. "Morning nenek.
" tegur Adina lalu mencium pipi neneknya yang sedang memasak.
"Good morning.
Pergi duduk sana.
Preggy mummy kena banyak rehat.
" kata nenek.
"Nenek ni macam abang Daniel lah, semua benda tak bagi Adina buat.
" kata Adina.
Mulutnya muncung sahaja tidak puas hati.
"Nenek tak nak kamu penat.
Bukan nenek tak tahu, kamu jalan sikit dah lenguh kaki, dah mengah, kan?" teka nenek.
"Haah hehe.
" Adina tersenyum tidak bersalah.
"Harini ada nak keluar ke mana-mana ke?" tanya atok.
"Ada, nak pergi jalan-jalan pusing kampung.
" jawab Adina.
Atok menganggukkan kepalanya.
"Daniel mana?" tanya atok lagi.
"Ada kat atas, tengah balas email PA dia.
" jawab Adina.
Teh panas dihirup.
"Panas!" Adina terjerit kecil.
"Hati-hati.
Nah air sejuk.
" gelas berisi air mineral sejuk dihulurkan kepada Adina.
"Thank you nek.
" kata Adina perlahan.
"Bunyi apa jerit-jerit tadi?" tegur Tengku Daniel yang baru tiba di dapur.
"Air tu panas sangat.
" jawab Adina.
"Kalau tahu air tu panas, sayang kena lah minum slow slow.
" pesan Tengku Daniel.
"Sakit lagi tak?" tanya Tengku Daniel.
Adina menggelengkan kepalanya.
Tengku Daniel berjalan menuju ke peti sejuk lalu mengambil 2 ketul ais.
Ais tersebut diletakkan di dalam air Adina tadi.
"Nanti tawarlah.." rengek Adina.
"Abang nak sejukkan air tu.
" jelas Tengku Daniel.
"Kamu berdua makan lah, nenek dengan atok nak pergi melawat kawan atok sekejap.
" kata nenek.
"Nenek tak makan ke?" tanya Adina.
"Dah makan tadi, tunggu korang tak turun-turun, nenek dengan atok makan lah dulu.
Dengan bodyguard kamu sekali.
" jawab nenek.
"Hehe sorry nek, kitorang asyik berbual kat atas.
" jelas Tengku Daniel.
"Ye ke berbual.." usik atok.
"Atok!" rengek Adina malu.
"Atok gurau je.
Dah, makan.
Makan sampai habis ye? Semua orang dah makan dah, kamu berdua je belum lagi.
" pesan atok.
"Baik tok.
" jawab Adina dan Tengku Daniel.
Atok dan nenek naik ke bilik untuk bersiap-siap meninggalkan mereka berdua di dapur.
"Abang.." panggil Adina manja.
"Hmm.
" gumam Tengku Daniel kerana mulutnya penuh dengan makanan.
Makan apa?Älplermagronen.
Älplermagronen ni makaroni yang dimasak dengan kentang, bawang, epal, keju, susu dan krim.
Nak tahu boleh Google eh :)"Tak ada apa.
" jawab Adina selamba.
Makanan disuap ke dalam mulut.
Tengku Daniel menayangkan muka menyampah dan senyuman tidak ikhlas.
"Sayang, abang dah kenyang.
" kata Tengku Daniel.
Pinggannya ditolak ke depan.
"Sayang tak ada selera nak makan ni.
Nak nasi lemak.
" kata Adina.
"Alahai sayang, nak cari kat mana nasi lemak kat sini?" tanya Tengku Daniel resah.
Masa kat Switzerland lah nak craving nasi lemak seketul Adina ni.
"Nak abang masak.
" kata Adina.
"Allahu.. nak cari kat mana bahan-bahan tu? Kalau kat Indonesia boleh tahan lagi.
" kata Tengku Daniel.
"Kalau tak boleh biarlah.
Biar baby keluar meleleh air liur.
" kata Adina.
Perlahan sahaja ayat keduanya.
"Alright, abang cuba okay? GIO, NICO! COME HERE!" jerit Tengku Daniel.
"Apa boss?" tanya Gio tercungap-cungap akibat berlari.
"Tolong beli bahan-bahan untuk masak nasi lemak.
Kau cari lah kat mana-mana.
Kalau boleh nak cepat.
" arah Tengku Daniel.
"Nak cari kat mana boss? Kalau kat Malaysia boleh lah.
" jawab Gio.
Tengku Daniel bangun lalu menarik Gio keluar dari dapur.
Sumber:Internet