. "Papa tak ada hak dalam semua ni!" Haiqal mengelap kasar bibirnya yang berdarah.
Tumbukan padu Dato' Shariff membuatkan dia hilang imbangan lalu jatuh ke tanah.
Sakit! Lelaki tua itu memandangnya dengan pandangan tajam.
Dada papanya turun naik seolah-olah menahan marah yang membuku sejak sekian lama.
Tidak! Ini bukan salahnya.
Mereka sudah pun sepakat suara dalam hal ini.
Haiqal memandang kawasan di sekeliling.
Terdapat beberapa orang di bendang sedang memerhatikan pertengkaran mereka anak beranak.
Haiqal menarik nafas panjang, seboleh mungkin untuk mengawal riak di wajahnya.
Dia tidak mengendahkan pandangan orang di sekelilingnya.
Sudah sangat tahu dengan perangai orang-orang sekeliling, terlalu taksub dengan pergaduhan.
"You have to remember what you said last time.
Remember that for the rest of your life!" Haiqal berkata kasar.
Dia mengangkat buntutnya untuk bangun.
Tangannya yang kotor ditepuk perlahan sambil matanya memandang ke arah Dato' Shariff lalu menghadiahkan senyuman yang sinis.
Dia memulakan langkahnya yang tenang menuju ke arah papanya.
Sampai di sebelah lelaki tua itu, dia menundukkan sedikit kepalanya lalu mula berbisik di telinga papanya.
"No need to blame me if you are also beast, just like me!" Haiqal tergelak kecil.
Dada papanya semakin kuat berombak.
Muka lelaki tua di hadapannya berubah.
'Kau tahu nak marah? It's just the beginning Dato' Shariff Badri! I just give you a simple introduction' "Papa, some people said, like father like son! Why do you even bother to make this scene right?" Bahu Dato' Shariff di tepuk perlahan.
Baju papanya sengaja di rapikan.
Dato' Shariff hanya memandang ke depan, tidak beranjak.
Mata tua lelaki itu sudah mula berkaca.
Haiqal tergelak kecil, seolah-olah mengejek Dato' Shariff.
"Don't worry man.
Just pay attention for your own bussiness and I'll do mine.
Then that should be okay for us and...." Haiqal tersengih sinis, mendekatkan semula mulutnya ke telinga Dato' Shariff.
"For mama!" Setelah menghabiskan ayat, Haiqal meninggalkan Dato' Shariff berseorangan yang sudahpun terjelepok di tanah.
Dia tersenyum puas! 'This is the pay that you should feel for the rest of your life! Just live with that'************************************"Abang dari mana?" Datin Aina sudah melabuhkan buntut di. sebelah suaminya.
Matanya sempat menangkap muka Dato' Shariff yang sedikit sembab, seperti memikirkan sesuatu.
Datin Aina tertanya-tanya, seribu satu soalan sedang bermain dalam mindanya.
Tangan suaminya dipegang sedikit kemas, namun lelaki itu masih termenung jauh seperti tadi, memandang bendang di depan mata sambil mengeluh.
"Abang?" Dato' Shariff berpaling perlahan ke arah suara lembut si isteri, memberikan senyuman sugul dan kemudian memandang semula ke arah bendang yang luas terbentang di depan matanya.
Nyaman sungguh suasana kampung seperti ini.
Mukanya tidak seceria tadi.
Datin Aina menjadi risau melihat suaminya itu.
"Abang ada apa-apa masalah ke? Nak kongsi dengan saya?" Dato' Shariff masih tidak memberi respon.
Tangannya menggengam erat tangan isterinya disebelah.
Mahu saja dia menangis meluah semua isi hatinya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi! Dia sudah berjanji pada dirinya, biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
"Abang nak balik hotel? Kita berborak di hotel ya?" Datin Aina masih memujuk namun suaminya menggeleng perlahan.
Datin Aina mula meraba perlahan dahi dan seterusnya leher suaminya.
Takut jika suaminya itu demam.
'Tak pula panas, kenapa dengan dia ni?' "Aina, awak pergi tolong Mia kemas apa yang patut ya" Dato' Shariff mengarah isterinya.
Suaranya sedikit menekan.
Sesungguhnya dia perlukan waktu untuk bersendirian.
Senak sungguh otaknya dengan pelbagai masalah yang bertimpa-timpa, bagai jatuh ditimpa tangga! Dia melihat kelibat Datin Aina makin menjauh.
Dia menarik nafas panjang, matanya di tutup 'Maafkan abang, sayang.
' Dato' Shariff termenung jauh.
Peristiwa dua tahun lepas menjelma semula di ingatannya.
Susah sungguh untuk dilupakan semua kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu, bahkan sampai ke hari ini peristiwa itu menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya.
Dato' Shariff menitikkan air matanya.
Rahsia yang dipegangnya sehingga kini menjadi senjata kuat untuk Haiqal bertindak sesuka hatinya apatah lagi menjadikannya kambing hitam anaknya itu.
'Bagaimana harus aku hidup dengan penyesalan ini.
Ya Allah kuatkan hatiku'
Sumber:Internet