. "Cepatlah abang.
" adu Adina sambil berdiri di hadapan pintu bilik mereka.
"Cepat nak ke mana?" tanya Tengku Daniel.
"Lapar.. cepatlah.
Dah dah lah tu sikat rambut.
" sungut Adina apabila suaminya masih lagi belum siap menyikat rambut.
"Ke baby takut nasi habis?" kata Tengku Daniel sambil tersenyum sinis.
Mengusik isterinya.
"Ishh.. mana ada.
Abang tu main-main pulak.
" kata Adina lalu menarik tangan suaminya keluar dari bilik mereka.
"Oii.
Nak tercabut ni.
" kata Tengku Daniel sambil membetulkan kain pelikatnya.
Adina hanya tersenyum menunjukkan susunan giginya yang putih.
Mereka duduk di atas lantai berlapikkan tikar mengkuang di dapur untuk makan.
Adina hanya menurut sahaja perlakuan suaminya kerana masih belum biasa dengan suasana kampung.
Semasa makan, Adina hanya diam makan masakan kampung yang ada.
"Ermm, Daniel ada nak bagitahu sesuatu ni.
" kata Tengku Daniel.
Adina sudah berdebar-debar.
Padahal suaminya yang bercakap.
"Adina mengandung 5 minggu.
" kata Tengku Daniel.
Ruang makan itu mulai bising dengan kata-kata tahniah kepada pasangan tersebut.
"Ermm.. isteri Danish pun pregnant jugak.
2 bulan.
" kata Tengku Danish.
Semakin meriah ruang makan tersebut mendengar khabar berita tersebut.
"Bunting pelamin ke?" tanya Datin Laila.
"Haah mama.
" jawab Tengku Daniel.
Adina sudah memerah mukanya.
"Lepas ni dua-dua menantu nenek ni boleh berhenti dulu ambil jamu.
Tak elok untuk kandungan.
" kata nenek.
"Adina tak ambil pun jamu.
" kata Adina.
Perlahan sahaja suaranya.
"Daniel, kamu tak kasi ke jamu yang nenek bagi?" tanya nenek.
Tengku Daniel sudah menepuk dahinya.
"Daniel lupa lah nenek.
""Habis tu mana kamu simpan jamu tu?" tanya nenek lagi.
"Dalam laci almari tepi katil.
Tertinggal haritu.
Aduh.. sorry lah nek.
" jelas Tengku Daniel dengan muka bersalah.
"Ya lah.
Nanti dah bersalin, ambil dengan nenek ya jamu?" pesan nenek kepada Adina.
"Baik nek.
" balasnya.
Seusai makan, Tengku Daniel dan Adina hanya berehat di ruang tamu.
Tengku Daniel baring di atas paha isterinya yang bersandar pada kerusi.
"Sakit lagi ke?" tanya Tengku Daniel.
"Sakit apa abang?" tanya Adina kehairanan.
Perlahan sahaja suara mereka.
"Luka dengan lebam baby.
Nanti nak tidur tolong ingatkan abang sapu ubat ya?" pesan Tengku Daniel.
"Okie dokie.
" balas Adina sambil membelai rambut keperangan suaminya yang berada di atas pahanya.
Tengku Daniel baring menghadap perut isterinya.
Digomol perut isterinya dengan mukanya.
"Abang, geli la.
Hahaha!" Adina cuba mengawal tawanya kerana mereka masih di ruang tamu bersama saudara suaminya yang lain.
"Pergi masuk bilik lah Daniel kalau tak tahan.
" kata sepupu Tengku Daniel, Aisy (yang masuk air tu ya😌).
"Oii mana ada! Aku gurau-gurau je.
" balas Tengku Daniel.
"Aisy.
Apa cakap macam tu.
" tegur nenek.
"Sorry nek, Aisy gurau je, hehehe.
" kata Aisy sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Nenek hanya mengelengkan kepalanya.
"Nenek dah nak masuk tidur.
Nanti korang kunci pintu ya?" pesan nenek sambil bangun dari duduknya.
"Ha okay okay.
" kata Tengku Daniel.
"Abang tak ngantuk lagi ke?" tanya Adina.
"Belum.
Baby dah ngantuk ke?" tanya Tengku Daniel.
"Baby ngantuk sebenarnya.
" adu Adina.
"Baby pergi tidur dulu.
Abang nak borak-borak sekejap.
Nanti abang masuk bilik ya?" kata Tengku Daniel.
"Okay.
" balas Adina pendek.
Dia sudah mengantuk.
Sumber:Internet