminta diri untuk masuk ke biliknya.
************************************ Mia memakir kereta Aini di bawah pokok manggis yang berada tidak jauh dari rumahnya.
Dia mengambil bedak yang berada di dalam beg tangannya dan ditepek sedikit di bawah matanya supaya tidak terlalu jelas kelihatan mukanya yang sembab.
Dia mengenakan sedikit gincu untuk menaikkan sedikit seri mukanya.
Hati Aini harus di jaga kerana esok adalah hari bahagia sahabatnya itu.
Semuanya harus berjalan lancar dan sempurna.
Mia menarik nafas panjang sebelum melangkah perlahan menuju ke rumahnya.
"Mia" Kedengaran suara lembut seseorang dari belakangnya.
Dia kenal suara itu.
Mia menoleh laju.
Senyumannya terukir.
'Mak Ton!' "Mak Ton.
Ya Allah, lamanya tak jumpa Mak Ton" Badan wanita tua itu sudah dipeluk erat.
Mak Ton sudah menangis teresak-esak dalam pelukan Mia.
Mia terkejut.
"Mia.
Mak Ton minta maaf sayang.
Mak Ton tak jaga Mia dengan baik.
Mak Ton abaikan Mia lama dekat rumah tu dengan Haiqal" Mia sudah menitiskan air matanya.
Tidak sangka hal itu menjadi punca wanita tua di depannya itu menangis.
Anak mata Mak Ton di cari.
Mia menggeleng kepalanya supaya berhenti menangis.
Air mata wanita tua itu diseka dengan tisu di tangan Mia.
Jauh dalam sudut hatinya, perit apabila mendengar nama lelaki itu disebut.
"Shhh- dah lah Mak Ton.
Anak Mia dah selamat dikebumikan dah.
Mia dah redha dengan semua ni" Mak Ton memeluk erat Mia.
Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia melutut di depan Mia, namun memikirkan keadaan sekeliling yang tidak mengizinkan, dia membatalkan niatnya.
Muka Mia dicium lembut.
Rindu sungguh kepada ibu muda itu.
Hatinya berdarah apabila mendapat tahu tentang pemergian anak yang dikandung Mia.
Sungguh pedih untuk menerima segala takdir ini.
Dalam hatinya asyik menyalahkan diri sendiri kerana berada jauh dari Mia.
"Jom Mak Ton, kita masuk dalam.
Rasanya dah siap masak tu.
Dah nak dekat pukul satu ni" Mia berkata perlahan.
Lelaki di tepi Mak Ton mendehem perlahan.
Mak Ton ketawa bila teringatkan anaknya itu.
Mia memandang ke arah suara itu.
Dia menggerutkan mukanya.
Muka lelaki itu sangat familiar dalam kepalanya.
Mia mengerahkan otaknya untuk berfikir.
"Mia, ni anak teruna Mak Ton.
Budak bertuah ni nama dia Hafiz Qayyum" Tangan Mak Ton mendarat di atas bahu lelaki itu, sambil menepuk manja bahu anaknya.
Mia menghadiahkan senyuman manis kepada lelaki di depannya, namun kepalanya masih kuat mengerah otaknya supaya berfikir, siapakah gerangan lelaki di hadapannya itu.
"Hafiz cakap dia kenal Mia.
Kawanย  satu kolej dengan Mia dulu masa dekat Perlis" Mia menepuk dahinya.
Dia tertawa kuat.
Ya! Baru dia teringat.
Lelaki ini adalah rakan satu kelas dengannya dahulu.
"Ya Allah, Mia hampir lupa.
Hafiz! Lama tak jumpa kan" Hafiz ketawa kecil, menghilangkan debar di dada.
Dia hanya menganggukkan kepalanya.
Sambil berjalan menuju ke rumahnya, mereka berborak kosong sambil bergelak mesra.
Banyak yang mereka bualkan.
Dari kejauhan ada sepasang mata sedang tajam memerhatikan perbuatan mereka.

Sumber:Internet