Gelap

Mia Qalisha 72

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 72

. "Assalamualaikum" Datin Aina tersentak.
Dia kenal suara itu.
Suara yang paling di rinduinya.
Dia bingkas bangun dari tempat duduknya, menerkam ke arah suara tersebut.
"Ya Allah Haiqal!" Mata Datin Aina berkaca.
Dia menerpa ke arah Haiqal dan memeluk kuat badan anaknya.
Tangannya menggigil kerana terkejut dengan kehadiran Haiqal di situ.
  Sudah sebulan lebih anaknya itu menghilangkan diri, tidak langsung memberitahu atau meninggalkan sebarang pesan kepadanya.
Bibirnya tidak lepas dengan ucapan syukur yang tidak terhingga.
Datin Aina terkejut melihat bekas tunang anaknya, Uqasha sedang berdiri di sebelah Haiqal.
Wanita itu tersenyum manis ke arahnya dan tangannya di raih perlahan sebelum dicium.
Hatinya berdegup kencang.
Datin Aina memadang Uqasha pelik.
  'Apa sebenarnya yang sedang berlaku?' "Ma, Haiqal minta maaf sebab dah lama tak call mama" Pandangan Datin Aina sudah berkalih ke arah anaknya.
Tanganya dicium perlahan.
Banyak persoalan yang sedang bermain dalam fikiran wanita tua itu.
Rambut Haiqal diramas lembut.
Air matanya tumpah diwajah tuanya.
Teringatkan cucunya yang dikebumikan tanpa ayahnya di sisi.
Dia memang marahkan Haiqal, namun dia tahu anaknya ada alasan dan sebab yang tersendiri.
Dia menarik nafas panjang, cuba menenagkan hatinya.
"Jom masuk Haiqal, Uqasha.
Kita makan dulu.
Lauk semua dah siap tu" Haiqal mengangguk.
Uqasha hanya membuntuti kekasihnya ke dalam rumah.
Kepalanya digaru.
Panas dengan keadaan dalam rumah tersebut.
Panas lagi dengan selendang yang berada diatas kepalanya.
Dia mendengus kasar.
Baju kurung yang tersarung dibadannya dikibas perlahan supaya masuk sedikit angin ke dalam baju itu.
Tangannya lincah mengelap dahinya yang mula berpeluh.
'Eiii panasnya.
Menyesal aku ikut dia ni' Sesampai di dapur, keadaan hingar bingar dengan suara orang bergelak sakan.
Haiqal kenal suara itu.
Jauh dalam sudut hatinya, dia rindukan suara itu.
Namun ditepis kuat perasaan itu.
Tidak! Dia sayangkan Uqasha.
Kekasih disisinya itu adalah cinta sejatinya.
Dia menggeleng laju menghalau perasaan itu.
Wajahnya diraup, mencari sedikit nafas supaya lebih selesa.
Ego! "Mia" Mia yang sedang mengacau air menoleh perlahan ke arah suara ibu mertuanya.
Senyumannya tiba-tiba mati.
Tangannya menggigil.
Dia menarik nafas panjang, tidak mahu menjadikan lelaki di depannya itu asbab kemurungan untuknya.
Melihat wanita di sebelah suaminya membuatkan hatinya seratus peratus yakin bahawa Haiqal memang sudah membuangnya dari hidup suaminya itu.
Dengan payah dia cuba untuk mengukir senyuman manis.
Air ditangan di bawa dan diletakkan di atas meja.
Dia sudah redha dengan semua itu sejak pemergian anaknya.
"Eh mama, duduk lah.
Kita makan sama-sama" Mia melemparkan senyuman kepada ibu mertuanya, tidak mengendahkan pandangan tajam Haiqal.
Tangan Mia lincah menyenduk nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Hafiz.
Mereka berborak kosong.
"Mama pergi cari papa sekejap.
Mana pula orang tua ni, tadi kata lapar sangat.
Makan lah dulu ya semua" Sebelum keluar, Datin Aina sempat berpesan bahawa Aini mencarinya.
Mia hanya mengganguk.
Haiqal memandang Mia dengan pandangan tajam.
Sedikit sebanyak dia terpana dengan wanita yang berada di hadapannya itu.
Sangat cantik dengan mata sepetnya itu.
Penampilannya dengan hanya berpakaian ringkas berbaju kebaya labuh berwarna merah hati dipadankan dengan selendang putih, wajah wanita tampak begitu berseri.
Wajah Mia hanya dioles dengan gincu tipis, namun kenapa begitu cantik di matanya? Mata Haiqal memandang perut Mia yang sudah mengempis.
Ya! Dia sudah sedia maklum bahawa Mia sudah keguguran, namun dia enggan pergi semasa pengebumian anaknya.
Tidak akan sesekali dia menjejakkan kaki ke tanah perkuburan itu.
Tidak akan dan tidak mungkin! Jijik untuk melihat bayi itu apatah lagi memegangnya.
Tidak dinafikan, beban dalam hatinya sedikit sebanyak sudah terlepas, namun dia pelik mengapa hidupnya masih tidak berasa tenang? Haiqal mengeluh dan mengambil tempat disebelah Mia.
Uqasha mendengus kuat, tanda cemburu namun disabarkan sahaja hatinya.
'Boleh tahan cantik juga bini kau kan Haiqal'  "Mak Ton makan lah dulu ya.
Mia nak panggil Aini sekejap" Mia bingkas bangun melihat Uqasha yang tidak berkerusi.
Mak Ton mengganguk perlahan.
Mak Ton tidak mengendahkan pasangan yang berada di depannya.
Terasa benci dengan lelaki muda di depannya itu.
Dia mula berborak kecil dengan anaknya.
Haiqal memandang Mia tidak berkelip.
Dia mula bangun meninggalkan Uqasha berseorangan di meja makan, berjalan laju mengejar Mia yang sudah berlalu pergi.
'Kau boleh buat sombong dengan aku Mia.
Siap boleh berbual mesra depan aku dengan jantan lain? Kau sabar'
Sumber:Internet