Gelap

Mia Qalisha 77

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 77

. Mia melambai tangannya kepada kereta Azman yang sudah semakin jauh dari pandangan.
Matanya berkaca.
Rindunya mula menjengah dalam hati apabila teringatkan sahabatnya itu.
Sepanjang majlis perkahwinan, senyuman bahagia di muka Aini terpampang berseri.
Mia bersyukur, turut bahagia dengan sahabatnya itu.
'Ya Allah, berkatilah perkahwinan mereka.
Semoga kau hidup bahagia Aini' Mia sudah mengambil keputusan untuk menetap di kampung, bekerja dan menjaga rumah di sini.
Dia ingin mencari ketenangan dan mendekatkan lagi diri dengan Allah.
Malahan dia merasakan keputusan yang dibuat itu betul apabila teringatkan anak dan insan yang di sayangi berada dekat dengannya.
Dia yakin, dia mampu untuk mengubah nasib dirinya kembali.
Sesungguhnya ada sinar bahagia sedang menantinya di hadapannya.
Dia tersenyum.
Kelmarin ibu mertuanya sudah berangkat ke Kuala Lumpur, katanya ada hal kecemasan di sana yang tak dapat di elak.
Mia faham dengan situasi itu tetapi apa yang menyebalkan hatinya adalah lelaki di hadapanya, masih duduk bersantai dan asyik memerhati segala tingkah lakunya.
Sudah acap kali digesa untuk balik dan meninggalkannya berseorang, namun masih tidak ada tanda untuk berganjak dari posisinya.
Mia menarik nafas panjang, mencari sedikit kekuatan.
Terasa beban di dada apatah lagi di kepala.
Matanya melilau mencari wanita yang dibawa Haiqal bersama, namun tidak kelihatan.
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Pelik!"Kau tak payah susah-susah cari Uqasha.
Dia dah balik dua hari lepas.
Sekarang kau dengan aku je dekat sini" Haiqal berkata dengan suara sedikit kuat.
Tangan dan kakinya disilangkan.
Dia menyandar ke belakang.
Keningnya di angkat lalu senyuman nakal dihadiahkan kepada Mia, sengaja mahu menyakat wanita itu! Mia tidak menunjukkan reaksi dan kelihatan sudah berjalan masuk ke dalam rumah, tidak mahu berinteraksi dengan lelaki itu.
Haiqal tergelak kecil dan turut membuntuti Mia kedalam rumah.
Mia menoleh dan mendapati Haiqal sudah berada di belakangnya, agak mendekat.
Dia mengeluh kuat, menjarakkan diri dengan lelaki jijik itu.
Benaknya sering bertanya, mengapa semakin dia menjauh, semakin mendekat lelaki ini kepadanya.
Pelik, ya sangat pelik! Semua soalan yang bermain di minda hanya terluah dalam hatinya.
Dia memerhati wajah Haiqal.
Wajah itu tenang seperti tidak ada perasaan bersalah setelah membunuh anaknya! Ya, lelaki ini pembunuh.
Pembunuh kejam yang tidak bertanggungjawab!Mia mengundur ke belakang, semakin lama semakin jauh dari Haiqal.
Adakah dia berdendam? Tidak sesekali! Namun jauh dalam sudut hatinya dia kecewa dengan Haiqal.
Terlalu kecewa sampai menimbulkan rasa benci kepada sang suami.
Matanya mula berkaca apabila mengingati peristiwa sedih sebulan yang lepas.
Waktu itu, masih segar dalam ingatan betapa sakitnya bertarung nyawa berseorangan untuk menyelamatkan nyawa anaknya.
Kemana perginya lelaki yang bernama ayah semasa anaknya dikebumikan? Dimana letakkan rasa maaf dalam diri lelaki ini? Tidakkah dia berasa bersalah dengan semua yang terjadi? Tidak! Mia menggeleng.
Lelaki yang bernama Haiqal tidak sesekali merasakan dirinya bersalah.
Jauh sekali ingin memohon maaf biarpun badannya sudah dimamah bumi.
Dia seorang lelaki yang ego dan bongkak, malah lebih pada itu! Haiqal berjalan perlahan kearah Mia dan memegang bahu wanita itu namun di tolak kasar oleh Mia.
Mia menjauhkan dirinya daripada lelaki durjana itu.
Benci dalam dirinya makin menebal bahkan sudah menjadi sebati dalam hatinya.
"Kau pergi dari sini, aku taknak tengok muka kau lagi!" Mia tiba-tiba menjerit kuat.
Air matanya sudah jatuh berderai.
Sakit hatinya masih tidak terluah, malahan seperti mahu pecah dadanya menahan sebak ini.
Sudah lama dia pendamkan perasaaan ini, tidak terluah kerana menghormati majlis sahabatnya.
Namun kini mereka hanya berdua.
Jadi dia mengambil keputusan untuk meluahkan rasa bencinya terhadap lelaki itu.
Dia sudah berjanji akan bangkit, tidak akan sesekali menjadi mangsa herdikan bahkan pukulan lelaki itu lagi.
Tidak mungkin! Dia harus menjadi wanita tabah kerana anaknya, menjadi kuat kerana ibunya dan menjadi berani kerana dirinya sendiri.
"Kau dah bunuh anak aku, kau boleh berlakon seolah-olah kau tak tahu apa-apa?" Kerongkongnya perit untuk mengatakan kebenaran itu.
Air matanya tidak segan keluar dari mata sembabnya.
"Kau lelaki jenis apa Haiqal? Mana hati kau? Itu anak kau! Kau pembunuh!" Mia menjerit kuat, meluahkan segala rasa yang terpendam dalam hatinya.
Suaranya tersekat-sekat.
Akhirnya terdengar esakan panjang, namun Mia masih kuat berdiri.
Tangannya di gengam kuat menandakan hatinya semakin benci lelaki didepannya.
Haiqal memandangnya tidak berkelip, mukanya tidak langsung menunjukkan perasaan serba salah malahan ada senyuman sinis dibibirnya, membuatkan Mia semakin membuak-buak benci kepada suaminya itu.
'Ya Allah kuatkan hati aku' "Kau jangan ingat kau suami, kau boleh buat sesuka hati.
Ingat, Allah Maha Adil, Maha Melihat! Memang talak di tangan kau, tapi kita ada law dalam Malaysia ni ! Jadi jangan terlalu yakin!" Mia berkata tegas dan mula berlari ke arah bilik dan mengunci dirinya dalam bilik tersebut.
Dia terjelepok di atas lantai dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi.
Sesungguhnya dia sudah tidak kuat, namun digagahkan juga kerana maruah anaknya.
Hatinya berdebar namun dalam masa yang sama dia merasa teramat lega, seolah-olah membuang segala beban di bahunya.
'Derhakakah aku dengan suamiku sendiri?' Kepalanya digeleng perlahan.
 
Sumber:Internet