. "Astagfirullahalazim" Mia mengucap panjang apabila tangannya sudah ditarik oleh suaminya untuk masuk ke bilik mereka.
Mia cuba untuk melepaskan diri namun tangan sasa lelaki itu tetap kemas memegang lengannya.
"Awak nak apa!" Mia berkata sedikit kasar, namun masih dikawal suaranya.
Lengannya digosok lembut, sakit akibat pegangan kemas itu.
Dia mendengus kuat lalu kakinya mula bergegas mengatur langkah untuk pergi dari bilik itu.
Dalam kekalutan itu, Mia terpijak bantal yang berada di tepi katil menyebabkn dia hilang imbangan tetapi sempat disambut oleh Haiqal.
Kepala mereka bertembung, mereka mengaduh.
Mia melihat lelaki di depannya itu mula tersenyum sinis.
Mia mula cemas apabila tangan Haiqal sudah menjalar di belakangnya.
Haiqal pantas membawa badan kecil Mia ke dalam pelukan kemas.
Mia mencari nafas, terseksa dalam pelukan suaminya itu.
Dia memukul kuat badan Haiqal, masih sama, tidak berkutik dalam keadaan begitu.
Haiqal ketawa kecil.
Dia membiarkan wanita itu memukulnya, masih tidak puas untuk mengusik wanita itu.
Sengaja! "I you miss you sayang" Haiqal berbisik perlahan di tepi telinga Mia, membuatkan Mia terkedu.
Matanya berkaca.
Mia menghentikan perbuatannya.
Dia menarik nafas panjang.
Dia harus sedar.
Itu hanyalah helah lelaki itu sahaja.
Tipulah jika dia menyatakan dia tidak merindui suaminya itu.
Namun hatinya sudah kosong.
Kosong dengan kasih sayang yang dahulunya penuh di dada.
Tidak lagi berdaya untuk menahan segala rasa sakit itu lagi.
Biarlah takdir yang menentukan semua.
"Aku tak suka kau layan lelaki tadi tu.
Kau kena ingat, kau tu bini orang lagi!" Haiqal sudah mula memandang anak matanya.
Mia menghadiahkan senyuman sinis.
Hatinya sakit! Haiqal memandangnya dengan pandangan pelik.
Mia menolak tubuh lelaki itu dengan sekuat hati.
Sempat dia menghadiahkan tendangan kuat dikangkang lelaki itu.
Haiqal terduduk.
Mukanya merah menahan seribu kesakitan.
"Jangan ingat awak boleh tindas orang sesuka hati!" Tudungnya dirapikan dan dia mula melangkah laju keluar dari bilik itu, tidak mengendahkan panggilan yang dilaungkan oleh Haiqal.
Mia tersenyum puas.
Ya! Dia puas.
************************************ "Hai sayang, jom kita makan" Mia mengajuk suara Azman dan berbisik perlahan di telinga Aini.
Aini memegang dadanya, terkejut dengan bisikan itu.
Aini memukul kuat lengan Mia, lalu mereka tertawa.
"Kau ni kan! Suka sangat buat macam tu" Aini mencebikkan mulutnya.
Dia mula duduk di birai katilnya.
Mia membuntuti sahabatnya.
Muka Aini tampak sedang gelisah.
Mia memadang sekeliling.
Bilik itu di hias dengan kain berwarna putih digabungkan dengan bunga-bunga kecil berwarna hijau.
Cantik dan selesa dipandang apabila melihat susunan perabot yang minimal.
Hantaran yang sudah siap dihias diletakkan di atas lantai berdekatan dengan katil Aini.
"Wah cantiknya bilik kau.
Ni kalau Azman masuk ni, comfirm habislah kau!" Aini membulatkan matanya.
Tangan Mia dicubit.
Mia tergelak besar melihat muka Aini berubah merah.
Sengaja dia berkata begitu untuk menyedapkan hati sahabatnya itu.
Dia tahu Aini sedang khuatir saat-saat akhir untuk mengakhiri zaman bujangnya.
Aini masih dengan muka gelisahnya.
"Jom lah makan, aku lapar ni.
Dari tadi aku tunggu kau dekat dapur" Tangan Mia sudah menarik lengan sahabatnya itu.
Aini teresak-esak menangis.
Mia terkejut dengan perlakuan sahabatnya itu.
"Shhh- Kenapa ni Aini? Cuba cerita dekat aku" Mia duduk ditepi Aini, cuba mencari anak mata sahabatnya itu.
Tangan Aini sudah berada dalam gengamannya.
Aini mengelap air matanya.
"Mia, aku rasa aku tak nak kahwin.
Aku tak sedia lagi" Mia mengucap panjang.
Tidak menyangka itu yang keluar dari mulut Aini.
Hatinya sayu melihat sahabatnya itu.
Dia membawa Aini kedalam pelukannya.
Pasti ada sesuatu yang terjadi dengan sahabatnya itu.
Dia pasti! Mia menarik nafas panjang apabila melihat Aini sudah teresak-esak menangis.
Mata Mia berkaca melihat tangan sahabatnya yang sudah siap berinai.
"Pintu bilik kau tu aku dah kunci.
Tak ada siapa boleh masuk dah.
Sekarang ni, kau cerita dekat aku dari mula.
Apa yang dah jadi?" Aini masih teresak-esak.
Tidak tahu mahu mula dari mana.
Dia memegang tangan Mia kemas.
"Aku tak nak tinggalkan kau seorang Mia" Aini berkata perlahan membuatkan Mia terpana.
Air mata Mia keluar berderai.
'Ya Allah, dalam masa macam ni dia sempat fikirkan tentang aku lagi?' "Ya Allah Aini.
Kenapa kau cakap macam ni! Dengar sini elok-elok" Mia sudah memegang bahu Aini kemas.
Esakan masing-masing kedengaran.
"Allah sukakan hambaNya yang bersedia untuk membina masjid.
Masa macam ni lah datang macam-macam syaitan nak hasut kau dengan Azman.
Istigfar banyak-banyak.
Kau tahu kan aku sayang sangat dekat kau" Mia mula memeluk wanita di depannya.
Hati Aini mula tenang dengan ayat kursi yang dibaca Mia ke telinganya.
Dia menarik nafas panjang.
Memang sudah berhari dia memikirkan tentang perkahwinan ini.
Hatinya berbolak balik untuk meneruskannya.
"Kau kena kuat Aini.
Lawan semua yang ada dalam hati kau! Jangan ikutkan sangat perasaan kau tu" Mia mula berselawat di telinga Aini.
Air matanya juga jatuh ke pipi.
Tiba-tiba perut Aini berbunyi kuat, menandakan dia sedang kelaparan Mia tergelak dalam tangisan, diikuti dengan sengihan Aini.
Akhirnya mereka meledakkan tawa yang kuat.
Sumber:Internet