. Malam itu dengan sekali lafaz, Aini sudah sah menjadi isteri kepada Azman.
Semua orang mengucapkan syukur dengan penyatuan dua insan tersebut.
Mia mengelap air matanya.
Dia setia duduk di sisi Aini sambil memeluk sahabatnya itu.
Tangan Mia lembut mengelap air mata Aini dengan tisu di tangan, takut jika solekan Aini menjadi comot.
"Alhamdulillah.
Tahniah Aini" Mia mengucap perlahan di telinga Aini.
Wanita di depannya itu hanya tersenyum manis.
Mia memandang Aini lama.
Cantik sungguh sahabatnya itu, berpakaian serba putih dan bertiara di atas kepala.
Mia mengundurkan diri dan memberi ruang kepada Azman untuk mengambil tempatnya.
Sempat dia menyium pipi Aini sebelum turun dari pelamin itu, membiarkan Aini dan Azman bersama jurugambar mereka.
Mia mula menapak ke arah Hafiz dan Mak Ton yang sedang berborak di bawah khemah, sempat dia mengambil sedulang makanan dan di bawa ke bawah khemah tersebut.
Lama sungguh dia tidak berborak panjang dengan wanita tua itu.
"Mak Ton kenapa tak naik ke atas?" Suara Dato' Shariff kedengaran dari jauh.
Mia yang sedang rancak berborak terdiam melihat Haiqal bersama Uqasha di sisi bapa mertuanya.
Hatinya pedih, namun seboleh mungkin dia mengawal riak wajahnya.
Tidak mahu tampak rapuh di hadapan lelaki itu.
Mia mengalihkan pandangannya semula ke arah Hafiz, meneruskan perbualan seperti biasa.
Sesekali Hafiz menyedokkannya lauk dan diletakkan kedalam pinggan Mia dan Mak Ton.
"Tak apa lah Dato'.
Ni Mia dah ambilkan nasi dan lauk ni.
Alang-alang makan dekat sini jelah.
Sambil ambil udara dekat luar ni.
Mari makan sekali Dato" Mak Ton bersuara.
Sekadar berbahasa.
Dato' Shariff menggeleng.
"Saya pergi cari Datin sekejap.
Nanti saya datang sini semula.
Dia ni kalau dah jumpa kawan dia tu, saya ni pun dia lupa" Dato' Shariff meminta diri.
Mia hanya menghadiahkan senyuman kepada bapa mertuanya, masih tidak menghiraukan pandangan tajam mata Haiqal.
Haiqal tidak berganjak.
Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Mia.
Tangannya di silangkan.
Matanya masih tidak berkalih melihat adegan dua orang di depannya.
Sesekali ketawa kecil kedengaran dari mulut Mia.
Haiqal mendengus perlahan.
'Apa yang lawak sangat?' "Kamu tak nak makan ke? Nak aku sendukkan untuk kamu?" Mak Ton memandang Uqasha.
Muka Mak Ton bersahaja.
Tangannya sudah menghulur pinggan kepada wanita muda di sebelah Haiqal itu.
Uqasha tersenyum kaku.
Hatinya menyumpah kepada wanita tua di depannya.
Tangannya mula menepuk peha Haiqal, tanda protes.
Haiqal memandang Uqasha dan tersenyum manis.
Pinggan ditangan Uqasha di ambil.
Dia menyendukkan nasi kedalam pinggan sang kekasih.
Sesekali anak matanya memandang Mia.
"Sayang nak apa?" Haiqal sengaja menguatkan suaranya.
Dia memegang belakang kerusi Uqasha.
Badannya di rapatkan kepada kekasihnya itu.
Ekor matanya mencari reaksi Mia namun wanita itu masih sakan berborak dengan lelaki di tepinya.
Haiqal menyumpah dalam hatinya.
'Nanti kau Mia, kau nak cabar aku kan!' Hafiz cuba untuk mencapai ayam masak merah yang berada di depan Uqasha, namun tangan Haiqal lebih cepat menyambar ayam tersebut dan di letakkan dalam pinggan kekasihnya.
