Gelap

Mia Qalisha 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mia Qalisha 8

. Haiqal mundar-mandir berjalan dalam bilik hotelnya.
Tangannya sejuk ditambah pula dengan penghawa dingin yang berada di dalam bilik tersebut.
Dia mematikan penghawa dingin itu dan hanya membuka kipas.
Dia berjalan ke arah pintu balkoni dan membuka jendela itu seluas-luasnya.
Mengharapkan kesejukan itu hilang.
Matanya asyik memandang wanita di depan matanya.
Muka pucat gadis tersebut membuatkan dia hilang arah.
Hatinya berdegup kencang, seperti melakukan kesalahan yang besar.
Dada Haiqal berombak kencang.
Seumur hidupnya belum pernah dia rasa setakut ini.
Sementara menunggu Azman, dia sempat mengeluarkan beg pakaian wanita itu dari almari.
Beg lusuh berwarna hitam itu dibuka.
Dia tercari-cari sesuatu dalam isi bag itu.
Dapat! Dia mengeluarkan dompet wanita itu.
Satu persatu isi dompet itu dikeluarkan.
Duit yang hanya berbaki RM100 dan beberapa kad.
Dia mengeluarkan kad pengenalan wanita tersebut.
Mia Qalisha.
Dia masih mengorek dompet Mia lagi, hanya untuk mencari kad nama kawan-kawannya namun segalanya hampa.
Dia mendegus kasar, memicit kepalanya yang pening.
Akhirnya dia mencampak dompet tersebut dan duduk di atas kerusi.
Haiqal tidak habis memandang pintu bilik.
Terasa lama sungguh perjalanan sahabatnya itu.
  'Mana Man ni.
Terhegeh-hegeh betul lah.
' Dia menyumpah seranah dengan kelambatan Azman.
Padahal baru 5 minit lepas di bercakap dengan Azman di corong telefon.
Hatinya tidak tenang.
Dia takut berlaku apa-apa kepada wanita tersebut.
Sudahlah dia hanya berdua dengan wanita itu.
'Kalau perempuan ni mati, aku lah kena tanggungjawab.
Damn' Terbayang di mindanya karier yang dibinanya selama ini terkubur begitu sahaja jika terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada wanita ini.
Dia menyalahkan dirinya kerana terlampau berkeras terhadap wanita tersebut, namun dia hanya menggeleng menyangkal semua anggapannya itu.
Rambutnya dikuak kebelakang.
Haiqal melihat masih ada deruan nafas dari hidung wanita itu.
Dia menarik nafas lega.
Namun sedikit sebanyak dia masih dalam keadaan risau selagi wanita itu tidak membuka mata.
Mahu saja dia melempang wanita itu untuk bangun.
'Menyusahkan je, kalau tak datang kat bilik aku semalam tak ada jadi macam ni.
Bodoh' Muka Mia dipandang dengan marah.
Dendam membara dalam hati.
Memang kalau diikutkan hati, mahu saja dia mencekik wanita itu malam tadi sampai mati.
Namun sejahil-jahil dia, dia masih boleh berfikiran waras.
Haiqal bangun dan berjalan ke arah balkoni.
Dia duduk diatas bangku di luar biliknya.
Tenang.
Dihadapannya terpamer sebuah pemandangan indah.
Lautan luas terbentang indah.
Angin sayup-sayup menampar mukanya.
Sejuk.
Dia memeluk dirinya sendiri.
Jauh dia termenung.
Banyak sungguh masalahnya yang dihadapinya.
Dia mengerling ke arah jam.
Masih awal, jarum baru menunjukkan angka 10 harus menghadirkan diri untuk mesyuarat pada jam dua petang.
Masih banyak masa.
Namun dengan keadaannya yang begitu dia tidak yakin dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk mesyuarat tersebut.
Dia mengambil keputusan untuk menangguhkan agendanya itu.
   Kini dia di tinggalkan kekasih hatinya.
Sekelip mata.
Tanpa mendengar sebarang penjelasan yang ingin diterangkan, wanita kesayangannya kini bukan miliknya lagi.
Cincin bertahtakan sebiji permata itu diperhati.
Lama dia memerhati sambil fikirannya jauh menerewang.
Kenangan manis banyak menerjah ke dalam fikirannya.
Dia tersenyum.
Namun senyumannya mati apabila memandang wanita yang terlentang diatas katilnya.
Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya kuat.
Rambutnya diramas tanda fikirannya serabut.
Haiqal menutup mata, menarik nafas panjang.
Mencari ketenangan.
Sememangnya di hotel tersebut banyak melakar kenangan manis, jatuh dan bangun dia semasa mencari tapak untuk berjaya seperti sekarang.
Dia memandang sekeliling.
Ramai pelancong yang datang ke hotelnya, lagi-lagi pelancong dari luar negara.
  Dia bangga dengan dirinya sendiri.
Hotel yang dulunya tidak dipandang langsung oleh orang atasan kini menjadi tempat kegemaran untuk orang-orang sebegitu.
Baginya, bapanya terlalu bodoh untuk menggunakan peluang keemasan yang ada.
  'Harap saja berkawan dengan menteri-menteri besar.
Tak pandai bodek.
' Haiqal menguak rambutnya.
  Dia kembali ke dalam biliknya apabila terdengar ketukan di pintu.
Haiqal menghela nafas panjang.
Apabila dia membuka pintu, sahabatnya sedang berdiri memegang sebuah beg besar, hanya memberi isyarat tangan kerana sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.
Haiqal tersenyum sungul.
Azman membalas senyuman itu.
   Azman berpakaian ringkas.
Baju kemeja putih, berseluar hitam dan bercermin mata berbingkai merah.
Tanpa arahan daripada Haiqal, Azman menonong masuk ke dalam bilik sahabatnya itu.
Memang kebiasaannya begitu apabila dia datang ke hotel Haiqal.
Haiqal mengekori dari belakang.
Perasaannya bercampur.
'Apa yang aku kena cakap kat Man ni?' Buat kedua kali dia menguak rambutnya dan menghela nafas dengan kuat.
  Muka Azman berkerut apabila mendapati tubuh kaku seorang wanita di atas katil sahabatnya itu.
Dia masih dengan telefonnya namun tumpuannya sedikit terganggu dan perbagai persoalan sedang berada dalam mindanya.
'Ahhhh, apa pula kau buat kali ni Haiqal'
Sumber:Internet