Haiqal tersenyum sinis tanda mengejek lelaki di hadapannya.
Hafiz hanya tersenyum.
Pelik dengan lelaki itu.
"Buka mulut sayang, I suapkan you okay" Haiqal menguatkan sekali lagi suaranya.
Sengaja mencari perhatian Mia.
Sudunya telah disuakan ke mulut Uqasha.
Sesekali ekor matanya memandang Mia.
Uqasha menggeleng laju.
"I kan tak makan pedas.
Tak nak lah.
I nak..." Belum sempat Uqasha menghabiskan ayat, nasi dalam sudu sudah berada dalam mulutnya.
Uqasha menampar tangan Haiqal.
Dalam hatinya menyumpah dengan perbuatan Haiqal.
Dia mula mengibas mulutnya, tanda teramat pedas.
Uqasha pantas berlari anak mencari air, meninggalkan mata-mata yang menjelingnya.
Muka Haiqal berubah, namun masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
Dia hanya menghantar Uqasha dengan pandangan matanya.
Tidak menghiraukan kekasihnya itu.
Hafiz tergelak kecil apabila melihat kekasih Haiqal yang sudah hilang dari pandangan mata.
Comel! Mia ikut tersenyum melihat Uqasha yang tergesa-gesa berlari mencari air.
Matanya masih tidak memandang Haiqal.
Namun dia tahu, lelaki itu masih tidak berkalih mata memandangnya.
Malas melayan! Sesudah makan, Mia meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.
************************************ "Ikut aku sekejap!" Dalam kekalutan orang ramai di dapur, lengan Mia ditarik.
Mia agak terkejut namun tidak melawan.
Dia hanya membuntuti sahaja lelaki di depannya itu.
Mereka berhenti di bawah pokok manggis yang berdekatan dengan pondok kecil di tepi bendang.
Mia mengeluh perlahan.
Tangannya disentap dari cengkaman tangan Haiqal.
Dia mendengus kasar.
"Sebenarnya awak nak apa?" Mia mula menyilangkan tangannya.
Matanya mula memandang tepat ke arah muka Haiqal, tidak berkelip.
Dia menjarakkan sedikit dirinya dari suaminya itu.
Haiqal mendiamkan diri.
Hanya pandangan tajam sahaja yang dihadiahkan kepada Mia.
Mia pelik dengan perangai lelaki itu.
Jauh dalam sudut hatinya, dia sudah tidak berminat untuk melayan lelaki itu, namun apa yang menghairankannya adalah semakin dia menolak, semakin menjadi-jadi perangai lelaki itu.
"Saya bagi tiga saat.
Kalau bisu lagi macam ni, saya nak masuk" Mia menarik nafas.
Tangannya masih disilangkan.
"Satu" Haiqal masih memandang Mia tajam.
Baginya Mia sangat melampaui batas seorang isteri kerana sanggup melayan lelaki lain di hadapannya tanpa rasa bersalah.
Seolah-olah dia tunggul di situ.
Tugas isteri melayani suami, bukan lelaki lain.
Egonya terasa dicabar! Wanita didepannya itu harus di ajar.
"Dua" Haiqal masih sama tidak berkutik, sengaja mencari peluang yang terbaik untuk bertindak.
Dia masih tidak mengalihkan pandangannya.
Terlampau geram dengan perangai Mia yang semakin menjadi-jadi.
"Ti.." Belum sempat Mia menghabiskan kiraan tangannya di tarik dan mulutnya dicium rakus.
Secara spontan tangan Mia sudah naik dan menampar kuat muka suaminya itu.
Haiqal terpana.
Mukanya merah.
Dia memegang pipinya dan hanya tersenyum sinis, kemudian ketawa kuat dan berlalu dari situ.
Puas hatinya! Tidak mengendahkan lagi rasa sakit di pipinya.
Sumber:Internet